Chapter 12

419 24 1
                                    

Hafiey yang sedang baring dari tadi memandang kearah syiling entah hati dia merasakan sesuatu yang tidak kena sepertinya akan terjadi sesuatu perkara yang buruk pada Haura suatu hari nanti.

Namun dia cepat menepis perasaan itu dia sepatutnya mendoakan agar perjalanan gadis itu kejinjang pelamin berjalan dengan lancar bukannya berfikir buruk tentang Haura.

Tetapi dia seolah-olah seperti tidak tenang telefon bimbit dicapai lalu didailnya nombor Zara.Ya!dia perlu berjumpa dengan Zara untuk menghilangkan segala perasaan negatif itu.

Namun panggilan Zara tidak diangkat.

"Shit!angkatlah Zara mana pula budak ni pergi!"

Tanpa membuang masa dia mencapai kunci kereta dan terus keluar dari rumahnya dan terus kerumah Zara.

Zara yang baru sahaja keluar dari bilik air pergi mendapatkan telefonnya.Berkerut dahinya terdapat 5 missed call dari Hafiey.

"Dah kenapa?"Zara berkata sendirian.Telefon yang dipegangnya itu diletakkan semula dan terus pergi ke dapur.

Kedengaran bunyi ketukan pintu itu mematikan tindakan Zara yang sedang membuat air itu.

"Setan mana pula yang ketuk pintu macam nak gaduh ni mengganggu hidup aku betul."

Dengan perasaan geram Zara terus pergi ke pintu utama dibukanya pintu kasar dan muncullah muka orang yang sangat dikenalinya.

"Hafiey."

Hafiey memandang Zara tajam membuatkan gadis itu menelan air liur dah kenapa pandang macam nak telan.

"Kau apahal tak angkat call? pekak ke?"

Zara berkerut dah kenapa datang datang terus maki orang.

"Tak kau kenapa nak tengking tengking aku ni?datang rumah tak bagi salam tiba tiba maki!"

Hafiey menghela nafas berat ya dia akui silapnya dia tidak sepatutnya memarahi Zara.

"Sorry!tak apa lah aku balik dulu."

"Hafiey kejap!"

Hafiey mematikan langkahnya dan memusingkan diri memandang kearah Zara.

"Kau busy?jom lepak."ajak Zara.

Hafiey menggelengkan kepalanya tanda dia menolak ajakan Zara.

"Tak apa lah lain kalilah lagipun Haura tak ada tak best.Aku balik dulu sorry kalau aku termarah aku tadi."

"Tapi-"

Tidak sempat Zara ingin membalas Hafiey sudah pergi terlebih dahulu.
Zara mengemam bibirnya.

Terasa?sudah tentu kenapa setiap kali dia ajak Hafiey keluar berdua ada sahaja alasan lelaki itu katanya sebab tiada Haura lah apa lah.

Tapi kenapa setiap kali Hafiey mempunyai masalah dia akan mencari Zara?kenapa bila masalah sahaja dia akan cari.

"Sebernarnya aku ni penting ke tak dalam hidup kau Hafiey? Aku ni betul betul kawan kau ataupun aku ni hanya tempat kau luah masalah je?Kenapa kau lagi pentingkan Haura?aku ni siapa?"

ETC
Sorry if part ni pendek next part kita buat part  Haura dan Ayden ye...

Hafiey ni tak patut betul kesian member ayuhlah sama sama ganyang Hafiey.

Like always kalau best komen kalau tak best pun boleh komen.Have a nice day everyone ♥️

Suami Dari NerakaWhere stories live. Discover now