Part 5

81 14 3
                                    

Selama tiga hari, Lyvia berjaya membangkitkan kekuatannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Selama tiga hari, Lyvia berjaya membangkitkan kekuatannya. Namun, kekuatannya masih berada di tahap yang lemah.

Perlahan-lahan dia membuka matanya. Aura gelap juga perlahan-lahan menghilang di sekelilingnya.

"Aku bernasib baik dipenjara di penjara bawah tanah. Aura milikku yang masih kecil belum dapat mereka kesan." Lyvia tersenyum nipis.

Tap!

Tap!

Tap!

Terdengar suara langkah kaki mendekati penjaranya. Dari suara itu, dia tahu bahawa yang datang adalah pembantu rumah yang selalu menghina dan menindasnya.

Pembantu itu datang membawa makanan seperti biasanya. Dia menjeling sinis Lyvia yang ada di dalam penjara itu.

"Hari ini adalah hari terakhir kau hidup kat dunia ni. Jadi aku bagi kau makanan istimewa hari ini. Kasihan pula aku tengok kau seumur hidup tak pernah makan makanan enak kan. Jadi aku bagi kau."perlinya pedas.

"Bila aku mati? Pukul berapa?" soal Lyvia ringkas.

Suaranya datar membuat pembantu itu sedikit merasa aneh dengan sikapnya. Lyvia sentiasa meminta dirinya untuk dilepaskan atau meminta untuk menemui Marcius.

"Hmm? Ya...kerana kau bertanya jadi aku beritahu kau. Malam ni adalah hari kematian kau. Jam 12 malam nanti pada malam bulan purnama. Apa kau ada kata-kata terakhir atau ingin aku mengambil surat supaya kau dapat menulis surat peninggalan kau untuk Tuan Marcius?"jawab pembantu itu acuh tak acuh.

"Sekarang jam berapa?"soalnya lagi.

"Haa? Jam 9 malam."pembantu tersebut mengerutkan dahinya pelik dengan sikap Lyvia tersebut.

Lyvia yang membelakanginya kemudian berdiri perlahan-lahan. Dia kemudian membalikkan badannya lalu mendekati jeruji besi dengan kepala menunduk.

Pembantu tersebut hanya diam dan memerhati langkah Lyvia mendekatinya.

"Arkkk!"

Leher pembantu itu kemudian dicekik Lyvia kuat. Kepalanya diangkat perlahan-lahan menampakkan senyum sinisnya yang suram dan haus darah.

"Kerana kau sudah melakukan pekerjaan dengan baik. Aku ingin memberimu sebuah kehormatan."ujar Lyvia sinis.

"Apa..maksud..kau!?"pembantu itu berusaha melepaskan dirinya dari cengkaman kuat Lyvia.

"Gantikan aku untuk menemui malaikat maut hari ini."membuntang mata pembantu itu mendengar perkataan yang baru saja diucapkan oleh Lyvia.

"Erkk! Arghh!" Pembantu tadi kemudian berjaya lepas dari cengkaman Lyvia.

Dia memegang lehernya yang pedih akibat cengkaman kuat Lyvia. Matanya tajam menatap Lyvia yang sinis tersenyum ke arahnya.

"Kau! Dasar tidak berguna! Aku pasti akan membalasmu! Pasti!"pembantu itu kemudian berlari keluar dari penjara tersebut.

Lyvia hanya menghantar pemergian pembantu itu dengan ekor matanya.

"Mahu mengadu ya~"katanya sinis selepas kelibat pembantu itu menghilang.

Dia kemudian duduk sambil menunggu ketibaan pengawal serta pembantu tadi.

Rentak kaki sekumpulan orang terdengar dari kejauhan.

"TANGKAP DIA! TUAN MARCIUS MEMINTA KITA UNTUK MEMBAWANYA!"jeritan jenderal kedengaran dari luar penjara.

Lyvia hanya menatap pintu masuk yang masih tertutup itu tidak peduli dengan apa yang baru saja mereka katakan.

Bam!

Pintu masuk penjara bawah tanah ditendang kuat. Lyvia duduk tidak memperdulikan mereka sambil merenung kosong dinding penjara.

"Bawa dia!"ujar jenderal itu.

Sekilas Lyvia menoleh perlahan-lahan ke arah mereka.

"Bisinglah. Kau tak reti nak buka pintu baik-baik ke atau kau..B-O-D-O-H ?"kata Lyvia sinis.

Wajah jenderal itu menjadi merah padam kerana kesal mendengar sindiran yang baru saja Lyvia lontarkan padanya.

"Kau! Tadi kau mencekik pembantu rumah! Sekarang kau menghina aku! Kau dah tak reti nak hormat orang ke! Tangkap dia!"marahnya kesal.

Para pengawal mula berjalan mendekatinya. Pintu penjara dibuka lalu menarik lengan Lyvia kuat.

Lyvia hanya mampu mengerutkan dahinya menahan sakit di lengannya akibat genggaman pengawal yang menahannya.

"Rasakan!"pembantu yang dicekiknya tadi terlihat sinis menatapnya di sebelah jenderal itu.

Lyvia hanya menatapnya lalu tersenyum sinis.

"Terima kasih.."ujarnya Lyvia dengan nada perlahan.

Semua orang yang ada disitu terdiam lalu menatap satu sama lain. Mereka semua menahan tawa mendengar ucapan Lyvia.

"Hahahahaha!"namun akhirnya ruangan itu dipenuhi oleh suara tawa mereka.

'Tertawalah. Aku akan mulai memberi kalian sebuah hadiah.'Lyvia berkata di dalam hati dengan sinis.

Dia kemudian menatap pengawal yang ada disebelahnya. Pengawal tersebut terdiam diikuti yang lain.

Lyvia perlahan-lahan mendekati wajahnya ke arah pengawal itu.

"Matilah.."bisik Lyvia perlahan di gegendang telinga pengawal tersebut.

Pengawal itu kemudian jatuh tidak sedarkan diri.

Pengawal yang lain hanya mampu tercengang sedang memahami situasi yang baru saja terjadi.

"Apa kau dah buat?"jenderal tadi menatap tajam Lyvia yang hanya tersenyum sinis menatapnya.

Salah satu pengawal yang mengcengkam lengannya tadi kemudian menjauh.

"Aku hanya memberikan satu kata-kata manis."ujar Lyvia sambil mengibas pakaiannya yang lusuh.

Tidak lama kemudian, kabus hitam menyelubungi Lyvia perlahan-lahan.

Para jenderal dan pengawal lain mula berundur sedikit demi sedikit.

'Aura membunuhnya sangat kuat. Apa yang terjadi sebenarnya?'detus hati pembantu rumah itu.

_____________________________________

Hanya itu dari author🥺

Maaf sikit sangat ya. Btw, thank you sebab sudi baca buku setengah-setengah ni.

Salam cinta dari author❤️🥰

LYVIA VILLAIN: GODDESS OF DARKNESS [SU]Where stories live. Discover now