Bunyi ketukan pintu rumah flat mereka.Dahlia pusing bola mata malas.Mawar yang sedia duduk di meja makan bangkit mahu bukakan pintu.
"Siapa pula yang datang pagi-pagi ni"
"Pengemis.. Dia nak minta makan lah tu,kita nak beli makanannpun susah,ada pula yang datang mengemis,kesian betul"Kata Dahlia.
Disitu Mawar sudah faham.Pasti suami Dahlia yang datang.Pintu flat dibuka,dia menyapa Zafril diluar bersama senyuman.
"Nak cari siapa ni,siap bunga-bunga bagai"Soal Mawar dalam fasa mengusik juga.
"Nak cari Datin Dahlia,dia ada tak?"
"Ada,tengah sarapan masuklah"Pelawa Mawar membuka pintu seluasnya dan memberi laluan untuk Zafril masuk.
"Thank you"Tak berkata apa Zafril terus menuju ke dapur.Buat rumah tu macam rumah sendiri.Dia melihat Dahlia yang duduk menikmati sarapan pagi dan tak peduli langsung tentang kehadirannya.
"Assalamualaikum sayang.."Zafril mendudukkan dirinya disebelah Dahlia.Dia lirik juga masakkan yang terhidang.Nasi goreng dengan telur mata.Pagi ni pun dia tak sarapan sebab laju-laju keluar nak jumpa bini kedua sorang ni.
"Ni abang belikan untuk Dahlia.."Bunga bouquet itu dihulurkan.Tapi Dahlia hanya mengambilnya dengan sebelah tangan lalu diletakkan menjauhi tapi masih terlihat dia menyimpan dengan baik.Mungkin maksud dia taknak ada orang kacau bila tengah makan.
"Dato, makanlah.. Saya yang masak harini Dahlia tak larat"Mawar tiba-tiba datang ke dapur dengan pakaian kerja.
"Eh.. takpe.. Dah berapa Kali dah cakap,panggil je Zaf.. Awak kawan Dahlia,awak pun kawan saya"Ambil mood dengan sahabat Mawar.Kalau nak kawan dia kena la ditolong oleh kawan.Ha gituu..
"hahaha ye lah,Dahlia saya pergi kerja dulu.. budak-budak ni nanti saya ambil dekat sekolah terus,awak tak payah ambil diorang Tau,kesian nak berjalan pula.. Humaira saya dah hantar dekat rumah Kaksu"Pesan Mawar.
Disebabkan makin hari makin teruk Dahlia kena lahan.Sampai nak tengok anak-anak Mawar pun tak larat.Jadi Mawar ambil pengasuh untuk anaknya.Dengan baik hati,nasiblah jiran sebelah mahu tolong jaga Mawar.
"Okay,bawa kereta baik-baik.."
Kini tinggal mereka berdua sahaja di dalam rumah itu.Buat macam rumah sendiri lah katakan.Zafril mengambil pinggan dan mencedokkan nasi goreng ke dalam pinggannya.
"Tak makan ke kat rumah bini pertama?"Tanya Dahlia.Nak halang pun tak ada gunanya.Zafril suami Dahlia.Tak mungkin dia biarkan orang yang dia sayang kelaparan.
"Sebab nak lari datang rumah bini kedua lah abang tak makan.. lapar tahu"Zafril mula menikmati nasi goreng.Walaupun bukan buatan Dahlia,apa nak dikesah.Dia memang betul-betul lapar.
"Jadi abang datang awal lah? Kak Sofea tak tahu? Habistu kalau dia syak apa-apa macam mana?"Risau Dahlia.Dia nak balikkan keadaan tapi Zafril pula pandai buat jalan cerita lain.
"I'm sure dia okay,sebab selalunya dia bangun awal tapi harini dia bangun lewat.. so abang rasa dia penat kut,semalam abang bawa dia spend time bersama"
Agak rerkesan dihati bila Zafril cakap macamtu.Ialah,dia di rumah tak larat sedangkan Zafril keluar berseronok dengan perempuan lain walaupun sudah bergelar seorang isteri.
Hidup berkongsi.Memang sakit.
"Balik lah awal.. Saya taknak ada perkara buruk lebih terjadi"Kata Dahlia.
"Tapi harini abang nak lepas rindu dekat Dahlia,muka awak pucat lagi.. Tak sihat lagi ke?"Zafril pegang pipi Dahlia.Bibir Dahlia tak bewarna.Memang betul-betul pucat.Makin kurus pula tu.
YOU ARE READING
BERIKAN AKU CINTA
Любовные романыPertemuan atau lebih lagi salah faham yang berlaku diantar mereka berdua. "you don't remember me Miss Muffin?" Pertemuan pertama kali,tidak.Mereka bertemu kembali selepas bertahun tidak jumpa.Itu pun sudah mula dengan pergaduhan kecil.Dahlia memanda...