Chapter 2

627 38 1
                                    

Ayden mengusutkan kepalanya melihat fail fail yang bertimbun atas mejanya itu sakit kepalanya tidak hilang lagi mana taknya berapa teguk air syaitan yang dia teguk malam semalam.

Haziq Hayden sahabat baik kepada Ayden Mikael masuk kedalam pejabat Ayden tanpa mengetuk pintu.Dia hanya menggelengkan kepalanya melihat kelakuan Ayden yang nampak serabut itu dah tahu besok tu nak kerja masih nak lagi pergi clubbing.

"Bro kau ni serabut sangat aku tengok ni.Kan aku dah pesan semalam jangan teguk banyak sangat tengok?kan kau dah tak boleh fokus."

Ayden hanya memandang Haziq tajam kalau setakat datang nak menyakitkan hati baik berambus je.Tangannya mengurut dahinya yang sakit.Haziq Hayden ni sama sahaja perangainya dengan Ayden yang membezakannya yelah Haziq pandai mengawal nafsunya dari meminum air syaitan tersebut.

"Malam ni macam mana?on?".

"Malaslah aku nak duduk rumah harini pagi tadi pun balik pukul 5."

"Sejak bila jadi anak mak nak duduk rumah ni?"sinis sahaja Haziq bersuara.

Ayden memandang tajam wajah tampan itu mahu sahaja dia menendang Haziq keluar dari pejabatnya.

"Eh sial kau tak payah sindir sindir aku lah okay fine kau malam ni on."

Dia paling pantang kalau ada orang menyindirnya member tak member kalau dia nak serang dia serang je.

"Macam ini lah baru Ayden Mikael"kata Haziq disambung dengan gelak sinis.

"Dah tak ada apa apa lagi kan? berambuslah sial aku nak tidur kau bukan function pun dalam bilik ni."

Haziq hanya tergelak sahaja,baru sahaja kaki Haziq ingin melangkah keluar kedengaran suara serak basah memanggil namanya.

"Ziq nanti kau suruh Kak Za cover kerja aku and cakap dengan Kak Za kalau ada orang cari aku cakap aku busy."

Haziq hanya menggangukkan kepalanya sahaja tanda okay.Kak Za atau namanya Haliza merupakan pembantu peribadi Ayden Mikael.

Pada jam 12 tengahari Ayden pulang kerumah mama dan papanya.Pn Sri Adibah yang sedang leka memasak bersama pembantu rumah mereka itu perasan akan kehadiran anak lelakinya itu.

"Ayden come here mama ada benda sedikit nak cakap."Panggil Pn Sri Adibah lembut.

Ayden dengan langkah yang malas terus berjalan kearah mamanya itu.Muka bosan ditayangkan dalam kepalanya sudah mendapat tangkap pasti mamanya akan membebel tentang malam semalam.

Semalamkan dia mabuk takkan lah dia nak balik rumah dah sah sah lah nanti mama dan papanya akan mengamuk jadi dia mengambil keputusan untuk balik ke kondonya sahaja.

"Malam ni Ayden stay sini ye,ada tetamu nak datang."kata Pn Sri Adibah matanya fokus memotong sayur sayuran.

"Ma malam ni Ayden ada janji Ma tak kan lah Ayden nak batalkan perjanjian Ayden dengan Haziq."Balas Ayden dengan nada yang sedikit memberontak.

"No mean no Ayden Mikael!mama kata stay tu stay nanti papa bising kalau kamu tiada Ayden."balas Pn Sri Adibah dengan nada yang sedikit tegas kalau dia asyik berlembut Ayden tidak akan mendengar katanya.

Bukan dia tidak kenal anaknya itu kalau keluar dengan Haziq tak lain tak bukan akan pergi ke clubbing,melepak,race sudah berbuih mulut Pn Sri Adibah dan Tan Sri Irham nasihatnya namun sedikit pun Ayden tidak mengambil peduli.

"Tapi ma Ay-"

Kata kata Ayden terhenti apabila terdengar suara tua garau yang memotong ayatnya.

"Tiada tapi tapi Ayden Mikael!kamu kena stay juga malam ni Ayden kalau tidak papa potong segala kad kredit kamu Ayden jangan cabar papa Ayden!"marah Tan Sri Irham.

Hanya ugutan itu sahaja yang boleh membuatkan anaknya mendengar kata katanya.

"Okay fine!Ayden stay!puas!"balas Ayden malas dan terus naik keatas.

Tan Sri Irham hanya menggelengkan kepalanya melihat anak terunanya itu sudah 25 tahun tapi perangai tak ubah seperti 5 tahun.

Ayden merebahkan badannya jam menunjukkan pukul 1 tengah hari terasa malas sungguh nak pergi kerja.Dan itulah perangai Ayden Mikael kalau dia rasa dia nak masuk pejabat dia masuk dia buat office tu macam office bapak dia memanglah dia boss tapi office tu under papa dia.
-

-

-

Haura Medina yang sedang leka membuat assignment itu terganggu apabila telefonnya berdering menandakan mesej masuk.Haura Medina mengambil telefonnya yang berada diatas katil dan membuka chat daripada aplikasi WhatsApp.

"Dina besok teman aku pergi cafe"-Hafiey

Haura hanya mengerutkan dahinya sahaja dia chat semata mata ajak pergi cafe je besok?Padahal besok boleh je cakap dekat U haishhh mamat ni.

"Chat semata mata ajak tu je ke?"-Haura

Haura meletak kembali telefonnya tepi dan sambung membuat assignment semula.

Ting!

Belum sempat dia ingin menaip telefon bimbitnya kembali berdering dia mendengus perlahan tidak boleh tengok orang senang sekejap.

"Habis kau expect aku nak cakap apa?kau nak aku cakap nanti mak bapak aku datang masuk meminang kau macam tu ke Haura Medina?"-Hafiey.

Membulat mata Haura membaca mesej tersebut perasan betullah Hafiey ni dia malas nak layan jadi dia off kan sahaja fonnya kalau melayan nanti makin merepek pulak sahabatnya tu.

Tok!tok!

Pintu bilik diketuk Pn Maisara masuk ke dalam bilik anak gadisnya itu dengan senyuman yang manis Haura hanya membalas dan menyambung kerjanya semula.

"Haura busy ke sayang?"tanya Pn Maisara lembut

"Nak kata busy tu tak cuma nak siapakan assignment kenapa ibu?"balas Haura mata masih memandang laptop.

"Malam ni ibu dengan ayah nak ajak Haura ikut kami pergi rumah tansri.Tan Sri ajak kita dinner dekat sana tu yang ibu tanya Haura busy ke?"Terang Pn Maisara.

"Ouhhh taklah Haura free je Haura ikut ye malam ni"balas Haura lembut.

"Pakai cantik cantik tau"

"Nak pergi dinner je bukan jumpa bakal mertua ibu"

"Sekalilah tu dinner dengan jumpa mak mertua "usik Pn Maisara dan terus keluar dari bilik Haura.

Haura yang menggeleng kepalanya perlahan ada ada je ibu dia ni Haura tergelak kecil dan terus menyambung kerjanya itu.

ETC
Kalau best awak boleh komen kalau tak best pun boleh komen okay...

Thank you ♥️

Suami Dari NerakaWhere stories live. Discover now