Chapter 22

439 21 9
                                    

"Sebenarnya dia terjatuh "Kata suara garau itu yang muncul entah dari mana siapa lagi kalau bukan anak jin.

Haura dan juga Haziq memandang kearah suara itu,Ayden berlalu melepasi Haziq dan berdiri disebelah Haura.Bahu milik gadis itu dipeluk kemas matanya tak lepas dari memandang Haura.Selepas puas merenung gadis itu tajam matanya beralih kearah Haziq yang berada dihadapan mereka berdua.

"By the way kau buat apa kat sini?" tanya Ayden dingin.

Haziq memandang kearah Haura dan Ayden bersilih ganti.Ayden masih sabar menunggu jawapan Haziq. Sebenarnya Ayden sudah lama tahu niat Haziq datang kerumahnya.

"Aku nak hantar report ni kat kau."

Ayden menaikkan keningnya sebelum bibirnya terjungkit sedikit.Haziq fikir Ayden ini bodoh???tak tahu sebab mengapa dia kerumahnya takkanlah datang rumah semata-mata nak bagi report kan.

Haura yang berdiri diantara mereka itu hanya mendiamkan diri malas mahu campur urusan mereka berdua.

"Masuklah Haziq, saya buatkan air nanti" kata Haura lalu terus masuk kerumah dengan kaki yang berjengket.Haziq yang memerhati mengerutkan keningnya  kalau dah terjengkit macam tu tambah dengan kesan lebam pada muka sah tak lain tak bukan kena belasah.

Ayden memandang tajam kearah Haura,sengaja mahu raih simpatilah tu si Haziq ni pun satu dah tahu bini orang masih lagi nak pandang macam tak pernah tengok perempuan.

"Kau duduklah dulu aku nak tolong bini aku buat air."  pelawa Ayden.Haziq hanya memerhati gerak geri Ayden yang semakin jauh kebelakang meninggalkannya seorang diri diruang tamu.

Haura yang sedang leka membancuh minuman itu terjerit sedikit apabila rambutnya yang berselindung disebalik tudung itu direntap kuat membuatkan dia sedikit terdongak.

"Sa...sakit!." rintih Haura.

Ayden tidak peduli malah menguatkan lagi cengkaman menyebabkan Haura makin mendongak keatas sebelah tangannya lagi menutup mulut Haura supaya Haura tidak menghasilkan sebarang bunyi.

"Engkau cuba untuk goda kawan aku pula ke perempuan!".

Haura menggelengkan kepalanya, air mata tidak henti mengalir akibat kesakitan yang dialaminya sudahlah kesan sakit semalam tidak sembuh lagi ditambah pula dengan yang baru.

"Kau memang perempuan murahan kan! apa kau nak goda Haziq dengan muka innocent kau pula lah lepastu nak bagi tahu dia aku pukul kau macam tu ke Haura?kau ingat aku tak nampak cara kau pandang jantan tu macam mana?aku ni laki kau tau betina ingat sikit tu!nak jadi apa?isteri derhaka ke? " kepala Haura ditunjal kuat.Haura menggelengkan kepalanya sampai begitu sekali lelaki itu memandangnya.

"Kau dengar sini baik baik sekali lagi aku nampak kau berbual or buat baik dengan Haziq atau mana mana jantan sekalipun aku tak teragak nak bunuh kau terus!.

Baru sahaja Ayden ingin menunjal bunyi deheman seseorang dari belakang mematikan tindakannya.Ayden memusingkan badannya memandang kearah Haziq yang berdiri tegak itu.

"Korang buat apa?".

Ayden hanya menunjukkan riak wajah yang biasa sahaja manakala Haura pula membelakangkan badannya air mata dikesat diangkat dulang air itu dan terus berlalu pergi meninggalkan Ayden dan Haziq.

Haziq hanya memandang Haura pergi manakala Ayden pula memandang tajam kearah Haziq yang memandang isterinya itu.

"Kau nampak berminat dengan bekas aku." sengaja Ayden menekan perkataan bekas itu untuk melihat reaksi sahabatnya itu.

"Apa kau cakap ni?''tanya Haziq berpura-pura tidak faham apa yang dikatakan oleh Ayden.Melihat kepuraan Haziq membuatkan Ayden tergelak sinis.

"Kau nampak bodoh bila pura-pura macam tu Haziq tapi tak apa lah engkau jangan risau budak tu elok je dengan aku "kata Ayden lalu berlalu pergi sempat juga dia menepuk bahu Haziq dan memesan sesuatu kepada lelaki itu sebelum berlalu pergi.

Suami Dari NerakaWhere stories live. Discover now