Zafril mendekati meja makan yang sudah dihidang dengan sarapan pagi.Melebar senyuman dia bila Dahlia masak makanan kegemarannya.
"Wahh.. Sandwich tuna!!"
Tak cakap apa,kerusi ditarik lalu duduk.Dahlia meletakkan sekeping Sandwich kedalam pinggang Zafril.Kemudian,kopi panas dituangkan.
"Awak tak sibuk ke harini yang masak breakfast dekat saya?"Tanya Zafril.
"Alaaa.. sekali sekala.. mana nak tahu kan nanti awak rindu dengan masakkan saya"Dahlia sengih.
"Mestilah saya sentiasa rindu.. Ini pergi office kejap lagi comferm teringat sandwich tuna yang awak buat ni"Kata Zafril.
Dahlia duduk menikmati sarapan pagi bersama.Sandwich yang berada dalam pinggan dia pun sentuh tak sentuh.Harini tak berselera nak makan pagi.Tapi Dahlia makan juga,masuk dua tokak pun jadilah asalkan dapat alas perut.
"Harini tak kerja?"Tanya Zafril.Pelik melihat isterinya yang berpakaian biasa.
"Kerja.. lewat sikit pergi,ingat nak beli barang kejap tadi lepastu bibik cakap dia dah beli dah semalam.. tak jadi lah saya pun"Katanya.
Zafril angguk-anggukkan kepala.
*
Dengar bunyi tapak kasut je semua orang boleh tahu.Datin Dahlia Natasya dah datang.Selalunya kalau bos datang sunyi sepi,tapi lain dari suasana pejabat Dahlia.Riuh rendah meraikan kedatangan bos.
"Morning Datin!"
Sapaan staffnya dibalas mesra.Maya mendekati meja Mawar.Disitu juga ada Raisha yang menolong Mawar.
"Macam mana? Semua cukup?"Tanya Dahlia melihat mereka berdua sedang membungkus beberapa cincin emas untuk wanita dan jam tangan untuk lelaki.
"Yes Datin,ni semua cukup sekali dengan staff-staff tingkat atas"Kata Mawar.
"Nanti awak berdua tolong bagi-bagi ya.. harini saya nak balik awal"Dahlia tersenyum.Mendengar itu Mawar hanya pandang Dahlia riak biasa.
Dahlia atur langkah ke pejabatnya.Sekeliling dipandang.Nasiblah dia tak ubah bilik pejabat sepenuhnya.
Klerk!
Pintu terbuka,Mawar masuk bersama membawa kotak-kotak lalu diletakkan di atas meja.Pandangan kini menatap sahabatnya.
"Macam mana kalau jadi apa-apa dekat syarikat ni? Dulu walaupun syarikat ni milik Sofea.. Dato tetap datang bantu sebab Sofea tak pandai main modal.."Kata Mawar.Agak kedengaran tidak suka dia.
"Sebabtu lah saya tinggalkan duit modal.."Kata Dahlia.
"Tapi kenapa Dahlia? Awak tak boleh buat macamni.."Mawar mencapai tangan Dahlia.
"Awak masih ada hak Dahlia.. pertahan kan hak awak sebagai seorang isteri.."Penuh harapan Mawar menatap sahabatnya.
Dahlia geleng.
"Cinta tak semestinya di miliki.. Menjadi orang ketiga dalam hubungan seseorang itu salah"Dahlia melepaskan pegangan tangan Mawar kemudian mendapatkan kotak yang dibawa masuk oleh Mawar tadi.
Satu kotak kosong,satu lagi kotak berisikan barang yang dia simpan dulu.
Gambar dia dan Zafril yang ada dalam bilik pejabatnya ditanggalkan lalu disimpan.Yang ada di atas meja pun dia ambil simpan.Segala barang milik dia dia simpan dalam kotak tersebut.
Mawar hanya memerhati.Dia rasa tak puas hati dengan sikap sahabatnya.Terlalu baik! Sedangkan dia bukan menjadi orang ketiga pun.Kerana dia sendiri tak merampas Zafril.
YOU ARE READING
BERIKAN AKU CINTA
RomancePertemuan atau lebih lagi salah faham yang berlaku diantar mereka berdua. "you don't remember me Miss Muffin?" Pertemuan pertama kali,tidak.Mereka bertemu kembali selepas bertahun tidak jumpa.Itu pun sudah mula dengan pergaduhan kecil.Dahlia memanda...