"Abang Renjun, kak Areum datang ke tak?"
Bora menggoyangkan tanganku perlahan. Aku mengusap rambut gadis itu.
"Kejap lagi datanglah tu, dia kan dah janji. Sabar kejap lagi, okay?"
Gadis kecil itu sudah datang ke festival bersama keluarganya awal lagi untuk menyaksikan aku dan Areum bernyanyi pada malam ini seperti rancanganku yang sudah kubuat.
Aku juga sudah mempersiapkan dan menghias tempat ini sempena festival ini untuk bernyanyi bersamanya.
Dan aku mahu memberitahunya tentang perasaanku pada malam ini.
Orang ramai semakin memenuhi kawasan taman itu dan semestinya malam juga semakin tua tetapi kelibat gadis itu masih tidak kulihat.
Jangan-jangan ayah dia dera dia lagi?
Dia ada memberitahuku tentang ayahnya. Lebih tepat lagi kisah hidupnya.
Perasaanku semakin tidak keruan. Apakah gadis itu baik-baik saja?
"Bora tunggu sini, abang nak pergi tandas kejap"
Gadis kecil itu mengangguk perlahan. Aku segera berlalu pergi dan mengayuh basikal ke rumah Areum.
Aku pernah ke rumahnya sekali kerana dia mahu menunjukkan lukisan yang di lukis olehnya sewaktu berusia 12 tahun. Ianya lukisan yang menggagumkan bagiku.
Sesampai saja aku di hadapan rumahnya, aku melihat halaman rumah. Tiada kenderaan bermaksud ayahnya tiada di rumah.
Hatiku kembali tenang. Mungkin memang Areum baik-baik saja cuma aku yang berfikiran negatif.
Aku membunyikan loceng dan mengetuk pintu hadapan.
"Areum! Renjun ni"
Tiada balasan darinya. Aku mengetuk sekali lagi namun ianya masih sama. Tiada balasan.
Aku mengerutkan dahi dan mencuba membuka pintu tersebut. Ianya tidak berkunci.
"Areum, aku masuk ek?"
Ruangan di dalam rumah itu terlihat kosong dam sunyi. Mujur saja lampu tidak dipadam.
Kesan merah yang pekat di lantai mengambil perhatianku. Darah!
"Urgh.."
Aku segera menutup hidungku dan mengikuti jejak darah itu. Ia menghala ke atas.
Aku cuba untuk melawan rasa loya dan terus menaiki tangga ke atas.
Aku membuka pintu bilik yang satu-satunya bercahaya dan mendapati seorang gadis terbaring lemah di atas lantai.
"Areum?"
YOU ARE READING
Golden Hour ⏳ || Huang Renjun ✓ [COMPLETED]
Fanfiction" My angel of light " short storyies ° 📍 No plagiarism please ! start : 26 Oct 22 end : 27 Oct 22