01

192 14 5
                                    

"Doktor dari England tu dalam perjalanan ke sini."

"Ready semua! Doktor Ryan akan tiba tak lama lagi."

"Eihh tak sabarnya! Mesti hensem kan doktor transfer tu."

Suasana di lobby De Anza Hospital Medical Center begitu kecoh dengan kehadiran Adam Ryan yang akan tiba tidak lama lagi.

Adam Ryan merupakan doktor pakar dalam bidang Neurology  yang sebelum ini menetap di England untuk melanjutkan pelajarannya. Dia juga merupakan anak kepada director atau lebih dikenali sebagai pemilik De Anza Hospital Medical Center iaitu Profesor Azam Kamarulzaman.

Doktor Kayla yang melihat keadaan di lobby itu hanya tersenyum sinis.

"I pun tak sabar akan ketibaan you Ryan." tutur Kayla sendirian sambil berjalan mengukir senyuman sinis pada bibir merahnya. Dia  juga merupakan seorang doktor pakar Neurology di hospital tersebut.

Kayla terus membawa langkah menuju ke ruang Profesor Azam. Pintu bilik yang tertera 'Director' itu diketuk dua kali. Tanpa membuang masa, dia terus melangkah masuk ke dalam ruang tersebut apabila mendengar suara kepunyaan Profesor Azam yang memberi izin kepadanya.

Kayla melangkah masuk ke dalam ruangan tersebut. Kelihatan Profesor Azam sedang sibuk menguruskan beberapa dokumen di meja kerjanya bersama Aqilah yang merupakan pembantu peribadinya.

"Prof., diorang dekat bawah tu dah kecoh." kata Kayla sambil membelek bingkai gambar yang terletak di atas meja kerja Profesor Azam.

"Kecoh? Tentang?" tanya Profesor Azam yang masih lagi tidak sedar dengan keadaan sekelilingnya malah bingung dengan apa yang dikatakan Kayla.

Bingkai gambar yang menunjukkan gambar seorang lelaki memegang sijil penghargaan bersama Profesor Azam yang terletak di atas meja kerjanya ditatap Kayla untuk beberapa saat.

"Adam. Adam Ryan." tutur Kayla tenang sambil matanya tidak lekang dari bingkai gambar tersebut.

Tawa lembut dilepaskan dari mulut Profesor Azam. Memikirkan anak kesayangannya akhirnya pulang dan dalam perjalanan untuk bertemu dengannya. 

"Aqilah. Make sure semua kakitangan hospital ni kunci mulut tentang kejadian itu sepanjang keberadaan Adam di sini atau saya sendiri yang akan pecat mereka." ujar Profesor Azam tegas sambil bangkit dari kerusi.

"Baik Prof." balas Aqilah.

——————————

"ADA APA sebenarnya ni? Kenapa riuh semacam je?"

"Kau tak dengar cerita ke Natalieya? Anak Prof. Azam dalam perjalanan ke hospital ni!" ujar Balqis teruja.

"Ouh." balas Natalieya yang kurang berminat.

"Ouh je? Tahu tak berapa lama Prof. Azam tunggu kepulangan anak dia? Bertahun tahu tak? Aku dengar cerita juga pernah ada tragedi yang menimpa family Prof. Azam."

"Kau ni kuat juga membawang eh. Jangan membawang sangat lah. Tak baik." kata Natalieya dengan nada gurauan.

"Eh. Tapi betullah aku dengar cerita semua tu. Cuma tak tahu lah betul ataupun khabar semata. Professor Azam arahkan semua kakitangan yang dah bekerja lama dekat hospital ini dan yang tahu tentang tragedi itu untuk tutup mulut."

"Teruk sangat ke tragedi tu?" menjadi persoalan di benak Natalieya.

"Rasanyalah. Aku dengar cerita dah ada dua orang kena pecat dengan Prof. Azam sebab ungkit tentang hal itu." ujar Balqis lagi.

"Tak habis-habis dengar cerita. Merepek lah kau ni!" marah Natalieya bosan dengan cerita merepek temannya itu.

"Adam Ryan dah sampai!" lantang suara salah seorang kakitangan lelaki di lobby hospital itu berkumandang memberitahu tentang ketibaan Adam Ryan.

Ᏸ1 || Bertahan TerlukaWhere stories live. Discover now