3

10 4 0
                                    

"Kau dah periksa result kau? Aku dengar, dah keluar petang semalam"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kau dah periksa result kau? Aku dengar, dah keluar petang semalam"

Bae meletakkan beg lalu duduk di sebelahku.

"Halah kau ni, pagi-pagi sekolah macam ni dah rosakkan mood aku dengan result kau tu. Aku tahulah kau tu pandai"

"Hek eleh, aku beritahu kau pun takleh ke?"

Aku meletakkan kepalaku di atas meja semula sementara Bae sibuk bermain dengan telefon pintarnya. Teman sekelasku yang lain juga mulai memasuki kelas.

"Congrats Areum sebab dapat top 10 kat dalam batch!"

Aku membuka mataku. Dahiku berkerut. Aku mengangkat wajahku dan melihat teman sekelasku, Haerin yang memberikanku senyuman manis sebelum menuju ke tempat duduknya.

"Hah?"

"WEYH BODOH BANGUNLAH, CONGRATS TAU KAU DAPAT TOP 10 LAH SIOT"

Bae memukul-mukul badanku. Halah, aku tahulah dia gembira tapi janganlah sampai nak bunuh aku.

"EH SIAL, TAKYAHLAH PUKUL AKU BABI"

"HALAH, KAU TENGOK NI. TAK SANGKA KAWAN AKU NI PANDAI RUPANYA SELAMA NI"

"Eh, minah ni sial betul"

Aku melihat skrin telefon pintarnya yang mempamerkan senarai pelajar yang cemerlang. Aku membulatkan mataku apabila melihat namaku ada di dalam senarai tersebut.

Mulutku terbuka luas. Aku ingat diorang ni nak kenakan aku tadi. Tak sangka pula betul.

"Ayah kau mesti bangga. Aku pun bangga hehe"

Sebaik saja aku mendengar perkataan tersebut, senyumanku memudar. Bangga? Dia bangga?

Aku membuka telefon pintarku lalu memeriksa notifikasi whatsapp. Tiada mesej darinya.

Aku melihat groupchat batch yang sudah riuh rendah akibat keputusan yang sudah keluar. Yang semestinya, senarai pelajar cemerlang tadi, ada dikongsi di dalam groupchat itu.

Mataku membaca pesanan tahniah darinya. Tapi tiada namaku di hujung ayat tersebut.

'Tahniah, Kim Dami! 💫'

Di saat semua orang mengucapkan tahniah pada diriku, hanya pesanan dari orang itu sahaja yang menarik perhatianku.

Apakah usahaku masih tidak cukup untuk mendapatkan perhatian darinya? Apa lagi yang aku patut lakukan?

Aku mengetap gigiku lalu mematikan telefon pintar.

"Eh? Kenapa?"

"Taklah, aku mengantuk. Nak tidur"

Mungkin usahaku belum mencukupi.

Mungkin usahaku belum mencukupi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Golden Hour ⏳ || Huang Renjun ✓ [COMPLETED]Where stories live. Discover now