Chapter 19

576 31 5
                                    

Hafiey menghentak kuat tanganya pada stereng kereta miliknya dia benar benar tercabar dengan sikap Ayden itu.Wajahnya diraup kasar segala sumpah seranah pada lelaki itu keluar dari mulutnya .

"Sial!mana kau sorok Haura ni!"dihentaknya stereng kereta kuat.

Dia membayangi muka Ayden pada stereng kereta itu lagi dia bayangkan lagi kuat dia menghentak tangannya pada stereng kereta itu.

Dia meluncur laju keluar dari kawasan pejabat milik Ayden.Kereta mewah milik Hafiey itu dipandu laju tanpa hala tuju.

Zara yang masih duduk bersila dihadapan rumah Hafiey itu setia menanti kepulangan lelaki itu.Ya!benar dia marahkan Hafiey namun disudut lain dia risaukan keadaan lelaki itu.

Telefon miliknya dikeluarkan dan dia mendail no Hafiey namun tiada sebarang jawapan dari lelaki itu.Zara mengeluh nafas perlahan sejak Haura kahwin persahabatan mereka bertiga semakin renggang.

Tiba-tiba dia teringat ayat yang terpancul keluar dari mulut Hafiey pagi tadi.

"If one day benda buruk berlaku pada Haura aku takkan sesekali maafkan kau tahu!sebab puncanya datang dari kau sendiri yang pentingkan diri sendiri Zara!"

"Aku? pentingkan diri sendiri?ya Allah Zara apa yang kau buat ni Haura tu kawan kau"

Zara mengetuk kepalanya berulang kali disebabkan dia cemburu dengan Hafiey yang selalu mengambil berat tentang Haura dia sanggup butakan mata sendiri.

Kelihatan kereta mewah milik Hafiey parking dihadapannya.Tanpa buang masa Zara terus mendapatkan Hafiey.

"Jumpa Haura?dia macam mana?dia okay?sihat ke?"bermacam macam soalan keluar dari mulut gadis itu namun satu soalan pun tidak dijawab oleh Hafiey.

"Hafiey aku tanya ni jumpa tak?"

"Tak"

"Ayden?kau pergi pejabat husband dia kan?Ayden cakap apa?

"Kenapa kau nak tahu?bukan kau kata Haura bahagia ke dengan laki dia yang kau gelisah sangat kenapa?bukan ni ke yang kau nak?"balas Hafiey sinis.

Zara tergamam mendengar jawapan Hafiey tidak sangka Hafiey masih marahkan dia.Bibirnya dikemam perlahan.

"Aku tiada niat pun and bukan tu maksud aku Hafiey,Haura tu masih kawan aku and aku masih sayangkan dia tadi aku...aku just marah!geram sebab kau masih cintakan Haura and dia isteri orang aku tak nak kau jadi pemusnah rumah tangga orang."

Jelas Zara panjang lebar.Hafiey berdecit perlahan.

"Aku tahu apa aku buat."

Balas Hafiey dingin,dia berjalan melepasi Zara.

"Kau masih cintakan dia ke?"

Hafiey berhenti menapak dia memusingkan badannya perlahan menghadap Zara.

"Ya!aku cintakan dia tapi aku bukan  lelaki bodoh yang ketagih cinta pada isteri orang Zara and kalau aku nak dapatkan dia bukan cara merampas and-

Hafey menarik nafas dalam sebelum menyambung kata katanya

"Kalau aku diberi peluang Zara aku nak sangat buktikan dekat Haura yang aku sayang dan aku cintakan dia lebih dari nyawa aku sendiri Zara!"

Zara mengemam bibirnya empangan air matanya ditahan agar tidak pecah.Dia ingin mengatakan sesuatu pada lelaki itu namun bibirnya terkunci.

Hafiey terus melangkah kakinya pergi dan masuk kedalam rumah tanpa memandang wajah Zara.Tanpa sedar air mata milik Zara laju mengalir kecewa.
-
-
-
Haura yang sedang baring keletihan itu sedikit pun tidak sedar akan kepulangan suaminya.Ayden tersenyum sinis memandang Haura yang sedap dilena mimpi itu.

"Dasar perempuan tak malu dah berangan nak jadi ma'am besar dalam rumah aku ya kau sabar jap!"

