42

2.1K 85 11
                                    

Zafril keluar dari bilik air usai membersihkan diri.Dia mengambil baju kerja yang sudah disediakan oleh Sofea.Tapi pandangannya tertumpu pada Sofea.

Siap bergaya Sofea macam mahu keluar.

"Awak nak pergi mana?"Soal Zafril.

"hmm? Nak pergi office,Saya kan dah boleh berjalan"Kata Sofea,memperbaiki tudungnya.Lama sekali tak bergaya tudung.Nak buat macam mana,asyik tidur je kan sampai tiga tahun.

"Office.. siapa izinkan awak pergi office"

Sofea alih pandangan.Dia pandang Zafril.

"Why? Abang sendiri dah cakap saya boleh start kerja bila dah boleh berjalan,and now saya dah boleh berjalan.."Sofea mendekati Zafril yang hanya berbalut tuala di pinggang.

"No, Dokter cakap sendiri awak tak boleh berjalan lama-lama lagi.Kalau nak pergi office kena betul-betul sembuh"Kata Zafril.

"Saya dah sembuh! Kalau tak boleh berjalan saya akan duduk.. Lagipun syarikat saya dah lama saya tak uruskan,nak chat Raisha pun tak boleh sebab no telifon dia tak ada.. Please"

"No and No.. Abang tak bagi demi kebaikan Sofea.. abang nak Sofea sembuh sepenuhnya,abang taknak Sofea sakit lagi.."

"Abang.."

"Syarikat awak saya dah uruskan.. anything will be okay, percaya abang"Zafril tidak memakai baju kerja yang disiapkan Sofea.Dia menuju ke bilik pakaian dan mengambil T-shirt lalu dipadankan bersama seluar slack.

"Kenapa abang tak pakai baju yang saya dah siapkan ni? Sofea dah iron dah"Tanya Sofea melihat suaminya keluar dengan pakaian lengkap.

"Taknak pergi kerja.."

"Habistu,nak pergi mana? Dengan pakai macamni lagi"

"Kita keluar.. awak pun dah bersiap,lagipun kita dah lama tak spend time sama-sama.. "

Terus tersenyum Sofea.Suami ajak keluar,siapa je tak bahagia.Lagipun dia dah lama tak keluar tengok dunia luar.

"But.. naik wheel chair awak.. takkanlah abang nak dukung pula"

Sofea ketawa.terus dipegang tangan Zafril keluar dari bilik.

*

"Lewat juga kita balik.."

Kereta Zafril terpakir di di depan banglo.Zafril keluar terlebih dahulu.Pintu kereta belah penumpang dibuka.Tubuh Sofea didukung.Kaki wanita itu tiba-tiba kebas.Bila sibuk berdiri lama nak memilih baju.Itupun ada hati nak pergi kerja.

Zafril mendukung Sofea terus kebilik.Kemudian dia letakkan gadis itu atas katil.Dia turun semula kearah kereta.Nak ambil semua barang-barang Sofea.

Sofea tersenyum.Bahagia sekali harini.Dah lama tak keluar,Zafril pula manjakan dia beli macam-macam.Walaupun dari awal kahwin dia kurang minat bila Zafril manjakan dia dengan duit,tapi bila dah lama dia selesa.Dan selalu menganggap,Zafril sedang jalankan tugasnya sebagai seorang suami dengan memberi nafkah kepadanya.

Rasa lega sikit kaki.Sofea bangkit mahu mengambil krim yang selalu dia sapu pada kaki.

"Lah dah habis"Tekan punya kuat,tak keluar-keluar krim tu.

"Rasanya haritu ada beli.. tapi dekat mana eh letak?"Kesuemua almari diselongkar.Sofea mencari dibahagiannya.Tak ada.Dia cari pula di tempat Zafril.Tak ada juga.Mengeluh Sofea bila cari tak jumpa.Dan akhir sekali dia mencari di bahagian alat makeupnya.

"Ha jumpa pun"

Tapi mata lebih menangkap satu kotak perhiasan emas didalamnya.Sofea mengambil kotak itu.Dalam kotak itu ada seutas rantai emas.Milik siapa pula? Ini bukan miliknya.Dan dia tidak pernah beli rantai emas melainkan gelang tangan.

BERIKAN AKU CINTAWhere stories live. Discover now