"Gyu!"
Beomgyu yang sedang menampal poster di dindingnya menatap teman baiknya, Yang Jeongin.
"Hm."
"Kau perasan tak sorang yeoja ni?"
"Violet?" cepat sahaja Beomgyu meneka.
"Kenapa dengan dia?"
"Aku perasan yang bila aku lalu kelas dia, aku selalu nampak dia tengok luar tingkap. Awalnya aku pelik sampailah minggu lepas dia tahan aku, dia tanya aku sesuatu."
"Apa dia?"
"Dia tanya kau memang taknak keluar kelas dan notice dia ke?"
"Tak akan."
Jeongin mengerutkan dahinya mendengar itu.
"Kenapa pula?"
"Tak ada sebab untuk aku notice dia." kata Beomgyu sambil menggulingkan matanya.
"Tapi macam mana kau boleh tahu nama dia Violet?"
"Haritu Jiung bagitahu aku yang Violet suruh aku notice dia. Aku tak kenal siapa Violet dan Jiung pun describe la budak tu. Dia bagitahu la yang nama budak beria tu Violet."
"Cantik kan nama tu."
Beomgyu menggelengkan kepalanya sambil membuat muka jijik.
"Tak langsung."
"Kau ni cold sangat la Gyu, cuba kau bagi peluang sikit dekat yeoja yang suka kau."
"Takde kerja."
Beomgyu menggulingkan matanya sambil menepuk-nepuk poster yang berjaya ditampal di dindingnya.
"Cantiknya poster aku.."
Beomgyu tersenyum seorang diri sambil menatap poster barunya, yang memaparkan pemain bola kegemarannya.
Jeongin melihat sekeliling bilik temannya itu. Penuh dengan poster bola. Dia menggelengkan kepalanya.
"Asyik bola je kau ni. Cubalah minat Violet pulak."
"Cubalah kau berhenti sebut nama dia! Aku tak suka yeoja yang beria nak dekat namja ni. Annoying."
"Tapi dia tu cantik dan aku tak dapat nafikan yang korang sesuai bersama."
Beomgyu menatap Jeongin sambil tersenyum paksa.
"Friend, kalau kau rasa dia cantik apa kata kau saja yang couple dengan dia?"
"Ada macamtu pulak."
"Macamtu la! Dah malam ni, kau sleepover sini kan?"
Jeongin mengganguk. Dia kemudian menaiki tangga untuk ke tingkat atas katil itu. Beomgyu pula, berbaring di tingkat bawah katil bertingkat itu.
"Goodnight, Violet's boyfriend."
"SHIBALLL!"
⎯ ‧₊˚✧⎯