"lama betul tak berkumpul macamni"Kamal tersenyum.Dapat juga berkumpul keluarga kali ini.Semua pakat sibuk,Memang susah lah nak berkumpul ramai-ramai.
Maya dan Amina tersenyum.Mereka membantu mak Kiah menghidangkan makanan di atas meja.Bau lauk pauk yang sangat menyelerakan.Makin naik selera mereka semua.
"Mak kiah makan sekali ya?"Pelawa Maya.
"Eh Maya.. Mak kiah banyak lagi kerja kat dapur tu,makanlah dulu"Laju sahaja Mak kiah lari kembali ke dapur.Maya menggelengkan kepala.Kalau nak diajak makan sekali.Ada sahaja alasan wanita tua itu.
Kalau nak dipaksa pun susah juga.Tak kenyang Mak Kiah kalau duduk makan dengan majikan.Malu-malu nak ambil lauk,segan semua ada.Maya biarkan sahaja.
"Daniel mana Maya?"Tanya Amain mencari kelibat menantunya yang masih belum tiba di meja makan.Belum sempat Maya menjawab.Daniel sudah turun mendekati meja makan.
"anak-anak dah tidur?"tanya Maya kepada Daniel.
"Dah.."
Daniel tersenyum lalu duduk bersebelahan isterinya.
"awal betul budak-budak tu tidur.. penat agaknya main hujan petang tadi?"
"Itulah mama.. Daniel pun satu,kalau demam budak-budak tu memang siaplah dengan Maya"Kata Maya sambil mencedokkan nasi ke dalam pinggan suaminya.
"eh saya pula yang kena.."
"ialah.. you manjakan sangat diorang tu"
Daniel tersengih.Betul lah dia yang benarkan, Adeela,Ayden dan juga Aydan mandi hujan.Sekali sekali nak bagi mandi hujan.Asyik sibuk sekolah sahaja.7 tahun mereka hubungan rumah tangga.Tidak disangka,hadir pula si kembar yang sangat aktif dan bijak seperti ibunya.
Adeela.Gadis cantik itu kini sudah tumbuh besar dan yang penting sekali, sangat cantik seperti mommynya.
"takde nak demamnya,dah bagi makan ubat kan lepas mandi tadi.. sudahla jom makan,Daniel baca doa"Arah Kamal.
Semua menadah tangan membaca doa.Tak sabar mahu menjamah makanan yang terhidang.Masakkan Maya dan Amina.Kalau dua orang chef bergabung.Memang meletuplah perut sebab kekenyangan,
"Jemput makan Daniel.. kamu cakap teringin nak makan Tom yam kan? Makan banyak-banyak"Kata Amina.
Maya mencedokkan lauk pauk ke dalam pinggan suaminya.Semua menikmati makan malam dengan bualan kecil.Masing-masing ketawa bahagia.Menceritakan segala hal yang terjadi dan menjadi sejarah.
Namun,suara itu kembali sunyi apabila pintu ruang tamu terbuka dan kelibat Zafril yang masih berpakaian kerja masuk ke dalam rumah.
"Zaf.. lewat balik?"Amina menegur anaknya.Nak marah pun malas.Akhir-akhir ini Zafril memang pulang lewat.Bukan taknak marah.Tapi sebagai seorang ibu dia tak mahu Zafril mendapat tekanan.
Zafril tidak menjawab.malah meluru naik ke tingkat atas.Seolah dia tidak nampak dan mendengar mereka yang menegurnya.Amina menghelakan nafas kecewa.Bahu diusap perlahan oleh si suami.
"Kita bagi dia masa.."kata Kamal.
"masa apa lagi bang? Nak dekat 3 tahun dah ni,,"
"mama.. kita tak boleh push Zaf sangat ma.."Maya cuba memujuk.Dia tahu bagaimana abangnya tengah mendalami perasaan.Dia juga pernah merasakan perasaan itu dimana Daniel pernah menceraikannya sebab orang ketiga dalam hubungan.
"Takpa.. insyallah Zaf akan seperti dulu semula.Kita doa sahaja.."Daniel menyokong pula.Dulu dia bermusuhan,kini tidak lagi.Malah dia sudah anggap Zafril seperti abang kandungnya.Hubungan mereka bertambah baik.
"kamu tau tak,dia bukan pergi pejabat pun"Amina buka cerita.Maya dan Daniel terkejut.Tadi bukan main lagi Zafril berpakaian seperti pergi kepejabat.
"Dia balik rumah dia.."
Maya dan Daniel terus mengangguk faham.
"mama bukan apa,dia masih teringatkan isteri dia.. kalau kita cakap yang-- mama tak tahulah.. kenapa susah sangat Zafril nak terima kenyataan,syarikat dia.. bila-bila masa ja boleh jatuh dalam masa terdekat ni"Amina memicit perlahan dahinya.Pening dengan sikap Zafril sekarang.
"selagi polis tak jumpa Sofea dan tak buktikan perempuan yang terlibat dalam kemalangan tu adalah kak Sofea.. dia akan kekal macamtu mama"kata Daniel.
Masing-masing menunduk.Bukan setakat sedih bahkan makin kecewa dengan sikap Zafril yang semakin hari semakin berubah.Lelaki itu sudah tidak seceria yang dulu.
*
Usai membersihkan diri.Zafril menatap dirinya dihadapan cermin.Wajahnya sudah lain.Dia baru sahaja mencukur jambangnya yang sudah lama tidak dicukur.Nafas dihela.
Baju T shirt dan juga kain pelekat dipandankan.Dia menuju ke katil,perkara biasa yang selalu dia akan buat sebelum tidur.Sekeping gambar yang terletak di bawah bantalnya diambil.
Gambar seorang wanita dan juga dirinya yang berpakaian pengantin.Itu gambar semasa perkahwinan mereka.Mereka bergelar suami isteri diwaktu itu.Segala senyuman dan kenangan dia bersama si isteri terimbas kembali.
Tidak sanggup Zafril mengingati semua itu.dadanya terasa sesak.Dan mutiara jernih jatuh membasahi pipinya.Dia lemah.Dia lemah untuk semua ini.Suara esakkan mula kedengaran namun Zafril cuba mengawalnya agak tidak didengari diluar bilik.
"sayang pergi mana? Bila nak balik.."
Bersambung..
Jangan lupa vote
YOU ARE READING
BERIKAN AKU CINTA
RomancePertemuan atau lebih lagi salah faham yang berlaku diantar mereka berdua. "you don't remember me Miss Muffin?" Pertemuan pertama kali,tidak.Mereka bertemu kembali selepas bertahun tidak jumpa.Itu pun sudah mula dengan pergaduhan kecil.Dahlia memanda...