Bab 11 - Sydney

10.5K 40 0
                                        

Langit tidak selalunya cerah, hidup tak selalunya indah. Itulah lukisan kehidupan. Di saat keluarga kami kembali bersatu semula, di situ jugalah titik perpisahan bermula.

Segalanya bermula sebaik sahaja aku pulang dari keluar makan tengahari. Aku terdengar kekecohan di ruang tamu rumah kakakku, Mamaku meninggikan suaranya seperti sedang memarahi seseorang.

Mama baharu sahaja tiba dari Sabah dan sepatutnya kami semua berangkat ke Sydney pada keesokan hari. Juga sewajarnya kami semua di dalam keadaan riang dan gembira kerana menjelangnya krismas. Akan tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Sebaik sahaja aku membuka pintu, aku melihat Mama sedang menampar pipi adikku, Eryna.

Papa cuba menghalang Mama dari terus-menerus menampar dan memukul Eryna. Di dalam keadaan hatinya yang masih lagi panas, Mama terpandangkan aku yang baharu sahaja pulang ke rumah.

“Ni lagi sorang!”, marah Mama.

“Cuti sekolah tak nak duduk rumah. Tak tahu tadi keluar pukul berapa, sekarang baru nak balik”, tiba-tiba sahaja aku menjadi mangsa kemarahan Mama.

“Sudahlah, Mama…Violet tak ada kena mengena dalam hal ni”, pujuk kakakku.

Mama tidak mempedulikan pujukan Papa dan kakak, dia terus-terusan menyembur aku dan Eryna tanpa kuketahui apa yang telah terjadi.

Eryna terus menyambar beg tangannya, lalu meluru keluar meninggalkan rumah. Aku sempat menangkap pergelangan tangannya, tetapi dia tetap nekad mahu meninggalkan rumah.

Mama masih lagi terjerit-jerit di dalam keadaan marah, tiada apa yang dapat kulakukan dalam keadaan ini. Tetapi aku boleh mengejar Eryna dan memujuknya.

Eryna menuruni anak tangga dengan agak laju tetapi aku sempat menangkap pergelangan tangannya sebaik sahaja kami berdua menjejakkan kaki di tingkat bawah apartment itu.

Matanya berkaca. Di dalam tangisannya yang teresak-esak itu, dia berkata, “kakak…”.

Dia memeluk tubuhku dengan erat diiringi dengan isakan tangisnya. Aku memegang kedua-dua bahunya, lalu meminta dia menceritakan apa yang telah terjadi.

Eryna memberitahuku yang dia telah menyampaikan hasratnya kepada Mama untuk berhenti sekolah dan berkahwin dengan kekasih hatinya.

“Eryna, you’re still young…kenapa tergesa-gesa macam ni? Are you pregnant?”, tanyaku sambil memujuk.

No…We never did it. Tapi aku rasa dah tiba masanya, we’re so in love with each other”, terang Eryna.

Beberapa kali aku cuba memujuknya, tetapi dia tetap juga berkeras mahu berkahwin dengan teman lelakinya. Sehinggakan aku mengeluh kecewa kerana kerasnya kepala adikku itu.

Tidak lama kemudian, Papa pula muncul dan memegang bahu kiriku. Biarpun berat baginya untuk menandatangani surat keizinan berkahwin dari ibubapa dan penjaga itu. Namun dia tetap menyerahkan borang yang telah siap ditandatangannya.

Papa memeluk Eryna, anak kesayangannya itu akan pergi meninggalkan keluarga kami. Mungkin itulah peluang terakhir Papa dapat berjumpa dengannya setelah Mama dengan keras berkata, Eryna bukan lagi anaknya.

Eryna sempat melambaikan tangannya kepada aku dan Papa sebelum menaiki kereta teman lelakinya. Aku terduduk sebentar di tangga apartment membiarkan Papa naik seorang diri. Tidak dapat aku menahan air mataku dari terus mengalir.

**********

Pada keesokan harinya, Mama telah membuat keputusan untuk pulang ke Sabah bersama ahli keluargaku yang lain. Papa perlu mengikut Mama kerana keadaan emosi Mama yang tidak stabil. Begitu juga adik-beradikku yang lain, mereka tidak ada pilihan.

Violet - The Final Year [Complete]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang