7

10 4 0
                                    

"Areum! Aku rindu gile kat kau! Kau pergi mana hah??"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Areum! Aku rindu gile kat kau! Kau pergi mana hah??"

Sebaik saja aku melangkah masuk ke dalam kelas, Bae pantas memelukku dengan erat.

"Haa, tahu pun rindu"

"Mestilah aku rindu kau!"

Aku tersengih lalu menuju ke tempat dudukku untuk meletakkan beg. Aku mendapati ada sekotak coklat berbentuk hati di atas mejaku berserta dengan kad kecil berwarna merah jambu.

"Fuuyoohhh, ada orang rindu. Untunglah"

"Kau bagi aku ke?"

"Eh taklah. Alah, cuba kau tengok sendiri"

Aku memandang Bae pelik lalu membaca isi kandungan kad kecil itu.

" —— get well soon."

"Dari siapa ni?"

"Na Jaemin. Dia suruh aku letak kat atas meja kau tadi"

Hah? Na Jaemin? Dia bagi aku coklat dengan kad ni?

"Aku rasa dia salah bagi ni—"

"Tak, Choi Areum. Dia betul-betul bagi ni kat kau"

Tak mungkin. Jaemin tak pernah bagi aku sebarang hadiah selama ni. Hanya aku yang berusaha mendekatinya, memberinya hadiah, menunjukkan bahawa aku benar-benar menyukainya.

Perasaanku bercampur baur. Tetapi, tidak dapat kubohongi, aku menyukai perbuatannya tersebut.

Aku masih menyukainya.

──────────────────────

"Bang, macam biasalah hehe"

"Nah, aiskrim 3 scoop untuk Choi Areum"

Aku tersenyum manis ke arahnya lalu membayar untuk aiskrim itu. Kemudian, aku duduk di tempat biasa yang selalu ku tujui sementara menunggu kelibat Renjun.

"Areum?"

Sekelip mata aku berhenti dari menjilat aiskrim yang berada di tanganku apabila melihat lelaki yang sedang berdiri di hadapan.

"Eh? Tak sangka jumpa kat sini"

Jaemin segera mengambil tempat di sebelahku. Jarak antara kami tidak terlalu jauh dan juga tidak terlalu dekat. Tetapi cukup membuatkanku tidak keruan.

Sebenarnya, hatiku yang tidak berhenti duduk diam.

"Buat apa kat sini?"

Aku menggeleng sambil tersenyum kekok.

"Hah? Takde. Makan. Aiskrim"

"Oh, saya pun nak beli aiskrim macam ni kat situ tadi. Tapi terserempak dengan awak"

"Awak pun suka aiskrim 3 scoops?"

Dia tertawa kecil membuatkan hatiku semakin berdegup kencang. Senyumannya begitu manis seperti gula.

"Ya, my favourite. Kalau macam tu saya beli dulu. Awak tunggu sini ya?"

Sebaik saja dia berlalu pergi, aku mengambil nafas semula.

"Kakak Areum!"

"Bora! Eh, mana abang Renjun? Biasanya kalau Bora dah muncul, Renjun muncul sekali"

"Tak tahulah. Bora tak nampak dia bila pergi sini"

"Eh?"

Kelibat Jaemin di sebelahku menarik perhatian gadis kecil itu.

"Oh, ni kawan kakak. Nama dia Na Jaemin. Panggil je dia abang Jaemin"

Jaemin tersenyum ke arah gadis itu tetapi Bora tidak membalas senyumannya.

"Maaf, lambat. Macam biasa aku ada kelas—"

Renjun menutup mulutnya apabila melihat Jaemin yang duduk di sebelahku.

"Oh, Jaemin ni Renjun. Renjun ni Jaemin kawan aku kat sekolah"

"Nice to meet you"

Renjun hanya membalas sapaan Jaemin dengan senyuman nipis lalu kembali mempersiapkan alat elektronik untuk persembahannya.

"Renjun ni selalu nyanyi kat taman waktu petang, suara dia merdu tau jadi setiap petang kalau ada masa terluang saya pergi sini dengar dia nyanyi"

Jaemin hanya menganggukkan kepalanya.

"Awak free ke hujung minggu ni?"

"Hm? Kenapa?"

"Sebenarnya saya nak ajak awak tengok wayang kalau awak nak?"

Sebaik saja mendengar perbualan di antara kami berdua, Renjun segera berhenti melakukan perbuatannya dan mendekati kami berdua.

"Areum dah janji dengan aku yang dia nak tengok wayang dengan aku hujung minggu ni"

Jaemin memandang ke arah ku semula, menunggu jawapan dariku. Kini, kedua-dua lelaki itu menantikan jawapan dariku.

"Aku—"

"Abang Renjun dulu yang ajak kak Areum! Jadi abang Renjun yang kena pergi tengok wayang dengan kakak Areum!"

Aku menunjuk Bora dan mengangkat ibu jariku ke atas.

"Hah betul tu! Betul lah tu, maaf Jaemin"

"Takpe, mungkin lain kali?"

Renjun tersengih lalu menyambung kerjanya yang tergendala tadi.

"Ya, mestilah boleh"

"Ya, mestilah boleh"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Golden Hour ⏳ || Huang Renjun ✓ [COMPLETED]Where stories live. Discover now