Chapter 14

469 28 1
                                    

Haura mengemas segala pakaiannya selepas dia selesai mengemas segala pakaiannya dia mengambil luggage itu dan terus membawa turun ke bawah kelihatan Ayden sedang berbual mesra dengan ibu dan ayahnya.

Ayden yang perasan dengan kehadiran Haura itu tersenyum manis cepat sahaja dia berlari kearah Haura beg luggage yang dipegang Haura itu dicapainya.

"Ayden kata dia nak pindah malam ni esok dia ada hal Haura okay kan?"

Tanya Pn Maisarah,Haura hanya tersenyum nipis sahaja dipandangnya muka Ayden yang tersenyum itu.Pandai betul laki ini berlakon.

"Sayang jom dah lewat sangat ni besok abang ada kerja."

Kata Ayden lembut.Tn Faizal tersenyum manis melihat menantunya itu melayan anaknya persis puteri.

"Ibu,ayah kami pergi dulu ye ada masa nanti Ayden bawa Haura jumpa ibu dan ayah."balas Ayden lembut.

Pn Maisarah dan Tn Faizal mengangguk perlahan.

"Jaga anak ayah baik baik."pesan Tn Faizal

Ayden hanya mengangguk perlahan dan dia terus kearah Tn Faizal dan Pn Maisarah untuk bersalaman begitu juga Haura yang dari tadi berdiam diri dia memeluk kedua ibu bapanya erat.Sungguh dia berat hati ingin meninggalkan kedua ibu bapanya.

"Haura jaga diri ye!jadi isteri yang baik taat pada suami ye sayang."pesan Pn Maisarah.

"Insyaallah ibu.Ibu dan ayah pun jaga diri ye."Jawab Haura lembut dipeluknya ibunya erat sebelum dia bergerak pergi.

Haura masuk kedalam kereta.Lepasni Haura kena hadap perangai Ayden Mikael itu seorang diri.Kereta milik Ayden meluncur laju meninggalkan kawasan perumahan itu.

Sepanjang perjalanan Ayden hanya tersenyum sinis matanya fokus kearah pemanduannya akhirnya gadis itu masuk kedalam dunia neraka yang dicipta olehnya.Sesekali dia memandang kearah Haura yang hanya duduk mendiamkan diri itu sahaja.

"Welcome to the hell little girl!"
-
-
-

Sampai sahaja di rumah kediaman milik Ayden.Haura melihat keliling rumah agam milik Ayden.Dipandangnya dengan wajah yang terkebil-kebil melihat keindahan rumah ni.Tidak Haura Medina sangka yang Ayden mampu memiliki rumah sebesar ini.Lamunan Haura terhenti apabila beg luggagenya dicampak kasar dihadapannya.

Bushh!

Bahu Haura terhinjut sedikit akibat terkejut .Dengan berani Haura cuba memandang mata Ayden yang sedang merenungnya tajam.

"Kenapa awak campak beg saya?dan kenapa rumah kita dekat dengan kawasan hutan"

Soal Haura berani.Ayden tergelak sinis mendengar soalan Haura berlagak berani betul ye.

"Ini rumah aku!ada masalah ke?"

"Ada!awak kata dengan ibu ayah saya rumah kita tak jauh dari tempat tinggal diaorang ni apa benda ni?."balas Haura berani.

"Rumah kita?sejak bila rumah ni jadi rumah kita?ini rumah aku ohh atau kau nak claim rumah ni rumah kau sebab kau kahwin dengan anak orang kaya?sebab tu kau sebut rumah ni as rumah kita?"tanya Ayden sinis.

Sengaja dia menekan perkataan 'KITA'.Terguris hati Haura mendengar ayat yang keluar dari mulut Ayden.Haura bukanlah gadis seperti itu sejujurnya dia menerima lamaran Pn Sri Adibah itu juga kerana dia kesian kan wanita itu.

"Saya ingat awak ikhlas terima saya!"

Ayden hanya tergelak sinis apabila Haura mengatakan yang dia ikhlas menerima gadis itu.Tiada istilah ikhlas dalam kamus hidupnya.Ayden membongkokkan dirinya agar ketinggiannya sama dengan paras ketinggian Haura.

"Dalam hidup aku tiada istilah ikhlas lagi lagi dengan perempuan macam kau so kau tak payah nak perasan atau ajar aku pasal ikhlas FAHAM!"

Kepala Haura ditunjal berkali kali,Haura memberanikan diri menepis tangan yang menunjal kepalanya itu.

"Saya tak nak tinggal sini saya nak balik saya tak nak tinggal dengan syaitan macam awak!"

Haura terus berjalan kearah pintu utama namun perjalanannya terhenti apabila Ayden membuka mulutnya.

"Nampaknya kau tak sayang mak bapak kau lah Haura."

Sinis sahaja Ayden bersuara dia tahu akan kelemahan gadis itu.Haura mengepal tangannya menjadi penumbuk air matanya mengalir tanpa sedar perlahan lahan dia memusingkan badannya menghadap kearah Ayden.

"Saya merayu jangan sentuh ibu ayah saya."

Ayden tersenyum sinis.

"Beg me!"

Haura memandang Ayden lelaki itu sedang bermain dengannya.

"Saya merayu!"

"Melutut!"

"Awak kejam!"

"Aku boleh jadi kejam dari ni kalau kau nak kalau kau tak nak aku sentuh mak bapak kau kawan kesayangan kau especially Zara tu kau tahu kan apa aku boleh buat? Jadi sekarang melutut!"

Rambut Haura disebalik tudung dicengkam dan ditolak sehingga jatuh melutut.

"Beg me!"

"Saya merayu saya janji saya akan ikut segala cakap awak tolong jangan sentuh keluarga atau kawan saya Ayden!".Haura menyatukan kedua tangannya tanda dia merayu kepada lelaki itu

Ayden tersenyum kemenangan mendengar rayuan gadis itu ini yang dia mahukan.

"Sekarang ni kau ambil beg buruk kau ni pergi masuk bilik-"

"Ahh sebelum aku lupa bilik kau kat hujung sana bilik orang gaji kau jangan perasan aku nak sebilik dengan perempuan macam kau!sentuh kau pun aku jijiklah and one more thing from now aku nak kau putuskan hubungan dengan family kau aku tak izinkan kau contact family kau kecuali aku yang izinkan kau faham tak?"

Kata Ayden sebelum dia berjalan keluar dari rumah itu sempat lagi dia menendang gadis itu perlahan

Haura mendiamkan diri sahaja tidak mengangguk mahupun menggeleng dia mencapai beg bagasinya dan terus masuk kedalam bilik.Sampai sahaja dibilik dia terus jatuh terduduk lutut dirapatkan dia menangis.Ya!dia menangis

"Ibu!ayah! maafkan Haura!"

ETC
HI GUYS SAYA KEMBALI
SEPERTI BIASA KALAU BEST AWAK BOLEH KOMEN TAK BEST PUN BOLEH KOMEN...

MAAF KALAU PART NI TAK CUKUP KEJAM..

HAVE A NICE DAY EVERYONE 😊♥️

Suami Dari NerakaWhere stories live. Discover now