11

59 15 0
                                    

"Vivi."

Violet yang sedang duduk di buaian di taman perumahannya itu menoleh apabila mendengar namanya dipanggil.

Terlihat seorang lelaki berbangsa cina duduk di buaian sebelahnya. Zhong Chenle, jirannya dan juga teman kelasnya.

"Aku dengar kau suka Beomgyu." hampir luruh jantung Violet mendengar kenyataan itu.

"Kau tahu?"

"Hm."

"Siapa pula bagitahu?"

"Takde siapa bagitahu. Benda dah viral. Ramai juga yang tahu, kawan-kawan Beomgyu tahu dan satu kelas kita dah tahu." kata Chenle.

Violet tersentak. Siapa yang membongkarkan semua ini?

"Macam mana boleh viral? Setahu aku, Jiung je yang tahu."

"Aku tak rasa Jiung dalangnya sebab dia pandai jaga rahsia."

"Jadi kau rasa siapa?"

"Kau sendiri."

Violet menaikkan keningnya. Sudah kenapa dia sendiri punca rahsianya terbongkar?

"Apa aku buat?"

"Kelakuan kau obvious sangat Vi, kau hari-hari tengok luar tingkap dan masa Beomgyu lalu saja, kau senyum. Semua dah perasan dengan tabiat kau jadi tak mustahil la semua tahu."

Violet mencebik. Walaupun malu, tetapi dalam diam, dia sukakan itu. Dia suka kerana semua sudah tahu yang dia sukakan Beomgyu.

‧₊˚✧⎯

violet, beomgyuWhere stories live. Discover now