“Haus nampak?”, aku menegur Irene yang berulang-kali meneguk air di cawannya sejak dari tadi lagi.
Irene kelam-kabut menelan air di dalam mulutnya, lalu menjawap, “aiyaaa…buat terkejut saja you ni”.
Dia menepuk serta mencubit lenganku dahulu sebelum menyambung, “ni kan malam perpisahan untuk budak-budak form 5? Malam kita maaa. Suka hatilah mau makan ke…minum ke…sampai pengsan. Huhuhu”.
Aku tersenyum memandang Irene serta mengusap belakang badannya. Dia memakai gaun berwarna biru pada malam ini, manakala aku pula menyarungkan gaun berwarna hitam yang turut ditaja oleh Irene.
“BF kau tak dapat datang, eh?”, aku mengusik Irene.
Serta-merta dia mencubit lenganku dan berkata, “you aaaa…jangan kasi suwey sama I ini malam tau. I sangat stress ni”.
“Hahaha…relakslah Irene. Aku gurau jelah…BF kau suruh aku bagitau...dia dah sampai dekat entrance”, aku memberitahu Irene sambil cuba melepaskan diri dari cubitan maut tersebut.
Tanpa membuang masa, dia terus sahaja berjalan laju menuju ke arah pintu keluar dewan. Meninggalkan aku menyapu kesan cubitannya pada lenganku tadi.
“Blah macam tu je? Terima kasih pun takde?”, aku mengomel sendirian sambil berjalan ke arah meja bankuet di mana Linda dan Farah sedang duduk sambil menjamu selera.
Farah dan Linda kedua-duanya memakai baju kebaya yang telah diposkan oleh keluarga mereka. Pada malam ini mereka hanya mahu berehat santai sahaja di tempat duduk setelah hampir seminggu berhempas-pulas menyiapkan dewan untuk malam ini.
“Lady in red kebaya?”, aku menegur Farah yang memakai baju kebaya berwarna merah.
“Banyaklah kau punya lady in red kebaya…kau tak ambil makanan ke?”, tanya Farah sambil menyuapkan makanannya.
"Alaaa...korang suapkanlah...", jawapku sambil merengek manja membuka mulut.
Farah hanya melayankan sahaja menyuapkan makanan ke mulutku sambil menggelengkan kepalanya.
“Kenapa kau pilih pakai gaun warna hitam pulak?”, tanya Linda kehairanan.
“Senang nak menyorok dalam gelap”, jawapku bergurau.
Kami berbual-bual sebentar sambil mereka berdua menyuapkan makanan yang ada di pinggan mereka kepadaku. Sehinggalah kami dikejutkan oleh Rose yang tiba-tiba sahaja menumbuk perut Wan.
Seterusnya dia berjalan ke arah meja kami sambil mulutnya berkumat-kamit seperti sedang marah.
“Kenapa Rose?”, tanya Linda.
“Biasalah…tak sensitif langsung mamat tu. Dia boleh tanya aku kenapa aku tak pakai pakaian orang asli? Dia pun orang asli jugak! Bastard!”, marah Rose sebelum meneguk air dari cawanku.
Aku terus sahaja memujuk Rose, “relakslah…by the way, gaun kau pakai ni cantik sangat. Sesuai dengan warna kulit kau”.
“Yup…setuju”, tambah Linda.
Rose kembali tersenyum sebelum bertanya, “eh, korang tak dance ke?”.
“Aku single mingle pringles…”, jawapku ringkas.
Belum sempat aku hendak menyambung kata-kataku, tiba-tiba sahaja ada tiga orang lelaki menghampiri meja kami. Mereka masing-masing merupakan teman lelaki kepada Rose, Linda dan juga Farah.
“Bye single…”, ucap Linda sambil tersengih melambaiku.
“Dagnabbit!”, marahku sendirian melihat kawan-kawanku berjalan ke kawasan tarian bersama pasangan mereka.
ANDA SEDANG MEMBACA
Violet - The Final Year [Complete]
Short StorySambungan dari musim pertama novel Violet, ikuti sambungan pengembaraan Violet dan kawan-kawan di sekolah berasrama penuh. Apakah yang akan terjadi di tahun akhir mereka di sekolah tersebut? Pada musim kedua ini, cerita kenakalan Violet tidak lagi...
![Violet - The Final Year [Complete]](https://img.wattpad.com/cover/327615245-64-k742065.jpg)