Pagi yang sangat tidak indah.Baru berapa hari dia kembali ke Malaysia dah ada masalah menghadap.Punyalah dalam flight dia berangan keindahan kehidupan yang akan datang lepas balik ke tanah air.
Tapi semuanya tak sama yang dia idamkan.Dahlia mengenakan tudung shawl.Disempangkan saja.Malas nak berlebihan.Dalam rumah mereka pun Masih ada lelaki yang tak layak melihat auratnya lagi.
Dahlia ke dapur.Suasana riuh rendah kembali sunyi bila dia tiba betul-betul dihadapan meja makan.
"Dahlia.. sini makan"Ibu memanggil dengan lembut.Nampaknya ibu tak marah tentang Hal semalam.
Takut juga jika ibu dan ayahnya kecewa dengan apa yang dibuat walaupun itu hanya fitnah.Ibu Dan ayah berjaya makan kata-kata Zafril.Syukurlah..
"Makan nasi lemak ni banyak sikit.."Lain macam pula Daniel menyuruhnya makan banyak.Bukan itu saja Daniya pun tersengih dari tadi.
"Dahlia... panggil Zafril makan, Dari tadi ayah tak nampak dia turun.."
Terus hilang selera makan bila ayah menyuruhnya.Ingatka pagi ni dia nak lupakan masalah.Tapi tak ada gunanya.Macam mana pun dia tetap akan berkahwin dengan Zafril tak lama lagi.
Ya,dia terima lamaran Zafril.
"Kenapa angah nak kena panggil dia ayah?"
Ada Salah ke dekat soalan tu sampaikan semua tenung dia macam salah jalan.
"Pergi panggil sekarang angah.."Ibu pula suruh kalini.
Tak.Zafril tu ada kaki kan.. pandai-pandailah dia turun sendiri.
"Takpalah,biar Maya panggil.."
"Eh tak payah Maya,biar je Dahlia,bakal suami dia juga nanti.."
Malas nak kata apa.Dahlia bangkit saja menuju ke bilik tetamu dihujung ruang tamu.Satu saja bilik tetamu pun.Tak perlu susah untuk cari.
Tiba-tiba teringat pula apa yang terjadi semalam.Rasa bersalah mula menghantui.Kalau ikut tu dia nak minta maaf tapi.Zafril terus berlalu masuk bilik.Tak sempat Dahlia nak berkata.
Pintu Zafril diketuk.Cukup satu ketukan.Pintu dah terbuka luas dan menampakkan Zafril yang berdiri dihadapannya sambil tangan mengeringkan rambut yang masih basah menggunakan tuala.
Alhamdulillah rezeki dipagi hari.Mata Dahlia membulat melihat tubuh badan Zafril yang berkotak elok tanpa sehelai benang.
Cukup kain tuala yang melilit pingangnya.
"Kenapa?"Tanya Zafril.Mata Dahlia Masih fokus menatap badan tegapnya.
"Jinjja?"Dahlia berusara tanpa sedar.
"apa? kenapa dengan ginjal saya?"
Dari terpukau terus tersesat.Anak mata dianikkan sedikit memandang Zafril yang sentiasa menjadi mangsa untuk teka bahasa Korea.
"Tak.. ibu panggil makan.."
"Ouhh.. kejap,saya nak pakai baju"Zafril mahu tutup tapi sempat Dahlia halang.Bukan untuk lihat kepingan roti yang tersusun cantik.Tapi disebabkan rasa bersalah dalam diri.
"S-saya nak minta maaf.."Dahlia paksakan juga untuk bercakap.
"Kenapa?"
"Semalam.. "
"It's okay.. kita anggap je tu adalah pertemuan jodoh kita.."
Pintu ditutup rapat.Dahlia diam seketika.Pelik kenapa dia masih rasa bersalah.Seperti dia adalah punca segalanya.Kalau diingat kembali.Zafril sangat kecewa dengan apa yang berlaku semalam.
YOU ARE READING
BERIKAN AKU CINTA
RomancePertemuan atau lebih lagi salah faham yang berlaku diantar mereka berdua. "you don't remember me Miss Muffin?" Pertemuan pertama kali,tidak.Mereka bertemu kembali selepas bertahun tidak jumpa.Itu pun sudah mula dengan pergaduhan kecil.Dahlia memanda...