"dah tempah ke suit dengan gaun tu untuk minggu depan ?" tanya kar wei. Ainin dan haiqal mengangguk.
"ha korang balik lah dulu aku nak keluar jap dengan kar wei" kataku. "ceee dah baik lah tu" kata ainin.
Aku dan kar wei ketawa. "eh korang jap" kata kok seng.
"tengok ni aku dah mula memeluk agama islam" kata kok seng. "eh bila ?" tanya ainin. "beberapa hari yang lalu" jawab kok seng.
Aku tersenyum. Kami semua mula berpecah selepas keluar dari butik itu.
Aku dan kar wei menuju ke sebuah taman. "kiwi yaa" panggilku.
Kar wei menoleh. "kalau perempuan cina kahwin pakai baju apa ?" tanyaku.
"dulu pakai baju tradisional sekarang zaman moden dorang pakai gaun je" jawab kar wei.
"kalau lelaki melayu ?" tanya kar wei. "samalah dulu pakai baju melayu sekarang dorang pakai baju suit je" jawabku.
"eh kenapa you tanya ?" tanya kar wei. "tanya je" jawabku.
meow meow !
"eh ada kucing" kata kar wei mengangkat kucing tersebut.
"comel kan ?" tanya kar wei. Aku hanya mengangguk.
"nah ambik lah" kata kar wei memberi kucing tersebut ke arah ku.
Aku menjauhkan diri. "eh kenapa you pergi jauh ii nah ambiklah" kata kar wei.
"you je la yang pegang" kataku. "you takut kucing ke ?" tanya kar wei.
"eh bila masa" jawabku. Kar wei mula mengejarku dengan membawa kucing ditangannya dan aku melarikan diri daripada mereka.
Nasib tak menyebelahiku dan aku terjatuh. "eh intan you okay ke ?" tanya kar wei berlari ke arahku.
"mana kucing tadi ?" tanyaku. "saya dah lepaskan" jawab kar wei.
"meh sini saya tengok tangan you" kata kar wei menarik tanganku. "eh mana boleh pegang" kataku.
Kar wei mengeluarkan sesuatu dari poketnya. "sarung tangan ?" tanyaku. "haah" jawab kar wei.
Kar wei menarik tanganku dan membelek beleknya. "ha ni tapak tangan you melecet , siku you pula luka tu lutut you darah" kata kar wei.
"eh you tengok siku saya buat apa aurat !" jeritku. "eh eh you ni macam mana saya nak tahu you sakit apa" kata kar wei.
Kar wei membuang sarung tangannya. "bangun" kata kar wei memimpin ku.
"eh kenapa you buang sarung tangan , dah lah you pimpin saya jalan" kataku.
"sarung tangan tadi terkena darah you jadi saya buang lah , ala takpelah keadaan darurat boleh pegang takkan saya nak biar you jalan terhinjut hinjut pastu saya tengok sahaja" kata kar wei.
Aku ketawa.
"ketawa pula" kata kar wei melepaskan tangannya. "eh macam mana saya nak jalan kalau you tak pimpin" kataku.
"tadi banyak cakap" kata kar wei meniup kukunya. "slayy nya alah saya gurau saja cepatlah tolong saya , sakit ni cepuk kang" kataku.
"eleh" itu saja balasan kar wei. "eh tunggu kejap , saya nak bukakan pintu untuk you" kata kar wei.
Pintu kereta dibuka untukku. "masuk lah cayang" kata kar wei membantuku masuk ke dalam kereta.
Pintu kereta ditutup. "cayang ii eyy budak cina ni kang" ngomel aku. "apa tadi you cakap ?" tanya kar wei masuk ke dalam kereta.
Aku menggeleng. Enjin kereta mula dipanaskan.
"ha nak pergi hospital ke klinik ?" tanya kar wei. "balik je terus , sikit je pun luka ni" kataku.
"sikit you kata ?" kata kar wei sebelah tangannya membelek tanganku.
"adeh sakit lah dipegangnya luka tu dah kenapa tu pandu je kereta tu" kataku. "asyik saya sahaja kena marah" kata kar wei mencebik.
"ala cayang janganlah gitu eh" kataku. "apa tadi ? you panggil saya apa ?" tanya kar wei.
Aku hanya menepuk dahi.
°°°
HOSPITAL
"eh you kenapa bawa saya ke hospital ?" tanya ku. "itu luka" jawab kar wei.
"heh klinik je kan boleh" kataku. "tidak boleh meh , hospital banyak pakar boleh tengok you" kata kar wei.
"pakar untuk apa saya luka sikit sahaja" kataku. "saya nak you sihat lebih cepat leh" kata kar wei.
Kar wei membuka pintu kereta untukku. "nak saya ambikkan kerusi roda tak ?" tanya kar wei.
"eh tak payah" jawabku. "eleh cakap sahaja yang you nak saya pimpin you kan" usik kar wei.
"eee diamlah merepek je" kataku. Kar wei tertawa.
"duduk sini , saya nak daftarkan nama you" arah kar wei. Aku mengangguk.
Selepas beberapa minit doktor memanggil namaku dan aku segera bangun.
"eh mari saya pimpin you" kata kar wei. "eh takpe lah saya pergi sorang sahaja" kataku.
"okay lah tapi kalau doktor lelaki keluar tau" pesan kar wei. "hahah aduh kiwi apalah you ni" kataku.
YOU ARE READING
wo ai ni 2 - 我爱你²
RomanceSenior yang ditunggu - tunggunya akhirnya gadis itu dapat juga. Setelah beberapa tahun , mereka mengikat pertalian pertunangan namun adakah mereka akan tamatkan pertunangan mereka dengan perkahwinan atau perpisahan ? Kehidupan bahagia semestinya mem...