08

16 1 0
                                    

SEDANG Adam berjalan sambil memegang sekotak susu strawberi jenama Good Day di tangan kanannya untuk diberikan kepada Natalieya, tiba-tiba dia melihat wanita tersebut sedang berjalan dari arah yang bertentangan dengannya. Lantas dia menarik lengan kanannya kebahagian belakang badan untuk meyembunyikan kotak susu tersebut.

Natalieya hanya memberi pandangan sekilas kepada Adam lalu meneruskan langkahnya berjalan melepasi lelaki tersebut. Walau bagaimanapun, langkahnya terhenti apabila dia merasakan seolah lengannya ditarik lembut dari belakang. Apabila Natalieya menoleh, tidak lain dan tidak bukan, Adam Ryan sedang erat memegang lengannya.

Natalieya memberi jelingan tajam pada bahagian lengannya yang dipegang Adam pada saat ini. Adam seolah-olah faham akan maksud jelingan wanita di hadapannya itu dengan segera melepaskan pegangannya.

"S-sorry. Saya minta maaf. Saya tak ada niat pun nak pegang awak sesuka hati." Ujar Adam sedar akan ketidak selesaan yang dirasai Natalieya.

Natalieya hanya menatap tepat ke dalam anak mata Adam tanpa berkata apa-apa untuk seketika.

"Kita rapat ke? Saya rasa tak. Jadi tak perlu pun untuk awak masuk campur urusan saya." Kata Natalieya yang masih lagi marah dengan kejadian tempoh hari.

"Okey. Look, niat saya hanya nak tolong awak je Natalieya. Itu saja dan saya tak ada niat jahat pun."

"Kenapa? Sebab awak rasa bersalah? Sebab awak kesiankan saya that's why awak tolong saya? Saya tak pernah minta pun untuk awak tolong saya. Kalau boleh saya tak nak ada apa-apa kaitan pun dengan awak, Doktor Adam. Jadi, lepas ni kalau bukan soal kerja, tak perlu kot awak tahan saya tengah-tengah jalan macam ni."

Adam terkedu tidak mampu untuk berkata apa-apa kerana ada betulnya juga dengan apa yang dikatakan Natalieya itu. Sejujurnya memang dia rasa bersalah dengan apa yang dilakukan bapanya 3 tahun lepas sehinggakan Nufa Natalieya ditendang keluar dari jurusan Neurology.

"Lagi satu, saya tak suka bila awak pegang saya. Kita bukan muhrim tau. Tak elok orang pandang. Jadi, tolong jaga batas." Ujar Natalieya lagi.

"Again, saya minta maaf. Saya tak tahu pula awak sensitif soal tu."

'Haih mamat ni, mentang-mentang dah menetap lama dekat England sampai terikut-ikut adat orang sana ye.' Kutuk Natalieya dalam hati lalu terus melangkah pergi meninggalkan Adam. Mata Adam tidak lekang dari kelibat wanita itu.

Tanpa mereka sedari, Kayla secara diam telah mendengar segala perbualan mereka disebalik dinding.

"Diorang kenal ke? There must be something for sure." Cetus Kayla.

Telefon iPhone 14 Pro dikeluarkan dari poket bajunya. Contact iMessages yang tertulis 'Nazril' di tekan sebelum folder maklumat peribadi Nufa Natalieya di hantar kepada lelaki itu.

Tidak lama selepas itu, telefonnya berdering menandakan ada panggilan masuk. Skrin telefonnya terpampang nama 'Nazril'.

"Hello. I nak minta tolong you untuk cari tahu tentang Nufa Natalieya." Ujar Kayla tanpa berbasa-basi.

'Nufa Natalieya? Kenapa nak cari tahu pasal dia pula? Bukan you tahu ke dia anak Doktor Nubhan? You pun kenal Puan Ieza kan?' Jawab Nazril.

"Ye I tahu. Tapi I nak tahu apa kaitan dia dengan Adam Ryan and macam mana dia boleh kenal Adam."

'Oh okey. Nanti I send dekat you.'

"Thanks Naz." Kata Kayla sebelum mematikan panggilan.

——————————

PINTU YANG tertera 'DR. Natalieya" diketuk perlahan sebelum Balqis melangkah masuk ke ruangan tersebut. Terlihat Natalieya sedang menatap skrin komputer kerjanya itu atau lebih tepat lagi sedang mengelamun.

Ᏸ1 || Bertahan TerlukaWhere stories live. Discover now