4

9 4 0
                                    

Aku memasuki rumah dan segera melangkah masuk ke dalam bilikku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku memasuki rumah dan segera melangkah masuk ke dalam bilikku. Hari ini aku hanya berjalan kaki pulang ke rumah kerana tidak mampu untuk menunggu bas. Aku terlalu penat hari ini.

Aku menghempaskan diri di atas katil dan menutup mataku.

Kedengaran bunyi enjin kereta yang baru saja memasuki perkarangan rumah. Lelaki itu sudah pulang.

Aku membuka mata dan melihat jam di dinding. Ianya masih awal lagi untuk lelaki itu pulang ke rumah.

"Oh"

Tok! Tok!

"Areum, turun bawah. Ayah nak cakap sikit"

Aku memandang kosong ke arah siling bilikku. Sudah ku jangka dia mahu bertanya tentang keputusanku baru-baru ini.

Aku bangun dan melangkah malas ke ruang tamu. Sebaik saja aku duduk di atas sofa berwarna cream tersebut, aku segera membuka mulut.

"Areum tersenarai dalam antara 10 pelajar cemerlang untuk peperiksaan tahun ni"

Lelaki itu tersenyum. Senyuman yang sama setiap kali aku memberitahu keputusanku kepadanya. Senyuman yang bermaksud usaha ku masih tidak mencukupi untuknya.

Aku membenci senyuman itu.

"Ayah tahu tapi ayah expect Areum boleh naik lagi dari ni. Areum pun taknak ayah dipandang rendah dengan kawan ayah yang lainkan? Nanti apa pula yang diorang nak cakap? Ayah malu tau"

Aku hanya memandang riak wajahnya yang mahu simpati dariku. Aku tidak mahu bercakap dengannya. Aku terlalu penat.

"Ayah nak keluar kejap, kamu pergi mandi lepas tu belajar. Kejap lagi guru tuisyen kamu sampai tu"

Lelaki itu berlalu, meninggalkanku seorang diri yang masih duduk di atas sofa.

Air mata yang ku tahan dari mengalir akhirnya jatuh di pipiku.

────────────────────

"Cantikkan layang-layang yang aku dengan ayah aku buat? Hehe"

Perbualan di antara dua kanak-kanak lelaki dan perempuan itu mencuri perhatianku.

"Layang-layang aku dengan ibu aku buat lagi cantik. Bluek"

Gadis kecil itu menjelirkan lidah membuatkan aku mengekeh kecil. Comel.

Setelah berlawan mulut, mereka berdua akhirnya memutuskan untuk menerbangkan layang-layang mereka berdua.

Aku melihat jam tanganku. Mungkin sekarang guru tuisyenku sudah menungguku di rumah. Tapi apa aku kisah? Memang taklah.

Jadi aku memutuskan untuk melarikan diri ke taman yang selalu ku kunjungi sewaktu kecil lagi. Taman ini.

"Aiskrim! Aiskrim!"

Aku segera berlari kecil ke arah penjual aiskrim yang sering ku lihat berjual di sekitar taman ini. Aiskrim yang dijual boleh tahan sedap.

"Bang, saya nak satu. Nak 3 scoop hehe"

Alunan musik mengambil perhatianku. Aku ni memang senang sangat distracted kat sekitar aku huhu

"Eh, memang ada busker ke kat taman ni?"

Maklumlah, sudah lama aku tidak ke sini akhir-akhir ini.

"Oh ye dik. Setiap petang dia ada kat sini. Suara dia boleh tahan merdulah, tapi tak kalah abang ni"

Aku tersengih lalu mengucapkan selamat tinggal kepadanya. Aku mendekati alunan gitar yang semakin menarik perhatianku itu.

Kulihat, ramai kanak-kanak yang sudah menanti untuknya menyanyikan sesuatu.

"Eh mana orangnya?"

Seorang gadis kecil menunjuk ke arah seorang lelaki yang berjalan mendekati kawasan ini.

"Pftt— HAHAAHAHAHA"

Tawa ku akhirnya meletus apabila melihat wajah lelaki itu dipakaikan dengan topeng ultraman dan rambutnya diikat dua.

Kulihat-lihat dia rapat dengan kanak-kanak di sekitar taman ini jadi mungkin dia dikerjakan oleh mereka.

"Nyanyi! Nyanyi! Nyanyi!"

"Woah woah woah, sabar peminat semua"

"Abang ultraman! Cepatlah nyanyi!"

Gadis kecil yang berada di sebelahku berteriak tidak sabar. Aku hanya tersenyum nipis.

Lelaki itu mengambil gitar sebelum memulakan persembahannya.

Aku terpegun dengan nyanyian merdu dari suaranya. Ia seperti..

Suara yang kudengari sewaktu di dalam bas?

Suara yang kudengari sewaktu di dalam bas?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Golden Hour ⏳ || Huang Renjun ✓ [COMPLETED]Where stories live. Discover now