9

57 14 3
                                    

"Choi Jiung."

"Pe." jawab Jiung acuh tak acuh.

"Nak mintak tolong boleh?"

"Kalau pasal crush, maaf tapi tak boleh."

Violet mencebik lalu berpaling dari Jiung. Jiung yang dari tadi menulis terhenti. Dia berpaling menghadap Violet.

"Vi, aku dah penat nak layan kau la, kalau kau nak sangat suruh crush kau tu notice kau pergilah mintak kat dia sendiri. Kenapa kena gunakan aku untuk dapatkan crush kau?"

Violet tersentak mendengar itu. Mengapa Jiung berubah sebegini?

"Aku tak mintak banyak pun, aku mintak kau tolong cakapkan saja sebab aku malu. Susah sangat ke?"

"Kau cakap senang la. Kau tak fikir perasaan aku?"

"Perasaan? Apa kena mengena perasaan kau dengan crush aku? Kau marah?"

"Kau tak faham Vivi."

Jiung kembali menulis di bukunya. Violet masih terkejut dengan kelakuan Jiung itu. Mengapa tiba-tiba sahaja lelaki itu berkelakuan begitu?

Violet menatap keluar tingkap. Dan matanya jatuh pada Sungchan.

Siapakah Sungchan bagi Violet?

Jung Sungchan, pelajar sekolah Violet sejak mereka tujuh tahun lagi. Violet mula meminati lelaki itu sejak umurnya tujuh tahun.

Ketika itu, Sungchan memasuki kelas Violet kerana mereka perlu bergabung kelas dan di situlah pertemuan pertama mereka.

Entah bagaimana, Violet tertarik pada lelaki itu. Dan dia terus menyukai Sungchan sehingga ke hari ini.

Tetapi Violet sangat sukar untuk melihat lelaki itu di sekolah dan lama kelamaan, dia terlupa berkenaan Sungchan.

Namun Tuhan pertemukan mereka kembali di sekolah tinggi ini. Violet sangat terkejut kerana Sungchan yang dia kenali dahulu sudah berubah, sudah makin tinggi dan sudah tentu, makin tampan.

Sungchan melepasi kelas Violet tanpa melihatnya. Violet tersenyum.

"Beomgyu atau Sungchan?"

‧₊˚✧⎯

violet, beomgyuWhere stories live. Discover now