Bab 31 - Sahabat Sejati Bahagian 1

6.8K 27 0
                                        

“Fuhhh...”, dengan bersahaja aku menghembuskan asap rokok sambil bersandar pada dinding.

Agak berbeza kali ini. Aku tidak merokok di port seperti biasa. Sebaliknya, aku terus sahaja merasmikan kotak rokok yang kuambil dari koperasi tadi dan menyalakannya di belakang koperasi.

“Hah! Hisap rokok tak ajak!”, terjah Irene cuba memeranjatkan aku.

“Nak ajak macam mana...? Orang tu sibuk dengan BF dia”, aku memerlinya.

“Alalalala...janganlah merajuk. I tau lately kita semua busy, lepas tu masing-masing pun ada boyfriend. You sorang saja yang nak stay single, tak layan pun boy ajak you couple”, pujuk Irene sambil memelukku.

“Aku bukan apa...malaslah. Nanti tak bebas macam sekarang”, terangku kepada Irene.

Irene bersahaja mengambil sebatang rokok dari kotak rokok milikku lalu menyalakannya.

“I pau satu aaa...”, ucap Irene.

Dia seperti sedang memikirkan sesuatu, matanya melihat jauh menembusi pagar sekolah. Seperti mana aku, kawan-kawan rapatku masing-masing mempunyai masalah mereka sendiri. Semakin kami hampir dengan tamatnya persekolahan, semakin jelas masalah hidup yang bakal kami semua terima.

My parents are going for divorce”, Irene memulakan bicara.

Aku memeluk erat Irene dan berkata, “I’m sorry to hear that...”.

It’s ok...I dah fikir masak-masak, I nak sambung study dekat oversea”, ucap Irene sambil mengesat air matanya.

But...this weekend, my parents both tak ada kat rumah. So...I was hoping kita semua boleh fly lepak rumah I. Just us...”, pinta Irene.

Aku memadamkan puntung rokokku sebelum berkata, “aku okey je...kita semua pun dah lama tak hangout. Kau dah tanya yang lain?”.

Irene menundukkan kepalanya sambil memadamkan puntung rokoknya sebelum menjawap, “Rose ok, Linda dan Farah je aku belum tanya lagi”.

It’s ok...aku boleh tolong tanyakan diorang nanti”, kataku sambil memegang bahu Irene.

**********

Setelah berjaya memujuk Farah dan Linda yang masing-masing agak sibuk dengan persiapan untuk revision dan malam perpisahan, kami akhirnya berkumpul dan bersiap di dalam dorm sebelum fly keluar asrama.

“Korang tau tak I jumpa apa?”, tanya Irene sambil menyarungkan seluar tracksuitnya.

“Apa? Bagitau jelah...jangan suspense sangat”, balas Rose sambil sambil menyarungkan stokinnya.

Irene tersengih-sengih menyelukkan tangannya di bawah bantal, seperti mahu mengeluarkan sesuatu. Kami berempat pula tertunggu-tunggu serta tertanya-tanya apakah yang telah dijumpai Irene.

“Ta-daa...!!”, ucap Irene sambil mengeluarkan vibrator milikku dari bawah bantalnya.

Serentak aku terus menutup mulutku dengan tangan, manakala Linda, Rose dan Farah melopong terkejut. Bagaikan tidak percaya ada yang berani membawa vibrator tersebut ke sekolah.

“Siapa punya? Kau ke Irene? Gila berani kau”, tanya Linda bertalu-talu.

Irene tergelak berdekah-dekah sebelum bertanya, “selain I, siapa lagi yang gila kentang dalam group kita ni?”.

Serentak mereka berempat memandang ke arahku. Membuatkan aku berkata, “hey...what gives?”.

Melihat mereka masih memandang ke arahku tanpa berkata apa-apa serta tersengih sahaja, terpaksalah aku mengaku.

Violet - The Final Year [Complete]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang