Part 1

174 19 5
                                    

"Don't trust anyone

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Don't trust anyone."
-LYVIA VILAIN

___________________________________________

"Arghhh!"terdengar nyaring jeritan terdengar dari ruangan bawah tanah.

Seorang gadis berusia 10 tahun dipukul tanpa belas kasihan oleh seorang lelaki 30-an. Darah yang mengalir di dahi gadis itu tidak dipedulikan.

"Berhenti merengek dan diam saja disini. Kalau kau keluar pun tak ada gunanya. Kau hanya akan buat malu keluarga aku dengan pakaian dan tampilan kotor kau tu."marah lelaki 30-an itu.

Marcius Darius, seorang ketua keluarga Darius dan juga klan penyihir berdarah murni.

"Perempuan menjijikkan sepertimu tidak pantas ada di keluarga kami."perli seorang gadis yang lebih muda darinya, Clara Darius.

"Tapi...aku saudaramu juga."ujar gadis itu lagi.

"Diam kau anak bodoh!"Marcius itu kembali memukulnya lagi tapi lebih kuat dari sebelumnya.

"Tidak tahu diri." Clara memerlinya sambil tersenyum sinis.

"Arghh! Berhenti! Sakit!"rayunya kerana sakit apabila kepalanya dipukul kuat.

"Ini belum cukup untuk menutup mulutmu yang busuk tu!"marah Marcius lagi.

Pukulannya pada gadis malang itu semakin kuat. Gadis itu hanya mampu diam dan menerima pukulan dari ayah kandungnya sendiri.

Selang beberapa minit, Marcius mendengus kasar serta berhenti memukul gadis itu.

"Ayo kita pergi Clara. Sudah cukup hukuman untuknya hari ini." Marcius kemudian melangkah keluar bersama anak perempuan bongsunya.

Clara hanya tersenyum sinis sambil mengejar langkah kaki ayahnya.

Pintu ruang bawah tanah itu kemudian dikunci rapat. Gadis itu perlahan-lahan duduk sambil memegang kepalanya yang berdarah. Seluruh tubuhnya yang sakit menyebabkannya tidak mampu banyak bergerak.

"Erghh..."dia mengerang kesakitan. Gadis itu hanya mampu diam tak berdaya di ruangan bawah tanah tersebut.

Sejak lahir dia dibesarkan dengan kasar. Dia dihina dan dicaci oleh semua orang termasuk keluarganya.

Tiada siapa yang melindunginya. Lyvia Vilain, nama yang diberikan oleh ayahnya membezakannya dengan nama keluarga Darius. Hal ini kerana dia dianggap anak tidak berguna oleh keluarganya.

Lyvia tidak diakui oleh klannya sendiri sebagai penyihir berdarah murni. Dia tidak mampu menguasai elemen-elemen dasar seperti petir, air, api dan tanah.

Dia juga tidak dapat menghasilkan obat penawar. Dia tidak mahir dalam berpedang dan memanah.

Oleh kerana dia tidak berkemahiran dalam segala hal yang berkaitan dengan para penyihir darah murni, dia dianggap tidak berguna dan bodoh.

Hal inilah yang membuat keluarganya mula membencinya kerana mengganggapnya mempermalukan keluarga.

"Anak itu bodoh. Dia tidak ada kemahiran walaupun dari salah satu keluarga klan yang berbakat."

"Benar. Benar-benar tidak berguna."

"Aku dengar dia tidak boleh menguasai kekuatan elemen-elemen dasar. Dia juga tidak pandai berpedang."

"Bukankah anak itu terlalu tidak berguna. Dia hanya akan mempermalukan klan kita."

Satu per satu hinaan diberikan kepadanya. Marcius yang mula muak mendengar setiap kata-kata orang-orang terhadap keluarganya membuatnya mulai jijik dengan kehadiran Lyvia.

Dengan itu, dia dikurung di ruang bawah tanah dan dipukuli setiap hari.

Lyvia hanya mampu menahan dirinya daripada membalas. Kitaran kekejaman dunia membuat seluruh hidupnya sengsara.

"Apa takdirku harus menderita sepanjang hidupku?"soalan itulah yang selalu dia persoalkan didalam dirinya.

Takdirnya yang harus menerima semua cacian orang-orang dan dihina oleh keluarga kandungnya sendiri.

"Aku tidak pernah meminta untuk menjadi yang terlemah."gumam Lyvia sambil memeluk lutut.

Kebencian orang-orang terhadapnya membuatnya menderita.

"Ini makananmu! Kau tidak berhak makan makanan enak. Kau hanya berhak makan makanan sisa!"ujar pelayan kepadanya lalu meletakkan nasi-nasi dengan beberapa ikan yang mulai basi.

Perutnya yang kosong membuatnya tidak punya pilihan lain selain melahap makanan yang diberikan oleh pelayan-pelayan itu.

Lyvia perlahan-lahan mendekatkan dirinya lalu memakan makanan yang diberikan.

Rasa makanan itu tidak dipedulikan olehnya. Perutnya yang lapar meminta untuk diisi.

Selepas selesai makan, pinggan itu akan diletakkannya di tepi pintu. Hidupnya lebih mirip seperti seekor anjing terbiar.

Dipukul dan diberi makan makanan basi. Itulah keseharian hidupnya. Tiada kebahagiaan walaupun sedikit.

Keluarga Darius adalah salah satu dari tiga keluarga klan penyihir berdarah murni yang penuh dengan penyihir yang berbakat. Mereka boleh menguasai semua elemen dan berkemahiran dalam perubatan.

Tidak hanya itu, penyihir berdarah murni juga mempunyai pertahanan yang kuat. Kedudukan keluarga klan-klan tersebut sangat dihormati dan disanjung tinggi.

Namun, kehadiran Lyvia yang terlahir dari keluarga Darius membuat ahli keluarganya mula membencinya.

Lyvia perlahan-lahan bersandar di dinding ruangan bawah tanah itu. Telapak tangannya yang kasar dan kotor direnung lama.

"Aku pun mahu menjadi yang terkuat."ujarnya perlahan.

Tanpa disedarinya dia terlelap kerana kelelahan.


___________________________________________

Terima kasih kerana sudi membaca.

Maaf jika ada kesalahan tatabahasa. ;-)

Author tidak tahu bila update kembali tapi story ni akan terus berlangsung.

LYVIA VILLAIN: GODDESS OF DARKNESS [SU]Where stories live. Discover now