Bab 4 - Majlis Perkahwinan

10.5K 33 0
                                    

Di dalam kereta Toyota Corolla bapa Farah, kami bertiga senyap tanpa berkata apa-apa. Farah pernah menceritakan kepadaku, bapanya tidak berapa rapat dengan anak-anak. Dia lebih suka menghabiskan masanya di tempat kerja dan di kedai kopi. Hanya pulang bila hari sudah lewat malam.

Angin menderu masuk melalui cermin tingkap kereta, ibarat membelai rambutku yang panjangnya telah melebihi belakang bahu. Kereta itu sudah agak tua, tidak hairanlah sekiranya aircondnya pun sudah rosak.

Daripada pemandangan kesibukan kenderaan berpusu-pusu di bandar, hinggalah bertukar menjadi kedamaian kampung. Akhirnya kami telah hampir tiba di rumah Farah.

Walaupun sudah lewat malam, tetapi masih ramai yang belum tidur kerana bergotong-royong menyiapkan apa yang perlu untuk majlis perkahwinan kakak Farah esok.

Sebaik sahaja kami meletakkan beg pakaian di dalam bilik Farah, kami berdua turun ke bahagian dapur untuk tolong merebus telur serta memasukkan telur yang telah siap dimasak ke dalam kotak cenderahati.

Kami melakukannya secara berulang-ulang sehinggalah selesai kesemuanya. Jam menunjukkan pukul empat pagi, Farah sudah mula tersengguk-sengguk sewaktu memasukkan baki telur yang tinggal ke dalam kotak cenderahati.

"Dah siap dah? Pergilah tidur dulu...esok nak bangun awal pagi", ujar emak Farah.

Kata-kata yang sangat dinanti-nantikan oleh kami berdua, laju sahaja kami bangun meninggalkan dapur dan masuk ke dalam bilik Farah. Sebaik sahaja meletakkan kepala di atas bantal, kami terus sahaja lena diulit mimpi.

**********

"Kak Farah...bangun. Dah pukul berapa dah ni...", kejut adik perempuan Farah sambil menggosok-gosokkan matanya sendiri.

Tetapi Farah masih juga tidak bangun dari tidurnya. Adiknya cuba mengejutkannya lagi, "Kak Farah, nanti mak marahlah...".

Masih tidak ada apa-apa respon. Sehinggalah aku berbisik di telinga Farah, "Akim dah sampai".

Farah bingkas bangun sambil berkata, "alamak, aku tak siap lagi nak pergi date".

"Date apa woii...BF kau jauh kat KL sana. Dengar nama Akim laju je kau bangun, kan?", bebelku.

"Kau ni, Violet...janganlah main-mainkan perasaan aku...", rungut Farah dengan suaranya yang agak serak.

"Jomlah mandi, kejap lagi orang dah start datang kita pula tak siap-siap lagi", aku memujuk Farah.

Baharulah dia bangun serta mengikutku ke bilik mandi. Untuk menjimatkan masa, kami masuk ke bilik air dan mandi bersama-sama kerana masih agak ramai lagi yang sedang menunggu giliran mereka untuk mandi.

Setelah mandi, kami bersolek dahulu sebelum memakai baju kebaya. Aku meminjam baju kebaya milik adik Farah kerana sekiranya aku memakai baju kebaya Farah, nanti akan nampak seperti tidak ada cutting.

Tetapi baju kebaya adik Farah pun boleh tahan ketat juga. Kami bersiap dengan agak kelam-kabut kerana sudah hampir dengan waktu majlis itu bermula.

Sebaik sahaja selesai bersolek, adik perempuan Farah masuk ke bilik dan berkata, "cepat kak! Cepat! Mak dah bising dah!".

Bertambah kelam-kabutlah kami menyarung baju kebaya yang telah siap diseterika oleh adik Farah malam semalam.

Tepat jam 11:30 pagi, tetamu mula datang sedikit demi sedikit ke perkarangan rumah Farah. Kami berdua ditugaskan untuk memberikan kotak cenderahati telur kepada tetamu yang sedang makan.

 Kami berdua ditugaskan untuk memberikan kotak cenderahati telur kepada tetamu yang sedang makan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Violet - The Final Year [Complete]Where stories live. Discover now