45

3K 121 27
                                    

Hanya bunyi sudu garfu yang berkelahi di atas pinggan pagi itu.Masing-masing menikmati sarapan yang dimasak Mak Kiah.Dahlia tak masak.Sofea pun tak masak.

Jadi terpaksalah Mak kiah datang memasak di rumah mereka.Mak Kiah datang lagi ke meja makan dan menghidang makanan yang baru dimasak olehnya.

"Kek coklat? Untuk siapa ni?"Tanya Sofea.Mak kiah memotong kek tersebut ke dalam pinggan.

"Dahlia.. dia cakap teringin nak makan,itu yang Mak kiah buatkan.."Kata Mak Kiah.

"Sayang teringin? Kenapa tak bagitahu abang?"Tanya Zafril pada Dahlia.Waktu tu Dahlia dah kemam bibir bila mendapat pandangan dari Sofea.Mungkin dia marah sebab Zafril panggil dia 'sayang'.

Tapi tatapan itu biasa.Tak ada kekejian ataupun marah.Cuma Dahlia sahaja yang agak risau dengan pandangan Sofea.

"Tak... Mak kiah nak tolong buatkan"Jawab Dahlia.

"Takpelah Zaf.. kesian dia teringin sangat nak makan semalam katanya.Alang-alang Mak Kiah datang ni Mak kiah buatkan lah.. Nanti pun ingat nak bawa balik dekat budak-budak tu"Kata Mak Kiah.

"Budak-budak tu ada dekat rumah mama papa ya Mak Kiah?"Sofea kembali teruja.Lama betul dia tak jumpa anak-anak Maya dan Daniel.Dulu dia yang jaga mereka.Sayang dia pada anak-anak Daniel dah macam anak sendiri.

"Ya,Daniel Maya balik tidur sana semalam.."

"Abang kejap lagi kita pergi tengok diorang? Sofea dah lama tak tengok diorang.Dah besar dah budak-budak tu"Pinta Sofea memegang lengan Zafril.

Zafril lirik Dahlia.Bertanya mahu ikut mereka sekali atau tidak.

"Takpa abang pergi je dengan kak Sofea.."Dahlia yang seakan faham.Memang kena faham.Buat masa sekarang,dia tak boleh lagi untuk jumpa dengan keluarga Zafril.Entah macam mana penerimaan mereka dekat dia bila Sofea dah kembali.

"Tapi--"

"Abang.. Kita pergi kejap je,tak lari lah bini kedua abang ni"Perli Sofea.

Mereka sambung makan.Dahlia habiskan bihun goreng awal.Dia nak cepat-cepat naik bilik.Taknak berlama dengan mereka.Memang sakit pun hati bila tengok suami sendiri dengan perempuan lain walaupun bergelar isteri.

Tapi tengok je kek Mak Kiah,dia batalkan niat nak naik bilik.Nak makan kek dulu,penat-penat Mak Kiah buatkan.

"Sedap kek tu?"Zafril pecahkan heningan diantara mereka bertiga.

Dahlia hanya mengangguk dan senyum.Semalam bukan main teringin lagi dia nak makan.Kenapa harini bila masuk je dalam mulut tekak rasa kembali loya.

"Bwrkk"Dahlia menutup mulut.Cepat-cepat berlari kesingki dapur.Zafril dan Sofea pandang Dahlia terkejut.Laju Zafril mengejar isterinya.

"Ya Allah.. tak sihat lagi ke sayang?"Tanya Zafril.Menepuk-neouk belakang Dahlia.

"Ya Allah kenapa ni Dahlia?"Mak Kiah datang dari pintu berlakang.Turut dapatkan Dahlia yang muntah di singki.

"Sayang okay tak ni? Nak pergi klinik tak?"

Dahlia angkat kepala.Mencuci mulut kemudian dia menggelengkan kepala.

"Dah berapa hari dah ni, entah sayang tak makan langsung ke dua tiga hari ni"Risau Zafril.Kembali pucat muka Dahlia.

"Biasalah tu.. awal-awal memang macamni.. nanti hilang lah alahan mengandung tu"Kata Mak Kiah selamba.

Dahlia sudah bulatkan mata.Zafril.Blur sekejap.

"Apa Mak kiah cakap?"Bukan tak dengar.Tapi dia nak pastikan apa yang dia dengar tu betul.Dan takkan ada salah faham.

BERIKAN AKU CINTAWhere stories live. Discover now