Selepas selesai makan malam , kami melabuhkan punggung diatas sofa. Mata nazmi , hani dan kar wei mula tertumpu pada aku menunggu peneranganku.
"ha dik cerita lah pasal apa yang terjadi" kata nazmi duduk disofa.
Aku memandang kar wei. Kar wei memberi isyarat supaya aku bertenang.
"sebenarnya kita adik beradik tapi lain ibu , ye abi kahwin dengan mummy beberapa tahun sebelum kahwin dengan mummy tu abi dah kahwin dengan mama nama dia mel tanpa pengetahuan mummy , mummy mula benci dengan abi dan dorang gaduh tiba ii mummy sakit perut dan dia dihantar ke hospital sebab nak bersalin kebetulan mama telefon abi kata yang dia nak terbersalin , hospital yang sama , waktu yang sama , mama meninggal waktu lahirkan aku tapi mummy tak , mummy jaga aku sebab ni perintah mama kalau mummy jaga aku dengan baik mama dengan abi akan beri harta dekat mummy tapi abi mungkir janji dengan mummy" terangku panjang lebar .
"kita kembar ?" tanya nazmi mengelap air matanya.
"tak kita adik beradik tiri sebab kita keluar dari rahim ibu yang berbeza , mummy dan abi reka cerita supaya kita tak tahu" jawabku.
"aku min-minta maaf dik sebab aku duduk itali kau kena hadap sorang ii masalah ni" kata nazmi.
Aku hanya tersenyum. Nazmi dan hani menangis mendengar penjelasan aku.
"dah ii ha ni kiwi dah pukul berapa dah ni , nak balik tak ?" tanyaku cuba menahan sebak.
"ha ye la saya balik tapi saya naik bas sahaja lah" kata kar wei.
"aik kereta you tu" kataku. "takpe ii esok saya datang sini dengan kok seng saya nak ajak you keluar" kata kar wei.
"tapi esok saya nak teman ainin pergi butik pengantin" kataku. "kita pergilah sama ii" kata kar wei.
Aku mengangguk. "dah lah tu eh , aku keluar jap nak hantar kiwi balik" kataku memberi sehelai tisu kepada nazmi sambil mengusap belakang hani.
°°°
Aku keluar dari rumah bersama kar wei. Kami berjalan ke arah jambatan.
"pandai kan you tipu saya" kataku. "tipu apa ?" tanya kar wei. "mana ada bas malam ii ni kalau ada pun you kena beli tiket awal ii tau tak" kataku.
"hahah lah you tahu ke baru saya nak tipu" kata kar wei. Aku menjeling. "ala saya saja nak ajak you pergi jambatan ini" kata kar wei.
"nanti nak balik macam mana ?" tanyaku. "saya suruh kok seng ambil saya" jawab kar wei.
"kiwi jom tangkap gambar kejap nak tak ?" tanyaku. "ha boleh" jawab kar wei. "dekat mana ?" tanya kar wei lagi.
"sini" jawabku ringkas. "em excuse me boleh tolong tangkap gambar kami tak ?" tanya kar wei kepada seorang lelaki.
Lelaki tersebut mengangguk dan mencapai telefon yang diberikan oleh kar wei.
telefon aku kena curi siap si kiwi ni.
"1 , 2 eh intan rapat sikit" kata lelaki tersebut. Kar wei memandang aku. "eh macam mana kau tahu nama aku ?" tanyaku.
Lelaki tersebut mengangkat kepalanya. "i-izzrul" kataku tergagap.
"ouh ini rupanya izzrul yang bagi intan bunga itu kan" kata kar wei. Izzrul tersengih.
"dia ni ex aku" kata izzrul. "benda dah lepas kan" kataku. Kar wei hanya mendiamkan diri.
"esok jadi tak pergi karaoke ?" tanya izzrul. "eh karaoke ?" tanya kar wei memandang aku.
"aku cakap aku tak nak pergi kan" kataku. "heh kenapa kau berlakon intan , kau yang ajak aku lepastu kau kata jangan bagitahu kar wei kan" kata izzrul.
"eh bila masa ? kau yang ajak aku" kataku. Kar wei masih memandangku dan dia sedang menelefon seseorang.
"hello , kok seng kau ambik aku dekat jambatan yang dekat dengan rumah nazmi tu yang aku share location tu" kata kar wei menelefon kok seng.
Kar wei menyimpan telefonnya semula didalam poket lalu berlalu pergi meninggalkan aku.
"eh kar wei nanti dulu" kataku mengejar kar wei. Aku merampas telefonku ditangan izzrul.
"aku tak akan pernah lupakan kau" kata izzrul. Aku menjeling izzrul.
"sabar lah" kataku mengejar kar wei.
"you nak apa lagi ? you kata nak teman ainin pergi butik lah apalah rupanya you nak pergi karaoke" kata kar wei marah ii tetapi sedikit pun tidak meninggikan suaranya kepadaku suaranya masih lembut seperti tidak marah.
"tak izz tipu you lah , you nampak saya angguk kan waktu you kata nak pergi sama ii esok tu kan" kataku.
"i boleh percaya you takde pape dengan mehreen takkan you tak boleh percaya yang saya takde pape dengan izz" kataku lagi.
Kar wei hanya memekakkan telinganya dan berlalu pergi.
"okay you tak percaya saya kan , jangan cakap dengan saya lagi , you tahu tak saya lagi susah nak percaya you sebab saya nampak depan mata saya tapi saya percaya you" kataku lagi.
"suka hati you lah" kata kar wei. Aku tersentak. Sampai begitu dia tak percaya aku.
"dia ex you kan , lagipun you macam teragak agak kan waktu nak angguk tadi" kata kar wei.
"suka hati you lah kar wei nak percaya atau tidak" kataku.
Aku berjalan meninggalkan kar wei. Semakin jauh ku berjalan aku menoleh ke belakang kar wei tak toleh ke arahku.
Aku berjalan balik ke rumah dengan hati yang penuh marah , air mata yang bertakung.
Sampai sahaja dirumah aku terus masuk ke dalam bilikku.
Aku menghempas pintu bilikku. Terhinjut bahu nazmi dan hani.
"apahal adik you tu ?" tanya hani kepada nazmi. "entah gaduh dengan kar wei agaknya" jawab nazmi.
"tadi elok je" kata hani. "itu lah i risau sebenarnya dorang tu bertunang lama sangat entah bilanya nak kahwin banyak dugaan tau yang bakal terjadi" kata nazmi.
Aku melihat telefon bimbit ku , kar wei langsung tidak menelefonku , memujukku atau menghantar pesanan kepada ku tetapi dia sedang online.
Aku menghempas telefon ku diatas katil. Selimut ku tarik dan aku mula menangis teresak esak.
YOU ARE READING
wo ai ni 2 - 我爱你²
RomanceSenior yang ditunggu - tunggunya akhirnya gadis itu dapat juga. Setelah beberapa tahun , mereka mengikat pertalian pertunangan namun adakah mereka akan tamatkan pertunangan mereka dengan perkahwinan atau perpisahan ? Kehidupan bahagia semestinya mem...