Chapter 13

432 26 2
                                    

Harini merupakan hari yang bermakna buat Haura Medina dan Ayden Mikael dimana harini merupakan hari dimana mereka diijabkabulkan .Haura Medina tersenyum nipis dihadapan cermin dia tidak tahu bagaimana mahu menggambarkan perasaannya sekarang ni excited, happy,sedih semuanya bercampur baur.

Dia tidak percaya yang dia bakal menjadi isteri orang sebentar lagi isteri kepada Ayden Mikael.Lelaki yang dia fikir sombong,biadap pada pertama kali dia berjumpa dengan lelaki itu tapi sebaliknya itu semua tidak benar sepanjang dia keluar bersama lelaki itu,Ayden melayannya baik bagaikan seorang puteri.

Tokk..tokk

Pintu bilik diketuk kelihatan Zara masuk kedalam bilik dengan senyuman manis.Dipandangnya gadis itu tidak berkedip kerana ini bukan Haura Medina yang dia kenal.Ini seperti bidadari yang turun kebumi untuk mencara sang Raja.Haura Medina yang perasan Zara dari tadi memandangnya terus menunduk malu,Zara yang perasan Haura menunduk malu itu hanya tersengih seperti kerang busuk.

"Elehh tak payah nak malulah Haura kau tu kena simpan perasaan malu kau untuk encik suami malam nanti tau."sakat Zara.

"Zara apa kau ni kesitu pula malulah aku ishh!".

"Dah tak payah nak malu sangat semua dah tunggu kau kat bawah tu.Kau dah ready Haura?."Soal Zara.

Dia bukan apa dia risau kalau Haura ni nervous habis semua kacau nanti Haura ni dah lah kalau nervous semua benda jadi gelabah.

Haura menarik nafasnya panjang lalu dihembusnya perlahan dan dia tersenyum manis kearah Zara menandakan dia sudah bersedia.

Nampaknya tok kadi semua sudah bersedia begitu juga Ayden Mikael manakala Haura duduk diatas pelamin bersebelahan ibunya dan mama mertuanya.

Pn Sri Adibah tersenyum manis melihat bakal menantunya itu sejuk sahaja mata memandang .

"Ayden ready?"tanya Tan Sri Irham kepada Ayden Mikael.

Ayden hanya mengangguk kepalanya perlahan tanda dia sudah bersedia.

"Ayden Mikael aku nikahkan kau dengan puteriku Haura Medina Binti Faizal dengan mas kahwin rm800 tunai!"

"Aku terima nikahnya Haura Medina Binti Faizal dengan mas kahwin rm800 tunai!"

"Sah!"

"Sah!"

"Sah!"

Alhamdulillah dengan sekali lafaz Haura sudahpun menjadi isteri kepada Ayden Mikael.

Tetamu yang hadir di majlis perkahwinan mereka dihadiri rakan rakan dan saudara mara yang terdekat.

Mereka disambut dengan senyuman manis milik Haura Medina tetapi tidak pada Ayden Mikael yang mempamerkan riak wajah menyampah namun riak wajahnya itu disorok sehabis baik kerana tidak mahu menampakkan seperti dia terpaksa berkahwin.

Jadi dengan muka yang terpaksa dia layankan sahaja tetamu tetamunya itu.

"Sabar Ayden sabar sekejap je lagi!"kata Ayden.

Matanya memandang kearah Haura yang sedang melayani tetamu itu memandang dengan pandangan yang penuh bermakna.

"Haura!"

Haura dan Ayden memandang kearah suara yang memanggil namanya itu kelihatan seperti Zara yang berjalan kearah mereka dengan senyuman manis.

"Dah kahwin dah member aku congrats!nanti bagi aku anak buah banyak banyak tau!"Kata Zara tiada tapisan.

Haura menjeling gadis itu ingat kilang ke main pakai cakap je.

Hafiey disebelahnya memandang kearah Haura dengan senyuman pahit.Gadis idamannya sudah menjadi milik orang selepas itu matanya beralih kearah Ayden.

Hafiey mengucapkan tahniah kepada Ayden sempat juga dia berbisik sesuatu pada lelaki itu.

"Jaga Haura baik baik kalau aku tahu kau sakitkan dia aku bunuh kau!"bisik Hafiey dengan penuh amaran namun sedikit pun tidak memberi kesan pada Ayden.

"Dina kitaorang balik dulu have a nice day and congrats."kata Hafiey sekali lagi sebelum melangkah pergi begitu juga Zara.

Haura hanya tersenyum manis kearah kedua orang sahabatnya yang sudah jauh meninggalkan dirinya itu.
-
-
-
Ayden mengemas pakaian pakaiannya dan dimasukkan ke dalam beg luggage.Haura yang baru sahaja membersihkan diri itu memandang suaminya pelik kenapa packing packing baju pula ni.

"Awak nak pergi mana?kenapa kemas barang barang kita?"

"Kita pindah balik rumah aku!"balas Ayden pendek.

Haura mengerutkan dahinya kenapa nak pindah bukan ke malam ni dia memang kena tidur rumah ibu bapanya nanti apa pula ibu ayahnya fikir.

"Tapi kan kita baru kahwin nanti apa pula kata ibu ayah."Pujuk Haura.

"Sekarang ni aku ni siapa?laki kau kan!syurga kau kat mana sekarang?bawah tapak kaki mak bapak kau atau bawah tapak kaki aku?ermmm?kau tak belajar agama ke?dah tak reti ikut perintah tuhan ke?"Kepala Haura ditunjal,Ayden menahan suaranya dari meninggikan suara pada gadis itu risau kalau keluarga gadis itu terdengar.

Haura mengemam bibirnya perlahan, kepalanya ditundukkan.

"Aku tanya kau syurga kau kat mana sekarang ni kau pekak ke perempuan!bila aku tanya pandang aku Haura!"

Haura memandang kearah Ayden dengan pandangan yang berkaca.

"Aku tanya ni kan!kau pekak ke?"

"Kat bawah kaki awak"jawab Haura perlahan.

Ayden tersenyum sinis dahi Haura ditunjal berkali kali.

"Good girl be a good wife okay"

Ayden tergelak kecil lalu berjalan keluar  dari bilik sempat lagi Ayden berpesan sesuatu sebelum keluar dari bilik.

"Kau dengar sini Haura kalau aku tahu kau buka mulut depan family kau atau sesiapa aku akan make sure kau tak dapat jumpa ibu dan ayah kau lagi!aku bagi kau masa setengah jam untuk kau kemas semua benda kau lambat kau siap Haura!"

Kata Ayden berbaur amaran kepada Haura Medina.Ayden keluar bilik meninggalkan Haura yang masih berdiri membatu itu.

"Ya Allah adakah aku silap menilai perwatakan dia!."

Doa Haura sungguh dia tidak percaya bahawa lelaki yang dia kenal tidaklah sebaik yang dia sangkakan rupanya selama ini Ayden hanya bertalam 2 muka sahaja dihadapannya dan kedua ibu bapanya sahaja.

ETC
HI GUYS SAYA KEMBALI LIKE ALWAYS KALAU BEST COMMENT KALAU TAK PUN BOLEH COMMENT

NEXT CHAPTER WILL BE A TOUGH CHAPTER YE BOLEH PREPARE MENTAL DAN EMOSI ANDA SEMUA TERMASUKLAH SAYA!!

HAVE A NICE DAY EVERYONE

Suami Dari NerakaWhere stories live. Discover now