22

1.6K 53 3
                                    

Kereta Zafril diparking di halaman luar.Terpaku Dahlia melihat rumah banglo mewah yang terpacak dihadapannya sekarang.Rumah ke istana ni?

"Jom"

Mereka keluar dari kereta.Bukan satu kereta sahaja yang ada di halaman rumah.Lebih dari 10 kereta berbagai jenis terparkir.Dan ada juga setengah kereta yang dia nampak adalah kereta Zafril.Mungkin semua kereta itu adalah milk Zafril.

"Rumah siapa ni?"

Dahlia dah agak,rumah banglo sebesar istana dihadapannya adalah rumah Zafril.Tapi saja mahu dapat kepastian.Mana tahu Zafril bawa pergi rumah keluarga Kak Sofea ke kan.. macam tak logik.

"My house.. with Sofea.."

Sekali lagi.Kenapa tiba-tiba dia kurang suka pula dengan Sofea ni? Rasa seperti diduakan? Tak,dia rasa macam Zafril buat dia seperti gadis biasa yang tak ada kena mengena dalam hidupnya.Dan Sofea,seperti gadis itu masih hidup.

Cepat dia tempias rasa itu.Biarlah Zafril dengan hidupnya.Dia akan jadi orang baru untuk ubah hidup Zafril.Dia sudah berjanji pada diri sendiri.Tahta sebagai seorang isteri.Dia tetap kena ada hak itu.

Mereka masuk ke dalam rumah.Baru masuk sahaja beberapa orang pembantu yang berpakaian lengkap menyapa kedatangan mereka.

"Selamat pulang Dato Dan selamat datang Datin.."

Rasa janggal pula bila mereka bahasakan dirinya sebagai Datin.Muda-muda dah dapat pangkat Datin.

"Jom.. saya tunjuk bilik"Tangan Dahlia dicapai lalu dibawa ke bilik.Mereka naik lif.Dari tombol lif dapat lihat ada 3 tingkat.Maknanya rumah banglo ni ada 3 tingkat.

Bilik yang terletak tidak jauh dengan tangga.Nasiblah mereka naik lif,tengok tangga pun dah semput lagi-lagi rekaan dia yang unit.

Zafril dan Dahlia masuk ke bilik utama.Bilik Zafril pastinya.Iyalah,mereka sudah bergelar suami isteri.Takkanlah dia nak minta bilik asing.Bagi Zafril tak pasti, 50\50 kalau dia minta nak bilik asing.Kalau dia bagi syukurlah tapi kalau tak,comferm telinga dapat dengar ceramah ibu.

Jadi keputusannya.Ikut saja apa yang Zafril bagi.Janji ada tempat untuk tidur.Dah jadi suami isteri.Dia perlu biasakan.

"Nanti.. minta suruh pembantu kemaskan baju awak dalam bilik wardrobe ni.."Pesan Zafril menunjuk sekeliling bilik.Boleh tahan besar.

"Takpa.. baju sikit je,nanti saya kemas sendiri.."

"Ikutlah.. saya pergi kerja dulu.. anything just call me"

Dahlia angguk kepala.Zafril keluar dari bilik.Bila teringat perkara wajib yang perlu dilakukan.Dahlia mengejar Zafril.Nasiblah lelaki tu tak turun bawah lagi.

"Nak salam.." Pesan ummi yang selalu diingati.

Zafril tersenyum lalu menghulurkan tangannya.Dahlia kucup perlahan dan berlari masuk bilik.Taknak hantar sampai depan pintu utama.Kang nak naik tak fasal-fasal sesat.Tapi sebenarnya malu bila kali kedua dia mengucup tangan Zafril selepas hari akad nikah haritu.

Dia pandang sekeliling bilik.Boleh tahan mewah bilik Zafril.Konsep kesukaan Dahlia.Tema modern.Tak jauh beza warna yang dipilih.Hitam kelabu putih dan sedikit keemasan.Sangat cantik corak warna rumah banglo ni.

"Kemas baju dulu lepastu..."Dahlia melihat gambar perkahwinan yang tergantung besar di dalam bilik itu.Gambar seorang wanita dan juga Zafril.

Sofea.Ya itu adalah Sofea.Makin tertarik Dahlia mahu mendekat kearah gambar itu.Bukan satu saja banyak lagi gambar yang tertampal dinding.Di atas meja, tepi lampu tidur pun ada.

Cantik dan manis wajah Sofea.Walaupun dia pernah mimpikan Sofea,tapi ingatan tak dapat tangkap dengan cantik bila dia nak ingat wajah Sofea.

Dari wajah saja dah nampak baik.Patutlah Zafril sayangkan dia.Cantik pun dah cukup.Senyuman dalam gambar,memang nampak cantik.

BERIKAN AKU CINTAWhere stories live. Discover now