Ayden terus pergi ke dapur air diambil lalu dia kedepan semula dimana tempat Haura sedang berehat itu.

Tanpa membuang masa air itu disimbah pada Haura membuatkan gadis itu bangun terkejut.

"Ayden!apa ni!"Haura memegang tangannya yang putih itu.Tangannya bertukar berwarna kemerahan akibat daripada simbahan air panas tadi.

"siapa izinkan kau baring atas sofa ni!"

"Saya tumpang rehat je!saya penat takkan tumpang rehat pun tak boleh!" suara naik seotaf.Lagi sekali dia tidak tahu mana datangnya keberanian.

Ayden menggenggam penumbuknya lagi sekali Haura berani melawannya.

"Kau lawan aku!"tanpa amaran tangan Haura ditarik kuat.Ayden membawa gadis kecil itu kedapur.

"Awak nak buat apa ni!"Haura mula menggigil ketakutan apabila Ayden mula memanaskan air yang terdapat didalam mangkuk itu.

Ayden mendekatkan tangan Haura itu pada air panas yang sedang mendidih itu.

"awak Jan..jangan macam ni"

"Tadi kau berani kan melawan aku!"

"Saya minta maaf Ayden tolong air tu panas tolong jangan buat macam ni saya merayu!"

Sedikit pun rayuan Haura tidak dilayan tangan Haura direndam dalam air panas yang menggelegak itu raungan gadis itu sedikit pun tidak memberi kesan pada dia

"Ahh Ayden sakit!"Haura meronta-ronta agar tangannya dilepaskan.

Setelah puas menyeksa gadis itu Ayden menolak Haura kasar sehingga jatuh.Tangisan Haura dibiarkan sahaja.Ayden duduk mencangkung dihadapan Haura.

Haura mengundur kebelakang apabila Ayden cuba mengelus wajahnya.

"Jan..jangan dekat!"

Balas Haura, bibirnya menggeletar hebat tangan kanannya masih lagi rasa pedih.

"Sayang!I'm sorry aku tak ada niat pun sayang maaf ye."balas Ayden lembut.

Haura tergamam seketika.Sayang?dia dengar lelaki itu memanggilnya sayang?. Melihat Haura yang tergamam Ayden mengambil kesempatan cuba mendekati Haura.

Haura yang sedar cuba menjauhkan dirinya dari disentuh Ayden.

"Sayang aku minta maaf come aku tolong rawat luka kau tu."

Melihat Haura yang hanya mendiamkan diri itu dia perlahan-lahan mencapai tangan gadis itu tangan yang putih bertukar kemerah-merahan dan melecur.

Dia memapah Haura pergi ke ruang tamu didudukkan gadis itu pada sofa.

"Kejap aku cari first aid okay tunggu tau."Ayden terus melangkah pergi meninggalkan Haura yang masih dalam keadaan terkejut

Perubahan drastik Ayden membuatkan Haura sendikit terkejut.Kenapa Ayden tiba tiba berubah jadi baik apa yang berlaku sebenarnya tadi.

Selesai merawat luka Haura Ayden meletakkan kembali barang barang first aid itu didalam kotak semula.Ayden yang perasan Haura masih menundukkan kepalanya perlahan dia memegang tangan isterinya itu.

"Aku minta maaf Haura!"

Haura yang menunduk itu mengangkat kepalanya memandang kearah Ayden yang sedang tersenyum nipis itu.Haura membalas senyuman Ayden itu semula.

"Saya okay!janji awak jangan macam tu lagi Ayden saya sakit sangat."Balas Haura perlahan cuba mengawal air matanya dari jatuh.

Ayden mengangguk Haura yang menangis itu perlahan Lahan kepala Haura diletakkan pada dadanya.Rambut hitam isterinya itu diusap lembut.

"Aku janji aku tak sakitkan kau lagi lepasni sayang aku janji."

ETC
SEPERTI BIASA KALAU BEST AWAK BOLEH KOMEN TAK BEST PUN BOLEH KOMEN.....

KORANG RASA DIA BETUL BETUL BERUBAH KE?KALAU BETUL ALHAMDULILLAH...

HAVE A NICE DAY YE EVERYONE ♥️











Suami Dari NerakaWhere stories live. Discover now