Chapter 17

571 29 3
                                    

Haura sudah siap menyediakan sarapan pagi.Pagi ini dia memasak nasi lemak sambal sotong makanan kegemarannya.Haura mendengar bunyi tapak kaki yang menuruni anak tangga itu cepat cepat dia berlari mendapatkan lelaki itu.

"Awak Harini saya masak nasi lemak sambal sotong makan sikit ye?"jelas Haura panjang.Walaupun Ayden sering memukul serta memaki hamunnya dia tetap melayan lelaki itu baik.

"Hmmm"itu sahaja yang keluar dari mulut lelaki itu.Haura tersenyum kecil nak juga lelaki itu bersarapan bersama dia.Haura mencedok nasi lemak itu kedalam pinggan Ayden.

Selesai mencedok Haura berdiri membatu disisi Ayden.Dia hanya memandang sahaja lelaki itu makan dalam tak suka habis juga.

"Before aku lupa petang ni aku balik lambat kau tak payah nak tunggu aku dan kau jangan keluar mana mana faham?".

"Kalau saya nak balik rumah ibu boleh?"

Ayden meletakkan sudu dan garpunya kasar dia memandang tajam kearah Haura.

"Bukan aku suruh kau putuskan hubungan ke?"

"Tapi-"

"Kau tak faham bahasa ke?aku ni suami kau tau dah tak reti ikut perintah tuhan ke?kalau aku kata putus tu putus lah kau bodoh ke perempuan!".

"Awak tak ada hak nak suruh saya putuskan hubungan saya dengan keluarga saya!awak tiada hati perut ke Ayden!"kata Haura berani dia tidak tahu mana datangnya keberanian dia menentang lelaki itu.

Ayden bangun dari kerusi rambut Haura dicengkam kuat.

"Siapa kata aku tak ada hak!kau kahwin dengan aku ikut cakap aku!."

Haura cuba sedaya-upaya melepaskan tangan kekar itu dari mengcengkam kuat rambutnya.Air mata yang ditahan tadi akhirnya turun.

"Kalau macam tu ceraikan saya!saya tak nak hidup dengan awak lagi tolonglah!"

Ayden tergelak sinis mendengar jawapan yang keluar dari mulut gadis kecil itu.Cerai?dalam mimpi.

"Dalam mimpi aku nak ceraikan kau Haura aku tak puas nak seksa kau!kau dah berani melawan sekarang kan atau kau nak tengok mak bapak kau tu mampus baru kau nak taat dengan aku?"sinis sahaja ayat Ayden.

Haura yang mendengar perkataan mampus itu perlahan-lahan berhenti meronta.Dipandangnya lelaki dihadapannya itu berharap ada sedikit belas kasihan kepada dirinya.

"Saya merayu saya rindu ibu ayah saya Ayden tolong jangan seksa saya macam ni saya merayu sangat!"Haura duduk melutut kaki Ayden dipegangnya merayu agar lelaki itu mengizinkan dia untuk berjumpa kedua orang tuanya itu

Namun sedikit pun tidak memberi sebarang kesan pada lelaki itu.Mana sikap kemanusiaan lelaki ini kenapa benci sangat Ayden pada dirinya.

"Boleh sayang."

Haura yang menangis teresak esak itu memandang kearah Ayden.Ayden duduk mencangkung air mata gadis itu dikesat menggunakan ibu jarinya.

"Boleh?"tanya Haura inginkan kepastian.

"Boleh!dalam mimpi!"

Tersentak Haura mendengar jawapan lelaki itu.Kepalanya itu ditunjal berkali kali.

"Perempuan kau dengar sini kau menangislah air mata darah macam mana sekalipun kau fikir aku kesiankan kau ke?sedar diri tu sikit!."

Ayden kembali berdiri ditendangnya Haura perlahan.Haura diperlukan seperti seekor haiwan.

"Aku nak keluar nak kerja kau dengar sini baik-baik aku balik kalau aku nampak kau tak ada kau tahukan apa aku boleh buat?kalau kau sayangkan mak bapak kau!jangan cari pasal faham!"

Diam.

"Ehh perempuan kau faham ke tak!"

Haura mengangguk perlahan.

"Aku tanya jawablah bukan suruh kau mengangguk!"lagi sekali kaki Haura ditendang tetapi kali ni sedikit kuat.

"Fa..faham!"

"Telefon kau aku pegang!"

Ayden terus berjalan keluar dari rumah meninggalkan Haura yang masih duduk melutut itu.Air matanya dikesat kasar.Dia tekad ingin keluar dari situ!dia mesti keluar dari rumah tu dia perlukan ibu ayahnya.

"Aku kena keluar juga dari sini tapi macam mana ya allah!"

Haura meraup wajahnya kasar dia buntu sangat sangat buntu.

ETC
Haura nak lari rumah guys!!

Btw seperti biasa kalau best awak boleh komen tak best pun boleh komen okay...

Have a nice day everyone

Suami Dari NerakaWhere stories live. Discover now