"Semuanya Rm 8.90"
Aku membuka dompet lalu menghulurkan sekeping not merah iaitu Rm 10 lalu memberikan kepada makcik koop (koperasi) tersebut.
Selesai membayar, aku segera keluar dan mendekati temanku, Bae, yang sudah menungguku sejak tadi.
Biasalah, dalam koperasi tu jarang takde orang. Aku pun dah nak mati beratur tadi banyak betul kepala manusia huhuu
"Kau nak bagi dia kitkat lagi?"
Aku tersenyum lalu menganggukkan kepala. Aku nak putus asa? Memang taklah.
"Aku ingat kau dengan dia dah takde apa-apa hubungan lagi?"
Kata-kata Bae tadi mematikan senyumanku. Jap, author jangan memandai nak throwback—
──────────────────────
Throwback thinggies !
"HAHAHAHA"
Areum memegang perutnya yang terasa sakit akibat tertawa terlalu banyak. Gadis itu seharian menghabiskan waktu melihat Tiktok di telefon pintar.
Walaupun jam sudah menunjukkan 1:34 petang, dia masih tidak berganjak di katilnya. Untung saja dia ada kesedaran diri untuk membersihkan dirinya terlebih dahulu pagi tadi.
Ting!
Jantungnya berdegup kencang apabila menerima notifikasi whatsapp dari seseorang. Siapa lagi kalau bukan jantung hatinya, Na Jaemin?
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Jaemin <3
- areum?
- what if someone has confessed to me?
HAH? ✓✓
WHAT THE FUCK BOI ✓✓You have been blocked.
──────────────────────
End of throwback!
BODOHLAH AUTHOR NI—
"Eh korang senanye memang official ke tak senanye? Aku pening lah. Ke kau yang syok sendiri? HAHA"
"Dahlah kau diam kalau taktau apa-apa"
Bae tersengih lalu kami berdua berjalan seiring ke kelas. Boleh tahan jauh jugalah kelas dengan koop ni tapi who cares, right? Aku craving sangat nak makan keropok cha eun woo hehek
"Jap, singgah kat kelas Aerin, aku nak minta tolong bagi coklat ni kat dia. Kau tolong panggilkan Aerin"
"Eh memandai pula suruh aku"
"Halah tolong kawan sendiri pun takleh"
Bae memutarkan bebola matanya ke atas dan akhirnya mengikuti saja arahanku.
Aku pula tunggu kat luar pintu je lah apa lagi hehe malu lah.
"Dah, aku dah bagi. Jomlah masuk kelas japgi cikgu masuk kelas haa kena denda aku pula yang kena nanti"
Bae menarik tanganku lalu memasuki kelas yang sudah dipenuhi oleh teman sekelasku yang lain.
"Jaemin ada kat kelas ke tadi?"
"Haah, dia tengah borak ngan Dami kat depan tadi. Eh kau tak nampak ke tadi?"
"Oh.. dengan Dami.."
Aku mengeluh perlahan lalu membuang pandangan ke luar tingkap.
"Dahlah tu, Areum. Takyah lah kau kejar lelaki sial macam dia tu. Kau tahu tak sia-sia je? Lepas tu kau pula yang patah hati akhir-akhir nanti, bukannya dia"
"Hmmm nak buat macam mana lagikan.."
Kata-kata Bae tadi memang ada betulnya juga cuma.. aku memang tidak boleh menahan perasaanku sendiri. Malahan, Jaemin tu first love aku.
Tiada lelaki lain yang melayaniku sepertinya sebelum ini. Dia baik. Suka tolong orang. Suka buat benda baik yang orang rasa malu nak buat biarpun kecil. Aku suka lelaki seperti itu.
Aku menutup mataku beberapa saat lalu mengeluh kasar sebelum memperbetulkan dudukku.
"Entahlah, tengoklah macam mana nanti"
Bae mendengus marah, mungkin berputus asa untuk menasihatiku.
Aku mengeluarkan buku teks Matematik dan meletakkannya di atas meja. Lalu, membersihkan laci mejaku yang sudah dipenuhi dengan bekas plastik snek dari koop.
'Haih, kotornya meja aku ni. Dah macam tong sampah'
Tidak lama kemudian, guru yang mengajariku subjek Matematik memasuki kelas dan loceng pun berbunyi.
YOU ARE READING
Golden Hour ⏳ || Huang Renjun ✓ [COMPLETED]
Fanfiction" My angel of light " short storyies ° 📍 No plagiarism please ! start : 26 Oct 22 end : 27 Oct 22