"Wah, macam mana kau buat tu?"
Mata Violet bersinar teruja melihat Jiung yang sedang memutarkan pen di tangannya.
"Senang je, nak aku ajarkan?"
Violet mengganguk teruja. Jiung kemudian meletakkan pen di tangan Violet dan mengajarnya.
Selepas lima minit ketika Jiung sudah mula merasakan yang Violet sudah mahir, dia menyuruh Violet melakukan itu sendiri.
"Okay, kau try,"
Violet mencuba memutarkan pen itu namun laju sahaja pen itu terlepas dari pegangannya dan terpelanting ke luar kelas. Pada ketika itu juga, Beomgyu dan Jeongin lalu di kelas itu.
Jantung Violet berdegup kencang apabila melihat kelibat Beomgyu. Segera dia keluar dari kelas, menghampiri Beomgyu dan Jeongin.
"Maaf sayang." gumam Violet tetapi didengari Jeongin.
Jeongin menahan ketawanya mendengar itu. Beomgyu menatap Violet tajam.
"Sampai macam ni sekali cara kau untuk dapatkan perhatian aku? Kau fikir aku akan jatuh hati lepas tengok usaha kau selama ni?"
"Beomgyu, say—"
"Aku tak suka kau jadi aku harap lepas ni kau dah tak cuba tarik perhatian aku lagi, aku tak suka."
Terdiam Violet setelah tertampar dengan realiti yang baru diucapkan Beomgyu tadi. Kata-kata itu sangat kasar, namun entah kenapa Violet tak membalas langsung.
Little did he know, Violet sebenarnya sangat berani, jikalau ada orang yang mengatakan padanya sebegitu, dia pasti melawan balik.
Tetapi kali ini Violet tak sampai hati mahu memarahi Beomgyu, mungkin asbab kuasa cinta.
Violet kemudian menunduk di depan Beomgyu.
"Kalau macam tu maafkan saya."
Violet kemudian menatap Beomgyu dan memberikan senyuman manis namun hanya dibalas oleh jelingan tajam Beomgyu.
Beomgyu dan Jeongin berlalu dari situ. Violet menghantar pemergian lelaki itu dengan anak matanya. Dia kemudian tersenyum. Pipinya merona merah.
Jiung menghampiri Violet.
"Kau boleh blushing lagi? Kalau orang lain kata macamtu pada kau bukan ke kau dah lama balas balik? Kenapa kali ni kau diam sampai tunduk minta maaf depan dia?" soal Jiung tidak puas hati.
Manakan tidak, Beomgyu sangat melampau memarahinya sebegitu tetapi Violet masih boleh tersenyum gembira.
"Aku tak kesah langsung dia nak marah aku ke tak sebab aku sukakan dia, bukan suka dah, tapi dah cintakan dia. Aku takkan lawan the boy that I love."
Jiung menatapnya dengan tatapan tidak percaya. Lelaki itu kemudian masuk ke dalam kelas semula.
Violet menyembunyikan senyumnya apabila terlihat Beomgyu dan Jeongin keluar daripada tandas lelaki.
Mata mereka bertemu lagi, dan Violet segera melarikan pandangannya. Malu pula mahu menatap lelaki itu.
"Tuhan, aku mahukan dia."
⎯ ‧₊˚✧⎯