Penuh tekun Dahlia fokus pada kursus.Tapi tak berapa fokus,lagi-lagi bila yang bagi motivasi adalah lelaki yang menjadi mangsa masalah bersamanya.
Punya lah dia rilek nak datang,nak kosongkan fikiran dan fokus untuk kejayaan masa depan.Tapi bila dah jadi macamni.. Rasanya tadi kalau dia pilih untuk setia dengan bantal Dan selimut pun lagi bahagia.
Tamat saja motivasi dari Zafril.Bukan main laju Dahlia pecut keluar.Nak balik.Mawar pun dia tak sempat tegur.Takut pula nanti Zafril perasan dengan wajahnya.Tapi dia yakin,Zafril sudah mengetahui kehadiran Dahlia.Masalah betul lah penjaga kaunter tu bagi duduk kerusi depan.
Tak pelik pun kalau Zafril yang jadi pakar motivasi.Dia sangat terkenal dalam bidang perniagaan.Mendapat pangkat Dato diusia muda.Ada banyak cawangan di dalam dan diluar negara.Kalau tak tak adanya Zafril akan menjadi pensyarah sementara di kolejnya dulu.
Langkah diatur kekaunter terdekat.
"Hai.. "Dahlia mengeur dulu gadis sopan berbaju kurung yang menjaga kaunter.
"ya saya? Ada apa yang boleh saya bantu?"
"Tolong saya keluar—eh tak maksud saya,saya nak tanya.. kalau saya nak batalkan kursus ni macam mana ya?"Soalan yang direka ayat Dari awal motivasi sampai lah habis.Itu je yang ada dalam kepala dia.
"Ha? Cik nak batalkan kursus?"
"ya,saya nak batalkan.."
"Kenapa cik nak batalkan? Sayanglah kalau cik nak batalkan sebab yuran cik dah bayar mahal-mahal.. memang kami boleh batalkan,Cuma boleh tahu alasan dia?"
"saya ada kerja.."
"ermm.. kalau macamtu—"
"Kursus perniagaamn yang di hadiri oleh dia orang pakar dalam bidang perniagaan..They start from the bottom to succeed. They get millions of compliments just because of the effort they put in. And most importantly, they are very focused on helping people around them succeed like them"
"Tak rasa rugi jika awak batalkan Cik Dahlia Natasya?"
Suara yang amat dikenali.Dahlia menoleh kearah berlakang.Memang tak salah.Zafril kini berdiri dihadapannya.Dengan tangan yang dimasukan ke dalam poket seluar.
"D-dato.."
Tadi dia dah mengalahkan ninja turtles nak elakkan diri dari terserempak dengan Zafril.Betul lah,kalau memang dah jodoh tak ke mana..
"Tak rugi ke awak dah bayar yuran mahal-mahal Dan awak nak keluar macam tu je? Memang duit awak dikembalikan tapi hanya separuh.."Kata Zafril.
"T-tak saya.." Lidah seakan lumpuh.Susah nak bercakap bila Zafril menarik tangannya tiba-tiba kebelakang dewan.Bilik peribadi dimana semua staff berehat.
Tertera nama Dato Zafril di muka pintu.Pintu dibuka dan mereka masuk ke dalam bilik peribadi Zafril.
"D-dato buat apa ni?!"Kelam kabut Dahlia.Dah la dalam bilik berdua-dua-an.
"Nothing.. saja.. saya lupa nak tanya awak,yang duduk sebelah awak tadi Mawar eh? Yang satu kolej dulu?"Tanya Zafril.
Tadi bukan main tegas dan sombong muka Zafril.Tapi sekarang,mereka dah macam kawan yang sudah lama berkawan.Mungkin sebab Zafril kekalkan watak imej dia.Seorang yang berwajah tegang sepanjang hari.Itu macam dah melebih.
"Haah,dialah.."
"I see.. dia nampak lain.. like"
"Mother of three child"Balas Dahlia.
Kepala dia angguk.Banyak perubahan pada Dahlia yang pastinya badan yang semakin naik.Biasalah ibu menyusu.Perlu banyak makan.
"With Aiman huh?"
YOU ARE READING
BERIKAN AKU CINTA
RomansaPertemuan atau lebih lagi salah faham yang berlaku diantar mereka berdua. "you don't remember me Miss Muffin?" Pertemuan pertama kali,tidak.Mereka bertemu kembali selepas bertahun tidak jumpa.Itu pun sudah mula dengan pergaduhan kecil.Dahlia memanda...