"Baru sekarang nak balik?"
'Mampus'
Itu perkataan pertama yang muncul difikiran apabila melihat ayahku yang sudah membuka pintu terlebih dahulu sebelum aku membukanya.
Niatku mahu mencuri-curi masuk ke dalam rumah tapi.. mungkin nasib kali ini tidak memihak kepadaku.
"Petang tadi pergi mana?"
Aku tidak mampu untuk memandang tepat ke arahnya. Aku masih tertunduk diam, memandang ke arah lantai.
"Guru tuisyen kamu tadi. Dia kata kamu takde kat rumah? Jadi, Areum pergi mana tadi?"
Aku menelan pahit liurku. Tanganku bergetar. Aku takut.
"AKU CAKAP KAU PERGI MANA PETANG TADI!"
Lelaki itu menarik kasar rambutku lalu menutup pintu hadapan dengan kasar.
Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum memecut laju menaiki tangga untuk ke bilikku namun ianya hanya perbuatan yang sia-sia.
Lelaki itu dengan pantas menghempaskan tubuhku lalu mencapai batang besi yang terletak kemas di atas meja.
Ya. Aku tahu aku akan mati kali ini.
─────────────────────
Aku membuka kedua-dua mataku perlahan. Rasa sakit di seluruh tubuh badanku masih terasa.
Tapi memang salahku kerana tidak mengikuti arahannya. Jadi aku kena terima perbuatannya terhadapku semalam.
Aku sendiri yang mencari nahas.
Aku perlahan-lahan melangkah ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Aku tidak sanggup melihat nasib diriku pada pantulan cermin.
"Aduh.."
Terasa kulitku di bahagian belakang tubuh seperti sudah dicarik dengan sesuatu.
Aku perlahan-lahan membuka baju lalu melihat pantulan bahagian belakang badanku.
Mataku membulat apabila mendapati kaca yang berukuran sebesar tapak tanganku menusuki kulit belakangku.
Tanpa membuang masa aku segera mengambil beg dan membuka pintu bilik namun bilik itu terkunci.
Aku mengerutkan dahi tidak percaya bahawa lelaki itu turut mengunci jendela bilik ini.
Aku terkurung sepenuhnya di dalam bilik ini.
Aku mengeluh perlahan lalu mencapai peti ubat-ubatan yang memang sudah aku simpan di dalam bilik ini. Memang betul tekaanku, ini sangat berguna buat masa sekarang.
Dengan perlahan aku mencabut keluar serpihan kaca tersebut. Tidak ku sangka ia menusuk terlalu dalam sehingga menampakkan daging tubuhku.
Yang semestinya darah mengalir keluar membuatkan lantai bilikku kotor.
Aku sudah biasa dengan kejadian seperti ini, menjahit lukaku sendiri dan dikurung dibilik.
Aku mencapai telefon pintar yang berada di atas katil lalu mendail nombor telefon Bae namun dia tidak mengangkatnya.
"Bae.."
Aku mengetap gigiku. Aku sudah tidak tahan dengan semua ini. Sekarang aku hanya perlukan seseorang mendengar keperitanku. Aku perlukan seseorang.
Ku mohon hanya seseorang saja yang mendengar segala keperitanku. Aku tidak meminta banyak. Tolong..
YOU ARE READING
Golden Hour ⏳ || Huang Renjun ✓ [COMPLETED]
Hayran Kurgu" My angel of light " short storyies ° 📍 No plagiarism please ! start : 26 Oct 22 end : 27 Oct 22