"Aku balik dulu. Jumpa esok!"
"Haa, yelah bye!"
"Jangan lupa move on, sahabatku!"
Aku memberhentikan langkah lalu membuang batu kecil ke arah Bae. Gadis berambut ikal mayang itu segera berlari ke dalam kereta sambil mentertawakannya.
"Haih, nasib betul lah aku ada kawan macam dia tu"
Aku duduk semula di ruang tempat menunggu bas. Ada juga pelajar yang masih menunggu kenderaan untuk pulang sepertiku, ada juga yang sudah kembali ke rumah masing-masing.
Mataku melirik ke arah Jaemin yang sedang melangkah ke arah kereta berwarna kelabu.
Setiap kali aku melihat kelibat lelaki itu, jantungku tidak boleh duduk diam. Asyik berdegup dengan kencang. Sudah ku bilang aku tidak mampu menahan perasaanku sendiri walaupun dia melayaniku dengan buruk.
Apa saja yang dilakukan oleh lelaki itu, hanya akan terlihat indah di mataku. Ya, mungkin cinta itu memang buta. Huek, jap aku nak muntah sekarang ni
"Haih.."
Tidak lama kemudian, bas sekolah yang agak kecil berwarna putih berhenti di hadapanku.
Aku melangkah dengan malas dan memasuki bas itu. Seperti biasa, aku duduk di tempat kesukaanku.
Aku mengeluarkan airpod milikku lalu mendengarkan lagu Golden Hour - Jvke di telefon pintar.
Setiap kali aku mendengarkan lagu itu, aku seperti di awan-awangan. Buat masa sekarang, lagu itu menjadi lagu kegemaranku.
Aku juga mahu seseorang melihatku seperti lirik di lagu ini. Aku mahu dihargai dan disayangi oleh seorang lelaki.
Tanpa sedar, bibirku turut menyanyikan lagu itu. Malahan juga hanya sedikit orang sahaja yang ada di dalam bas itu sekarang jadi aku tidak begitu mempedulikannya.
"I don't need no light, to see you shine.."
Aku segera berdiam apabila mendengar suara merdu yang turut mengikutiku bernyanyi. Dalam masa yang sama, bas itu berhenti menandakan ada penumpang yang turun di tempat ini.
Aku mencari-cari suara merdu itu semula namun suara itu sudah menghilang. Mungkin dia orang yang turun dari bas ini tadi.
Aku memasang semula airpod di kedua-dua telingaku.
Aku menyukai suaranya.
YOU ARE READING
Golden Hour ⏳ || Huang Renjun ✓ [COMPLETED]
Fanfiction" My angel of light " short storyies ° 📍 No plagiarism please ! start : 26 Oct 22 end : 27 Oct 22