"abi adik keluar kejap tau" kataku menguncup tangan abi walaupun abi tak sedarkan diri lagi. Aku terus keluar dari wad.
Sesudah sampai di lobi hospital cepat ii kaki aku melangkah ke arah kereta kok seng. Aku masuk ke dalam kereta.
"kenapa tak nak ajak ainin ?" tanyaku.
"tidak mengapa lah bulan depan kan hari perkahwinan dia jadi biar lah dia mengisi masa untuk persediaan perkahwinan itu" kata kok seng sambil memandu.
Aku terdiam , sungguh begini kuatnya kok seng masih membiarkan ainin pergi walaupun hati masih mencintai ainin.
Cuba untuk cintai leong dan leong pula curang dibelakangnya.
"jom singgah rumah kar wei kejap boleh tak ?" tanyaku teragak agak.
"eh kar wei tak pergi hospital ke ?" tanya kok seng. Aku menggeleng.
Kok seng mengangguk. Selang beberapa minit kami tiba didepan penthouse kar wei.
"you tunggu sahaja disini ye biar saya je yang pergi" kataku.
Kok seng menggeleng dan berkata "saya mahu ikut juga".
Aku hanya mengangguk. Aku dan kok seng terus masuk ke dalam ruang lif , butang lif ditekan tingkat 13.
ting ! pintu lif terbuka. Aku dan kok seng melangkah keluar dan berjalan ke arah rumah kar wei.
"ni heels siapa ?" tanya kok seng menunjuk kasut tumit tinggi didepan rumah kar wei.
Aku cuba berfikiran positif.
Kunci yang diberikan kepada aku sebelum ini dimasukkan ke dalam ruang kunci , tombol pintu dipulas.
Aku melihat...
Aku melihat mehreen berjalan kehulur kehilir didalam rumah kar wei.
Kok seng menarik aku kebelakangnya lalu dia melangkah masuk ke dalam rumah kar wei.
Dan alangkah baiknya aku melihat kar wei sedang duduk diatas katil.
"kar wei !" jeritku. Kar wei tersentak lalu memandang aku.
"wah kita ada tetamu" kata mehreen menepuk tangan.
"apa benda ni !" tengking kok seng. "k-korang dah salah faham" kata kar wei.
"biar saya jelaskan semua ni" kata kar wei lagi. "nak jelaskan apa lagi benda dah depan mata kan" marahku.
Air mata aku mengalir deras. Kok seng menarik aku keluar dari rumah megah itu.
Aku hanya mengikuti kok seng sahaja. Kar wei berlari mengejar kami.
"kenapa kau tak cakap aku pengsan tadi , kau keluar sekarang aku tak nak tengok muka kau perempuan" tengking kar wei kepada mehreen.
Mehreen terkejut lalu keluar dari rumah itu.
Aku dan kok seng masuk ke dalam kereta dan aku melihat kar wei masih mengejar kami sambil mengetuk cermin kereta kok seng.
Kok seng memecut laju beredar dari situ. Aku menangis teresak esak.
Kok seng berhenti disebuah taman permainan. Kami berdua keluar dari kereta tersebut dan melangkah ke arah taman permainan itu.
Kami duduk di buaian. "leong kenapa ?" tanyaku masih lagi mengesat air mata.
Kok seng memandangku dan berkata "takpe lah you fikir je la tentang kar wei tadi". Aku menggeleng.
Kok seng mula cerita tentang bagaimana dia mendapat gambar-gambar tersebut. Kok seng bercerita sambil menangis.
Notifikasi telefonku bertubi tubi masuk.
anak cheah<3 ❤️🔥
you dekat mana?
saya nak explain
bagi saya peluang
you salah faham
you
saya pengsan tadi betul
you balik lah you dekat mana"dah jomlah balik" ajakku. "okay jom saya mahu pergi melawat abi you juga" kata kok seng. Aku dan kok seng berjalan ke arah kereta.
HOSPITAL
Aku dan kok seng masuk ke dalam wad abi. Aku melihat ramai doktor dan jururawat mengelilingi abi.
Salah seorang dari jururawat itu menyelimutkan abi hingga ke paras kepala , tiada satu anggota badan pun yang terdedah lagi.
"doktor buat apa ni macam mana abi saya nak bernafas kalau selimut sampai kepala" kataku mengeletar.
Kok seng menarik aku.
Doktor tersebut berjalan ke arah ku dan berkata "saya minta maaf abi awak baru sahaja menghembuskan nafas terakhirnya disebabkan keadaan kecederaan pada tengkorak kepala yang teruk".
Doktor keluar dari wad itu. Aku menangis terduduk dan meraung.
"a-apa dosa aku kok seng kenapa aku diseksa sampai macam ni harini" kataku menepuk nepuk dada kok seng.
"tak tak you tak salah ini semua takdir kita kena redha" kata kok seng memegang tanganku.
Aku melepaskan tangan kok seng dan berdiri di sebelah katil abi. Aku menelefon nazmi dan menerangkan semuanya.
Aku melihat kar wei tiba dipintu wad. Kar wei berlari ke arah abi.
"abi bangunlah bangun tengok lah adik dah balik ni adik keluar kejap je tadi" kataku.
"abi kar wei dah buat intan sakit hati kar wei nak terangkan segalanya" kata kar wei.
Doktor yang lain pula masuk kedalam mahu mengurus mengambil mayat untuk dipindahkan ke bilik mayat.
Aku terduduk. "you" panggil kar wei. Aku hanya memekakkan telinga.
"selepas saya hantar you balik saya terus pulang ke rumah dan you tahukan saya satu blok dengan mehreen jadi saya terserempak dengan dia dan dia suruh saya mencuba kek buatannya saya menolak tetapi dia memaksa saya dan saya makan selepas saya makan saya terus ke rumah saya dan saya pengsan sesudah saya sedar saya lihat you dan kok seng datang" terang kar wei.
"jap you pengsan lepas makan kek eh" kataku. Kar wei mengangguk.
"jadi mehreen letak ubat ke untuk perangkap kar wei" kata kok seng.
Membulat mata aku selepas dengar apa yang dikatakan oleh kok seng.
"dia cuba perangkap saya ke ?" tanya kar wei.
Aku dan kok seng terduduk dan kami hanya mengangkat bahu.
YOU ARE READING
wo ai ni 2 - 我爱你²
RomanceSenior yang ditunggu - tunggunya akhirnya gadis itu dapat juga. Setelah beberapa tahun , mereka mengikat pertalian pertunangan namun adakah mereka akan tamatkan pertunangan mereka dengan perkahwinan atau perpisahan ? Kehidupan bahagia semestinya mem...