Bab 41 - Malam Kenangan Bahagian 4

8.8K 31 0
                                        

Ira membawaku ke belakang pentas dan menunjukkan ke arah Diana yang terkulai di tangga belakang pentas.

“Eh? Dia okey ke?”, tanyaku di dalam hati.

“Diana...Diana...kau okey tak?”, tegurku sambil menampung kepalanya dengan tapak tanganku serta menampar lembut pipinya beberapa kali.

“O...key...”, jawapnya menyengih tetapi matanya masih lagi tertutup rapat.

Gaya percakapannya seperti orang mabuk, tetapi tidak ada sebarang minuman keras di dalam dewan tadi.

“Takkanlah ada yang curi-curi bawa masuk dalam dewan?”, tanyaku di dalam hati.

“Macam mana boleh jadi macam ni?”, aku bertanya kepada Ira.

“Saya pun tak tak tahulah, kak. Rasanya sebab dia makan tapai tadi kot?”, teka Ira.

“Haishh...Diana...Diana...”, keluhku seketika.

“Tak apalah Ira, akak bawak balik Diana ni. Nanti lambat-lambat pintu asrama tutup pulak”, ujarku kepada Ira sambil membaringkan Diana di atas platform di belakang pentas serta melonggarkan baju kebaya yang dipakainya.

Sebaik sahaja Ira keluar meninggalkan belakang pentas, aku cuba sekali lagi mengejutkan Diana sekiranya dia boleh berjalan perlahan-lahan ke Asrama Puteri.

“Hah? Aku kat mana?”, tanya Diana sambil matanya separuh terbuka.

“Kau ni kenapa, Diana? Dah tahu tak boleh makan tapai, kau makan jugak”, marahku sambil mendudukkannya serta menyapukan belakang badannya.

Diana hanya termenung sebelum berkata, “aku sedih...”.

“Biasalah...kita semua akan habis sekolah jugak. That’s a part of growing up”, pujukku.

“Tapi...aku nobody habis sekolah nanti. Dara pun dah tak ada...”, rintihnya kepadaku.

“Ala, aku pun dah tak ada dara”, kataku sambil tergelak kecil.

“Kau tu lain...! Eee...geram pulak aku”, Diana meninggikan suaranya sambil menekan pipiku.

“Dah...jom kita balik asrama”, pelawaku sambil meletak lengannya merentasi belakang leherku.

Sambil berjalan aku menghayati kesunyian sekolah pada waktu malam. Kesunyian tersebut tidak pernah memberi gambaran seram kepadaku serta kawan-kawan.

Sebaliknya bagaikan peneman kami sewaktu mencuri-curi masuk atau keluar dari asrama.

“Hmmm...kau nak bukak baju aku sampai mana?”, tegur Diana yang perasan aku sedang membuka butang baju kebayanya serta melucutkan baju di dalamnya.

“Ermmm...sampai bogel?”, balasku sambil bergurau sebelum merehatkan Diana di atas anak tangga.

Diana tidak membalas apa-apa, matanya kembali terpejam. Aku juga duduk sebentar di atas tangga.

“Haaaaahhhhhh...”, aku mengeluh panjang sambil bersandar pada bucu anak tangga.

Sedang aku mengelamun memikirkan perjalanan kami ke asrama yang masih jauh itu, tiba-tiba aku terdengar suara lelaki, “huii!! Terkejut aku!”.

Sambil mengusap-ngusap dadanya dia berkata, “aku ingatkan aku ternampak hantu tadi”.

“Hantu apa duduk atas tangga?”, tanyaku kembali.

Dia hanya mengangkat kedua-dua bahunya memberi isyarat tidak tahu kepadaku. Dari cahaya samar-samar di laluan pejalan kaki berbumbung, aku dapat mengecam lelaki tersebut ialah Raykal.

Violet - The Final Year [Complete]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang