Beberapa hari menghabiskan masa di London.Harini genap,hari terakhir mereka sebelum pulang ke tanah air.
Setiap moment yang mereka lakukan,memang adalah moment indah seperti pasangan lain.Harini mulalah untuk mencari buah tangan nak dibawa pulang ke Malaysia.
Anak-anak kak Maya awal lagi dah buat panggilan minta dibeli buah tangan.
Dahlia dan Zafril berkunjung ke Greenwich Market.Dimana tempat yang terkenal dengan jualan seni kraf.
"Macam dah banyak beli.. ada nak beli apa-apa lagi tak?"Tanya Zafril.Tangan pun dah penuh dengan beg plastik.
"Tak ada rasanya,lapar je lah sekarang ni"Adu Dahlia.Memang lapar,seharian berjalan.
"Jom makan,kita cari restoran dulu.."Zafril mengalihkan beg plastik ke satu tangan.Kemudian tangan satu lagi dia menggenggam tangan Dahlia.
"Kita makan dekat gerai-gerai camni je lah,makan tengok tu ada jual pancake panas-panas sedap juga"Saran Dahlia.
"Sure.. up to you, let's go"Tangan Dahlia ditarik menuju ke gerai jalanan yang menjual pancake panas-panas.
Mereka membeli dua biji perisa berlainan.Pancake yang mereka buat boleh tahan besar,gebu pula tu.Memang sorang makan pun dah terlebih kenyang.
Zafril dan Dahlia mengambil perisa berlainan.Yang Dahlia punya disalutkan dengan chocolate manakala yang Zafril ditaburkan macha dan sos white chocolate.
Nak rasa sama rasa katanya.
"Nah,buka mulut"Dahlia menyuap pancake miliknya kepada Zafril.Begitu juga diulang oleh Zafril.
"Jom duduk dekat situ.."Ajak Dahlia menarik tangan Zafril duduk di sebuah bangku di bawah pohon.Suasana mereka berdua memang romantik ditambahkan lampu-lampu yang sangat cantik di kita itu.Sekumpulan ahli Muzik yang buat persembahan.
"You like this?"Soal Zafril.Bertanya sama ada Dahlia suka atau tidak honeymoon mereka berdua.
"Of course.. banyak moment saya dengan awak dekat sini.. takkanlah saya tak suka pula kan.."Jawab Dahlia.
Zafril meletakkan pancakenya.Mahu fokus menatap isterinya yang sedang makan.Dagu Dahlia dia tolehkan agar gadis itu melihat wajahnya.Mereka saling berpandangan.
"You know what..I never thought.. I will be here with you.."Kata Zafril dengan nada bisiknya.
"sometimes I always think.. why are you present in my life, why are you the medicine for my wounds"
Kalini pancake Dahlia sendiri terjatuh Dari pegangan bila Zafril menarik kedua belah tangannya Dan di genggam erat.Tak perasan lansung,mungkin sebab dia dah kena santau dengan mata Zafril.
"Jujur.. saya masih cintakan Sofea.. tapi bila fikir balik,apa yang saya nak buat dekat awak yang masih ada depan saya sedangkan Sofea.. saya dah tak akan jumpa dia.."
Zafril Diam.Mendalami perasaan.Tak tahu kenapa akhir-akhir ini Dahlia sentiasa buat emosinya rasa bersalah.Bersalah dengan Dahlia.Walaupun dia tak pernah abaikan Dahlia,sentiasa menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.
"Cinta tu boleh hadir bila-bila je.. Saya redha kalau abang masih cuba capai perasaan tu"
Zafril geleng kepala.Dia rasa dia dah dapat perasaan tu.Tapi tak sepenuhnya.
"Abang cintakan Dahlia.."
Tergamam seketika.Dahlia pun terkejut.Semudah itu Zafril berkata.Esok genap satu bulan pernikahan mereka.Dalam masa sebulan,ditambahkan hubungan mereka bila datang berbulan madu.Zafril sangat mudah jatuh hati kepada.Kenapa mudah sangat..
Dahlia tak percaya.Betul ke atau mimpi ni?
"Abang sentiasa doa supaya abang dapat cintakan Dahlia macam mana abang cintakan Sofea dulu.."
Okay,itu jawapan yang agak berkesan di hati.
"Cukuplah.. abang hilang Sofea,abang taknak hilang Dahlia pula.."Tubuh Dahlia didakap.Benar-benar macam dalam drama.Orang ramai yang lalu lalang sudah tak dihiraukan.
*
Balik je mereka, Dahlia Dan Zafril buat keputusan nak bermalam di rumah keluarga Zafril dulu.Alang-alang Daniel dan Maya pun berkumpul.Bukan selalu nak berkumpul macamtu.
Siap membersihkan diri.Dahlia turun ke bawah.Mahu tolong apa yang patut.Nak jadi menantu kesayangan lah katakan.Tapi tak perlu dah,Amina dan Kamal pun sudah anggap dia macam anak mereka sendiri.Dari sebelum berkahwin dengan Zafril lagi.Rezeki dapat keluarga mertua yang baik.
"Mama.. kak Maya, nak Dahlia tolong apa-apa tak?"Soal Dahlia kepada Dua orang gadis yang sudah siap memasak.Diorang dah siap,baru kau nak tanya.
"Eh.. tak payah, dah siap dah ni.. Dahlia mesti penat kan.. pergi panggil Zafril turun makan"Amina melarang.Takkanlah nak dipaksa menantu tengah penat,seharian dalam flight.
Dahlia akur sahaja.Dia naik ke bilik.Nak panggil Zafril turun makan.Pintu dibuka,Zafril sedang melipat sejadah menatap kearahnya.
"Mama panggil makan.."
"Okay.."Balas Zafril.
Hailah cik abang.Dahlia terpesona betul dengan tubuh badan Zafril yang tegap dan berotot.Zafril memang pandai jaga badan.Dengan T-shirt putih berlengan pendek.Dia padankan dengan seluar corak kain pelikat.Simple pun dah hot.
"Isteriku sayang... tepilah sikit.. abang nak lalu.Nak tukar job jaga pintu pula ke?"
Tersedar Dahlia dari lamunan.Ha! Angau teruk dah ni dengan suami sendiri.
"J-jom.."
Mereka berdua menapak ke bawah.Semua sudah duduk di meja makan.Hanya tinggal mereka berdua sahaja.
"Haaa.. datang pun pengantin baru kita,berseri betul balik-balik honeymoon ni.."Perli Daniel.Satu meja ketawa.Dahlia hanya jeling kemenangan.
Dahlia duduk di sebelah Amina.Dan Zafril duduk disebelahnya.Amina memegang lengan Dahlia.
"Dah ada isi ke?"
Sunyi sepi meja makan menunggu jawapan Dahlia.Isi? adalah stock yang dia tak buang Dua hari semalam.Taktahulah kenapa tiba-tiba sembelit pula.Minum air chocolate agaknya.Yang itu je lah isi yang ada pun.
"Awal lagi ma.. Amboii tak sabar-sabar awak pun"Tegur Kamal.Cucu yang tiga orang ni tak cukup lagi ke?
"On the way mama.."Kata Zafril selamba.Macam dah tak fikir malu.Dahlia pula yang membahang.
"Amboii kau laju betul, lepas ni kalau tambah cucu lagi.. Tok papa kena beli playground letak kat Taman berlakang"Kata Maya.
"Hahahaha"
"Buat masa sekarang kitorang pun tak fikir fasal anak lagi sebenarnya.. ye lah,Dahlia pun Masih baru lagi nak bekerja perniagaan lagi.."
Dahlia angguk kepala.Setuju dengan kata-kata Zafril.Awal-awal bekerja ni lah dia kena fokus dan keluarkan tenaga untuk dapatkan hasil.
Bersambung...
YOU ARE READING
BERIKAN AKU CINTA
RomantikPertemuan atau lebih lagi salah faham yang berlaku diantar mereka berdua. "you don't remember me Miss Muffin?" Pertemuan pertama kali,tidak.Mereka bertemu kembali selepas bertahun tidak jumpa.Itu pun sudah mula dengan pergaduhan kecil.Dahlia memanda...