Chapter 8

459 23 1
                                    

Harini merupakan hari sabtu dimana hari kebebasan buat Haura disebabkan Harini dia tiada kuliah.Jadi mengambil keputusan untuk manfaatkan masa untuk keluar bersama Zara dan juga Hafiey.

Hafiey membawa 2 orang gadis itu keluar pergi ke mall memandangkan ada benda yang perlu Zara beli untuk projek assignment groupnya jadi terpaksalah dia menjadi driver kepada 2 orang gadis itu.

Kalau diikutkan hati Hafiey dia malas mahu mengikuti rakan rakannya ini tetapi disebabkan Haura yang mengajak jadi dengan rela hati dia membawa kedua gadis itu keluar berjalan.

Sudah penat bershopping mestilah laparkan tetapi bukan perut Haura mahupun Hafiey sudah semestinya perut seketul Zara Insyirah.Hafiey hanya menggelengkan kepalanya sahaja kenapalah sahabat dia ni asyik lapar saja perut berlubang ke? mencekik je tahu.

Jadi mereka mengambil keputusan untuk pergi ke sebuah cafe yang terletak didalam mall tersebut.Mereka bertiga mengambil keputusan untuk mengambil tempat duduk paling belakang dan jauh dari orang ramai kata Haura dia menginginkan privasi.

Seorang pelayan datang mengambil order mereka setelah mengambil order pesanan pelayan itu terus meninggalkan kawasan itu sempat memberi senyuman kepada Hafiey tapi seperti biasa seorang Hafiey Shauqeen tidak akan termakan dengan senyuman mana mana gadis atau wanita sekalipun.

"Haihh penat betul harini."kata Zara

Hafiey hanya memandang gadis dihadapannya ini dengan pandangan membunuh.Zara hanya memberi jelingan tajam sahaja kepada Hafiey

"Memanglah penat kau je yang shopping.Kata last last aku tengok sama je keluar kedai ni masuk kedai tu."balas Hafiey.

Zara hanya memandang lelaki dihadapannya dengan pandangan tajam.Haura hanya menongkat dagu melihat telatah mereka berdua malas mahu campur.

"Pakai duit kau ke?"balas Zara geram.

"Memanglah tak pakai duit aku tapi -"

"Dahtu sibuk sibuk apahal aku cari barang projek je."

"Barang projek ehh habis beg tu apa?pandora lah,Uniqlo lah kau nak buat projek apa guna barang barang tu?"

Hafiey tersenyum sinis,Zara mengemam bibirnya seketika matanya beralih kearah barang barang yang dibelinya itu.

"Tapi-"

"Guys!"

Haura memotong percakapan Zara membuatkan Zara mencebik.Baru dia nak lawan debat dah kena potong.

"Apa?"

Zara berkata malas,Haura memandang kedua makhluk dihadapannya itu nanti nanti boleh gaduh masalah Haura ni lagi besar dari masalah diaorang.

"Ada kawan ibu dengan ayah aku datang melamar aku."

Zara yang sedang menghirup air itu tersedak mendengar ayat yang keluar dari mulut rakannya itu.Hafiey pula hanya memandang kosong sahaja namun dalam hatinya sedang berkecai.

"Hensem tak? kalau hensem..Auchh sakit"

Kaki Zara dipijak Hafiey,Zara menjeling lelaki itu tajam apa masalah ehh pijak pijak.

"Kau terima?"Hafiey bertanya.

Bebelan Zara tidak dihiraukan.Haura menggeleng kepalanya perlahan.

"Aku tak bagi jawapan lagi perlu ke aku terima?"

"Kau tak kenal dia kan?aku rasa tak payahlah terima."

"Tapi family dia dah banyak tolong family aku."

Kata kata Haura membuatkan Hafiey mati kata.

"Kau nak terima?"

Haura hanya berdiam diri sahaja dipandangnya wajah kedua sahabatnya itu.Sungguh dia pun tak tahu apa yang patut dia lakukan sekarang ni.
-
-
-
Ayden yang memarkirkan keretanya dihadapan rumah Haura dia menarik nafas panjang dan menghembusnya perlahan.

Harini dia mengambil keputusan untuk berjumpa dan berbincang dengan Haura Medina tentang lamaran keluarganya terhadap gadis itu.

Dengan langkah malas dia turun dari kereta dan berjalan masuk kedalam kawasan rumah tersebut.Pintu rumah diketuk tidak terlalu kuat dan juga tidak terlalu perlahan.

Pintu rumah itu dibuka dan muncullah muka seorang wanita lingkungan 40 an.Ayden tersenyum nipis memandang kearah wanita itu.

"Ayden?buat apa kat rumah aunty ni?"

"Ayden datang sini nak berbincang dengan Haura.Ayden dengar mama papa datang melamar Haura tu yang ada benda sikit nak bincang dengan dia bolehkan?"lembut sahaja Ayden berbicara

Pn Maisarah terkesima seketika, adakah Ayden akan memarahi anaknya?gusar hati Pn Maisarah.

"Ayden tak marah Haura kan?"

Ayden tersenyum nipis kepalanya digelengkan.Melihat gelengan kepala Ayden membuatkan Pn Maisarah sedikit lega.

"Masuklah dulu Ayden,Haura dia keluar dengan kawan kawan dia."pelawa Pn Maisarah.

Ayden hanya mengangguk perlahan dan terus masuk ke rumah.

"Ayden nak minum ke makan ke?"tanya Pn Maisarah.

"Tak apa aunty."

"Aunty buatkan air sekejap ye."

Ayden hanya mengangguk perlahan dan tersenyum manis selepas hilangnya bayangan Pn Maisarah senyuman sinis mula terlakar pada bibirnya.

Matanya tertancap pada gambar gambar Haura yang tersusun cantik di dinding rumah keluarganya itu.

"Not bad!lawa aku bet kau akan suka surprise yang aku buat untuk kau little sweetie"

Ayden tersenyum melihat gambar gambar Haura.Senyuman yang membawa 1000 maksud tersirat.

ETC
Maaf ye kalau saya lambat update..macam biasa kalau best awak boleh komen tanda support okay kalau tak best pun boleh komen..

korang rasa surprise apa yg Ayden nak bagi kat Haura???? tunggu next chapter ye.

Love you all 💞 have a nice day ❤️

Suami Dari NerakaWhere stories live. Discover now