03

137 15 3
                                    

'Ring.. ring .. ring'

Natalieya yang sedang menggayakan rambutnya mencapai Iphone 11 kepunyaannya yang berada di atas katil. Tertera nama pemanggil 'Balqis' di skrin telefonnya. Butang hijau ditekan.

"Hello"

"Hello. Kau kerja ke hari ni?"

"Ye. Aku kerja."

"Ha? Kau kerja? Are you sure Lieya? Kau dah sihat ke? Kau takde rasa pening-pening? Kalau kau pitam lagi macam mana?" bertalu-talu soalan ditujukan kepada Natalieya.

"Hahaha. Aku okey jelah. Semalam aku dah MC kan. Jadi hari ni aku kena pergi kerja. Banyak kerja nak kena urus dekat hospital tu. Kau ni dah macam mak aku." balas Natalieya dengan tawa halus.

"Takpelah kalau kau dah cakap macam tu. Aku pick up kau eh."

"Eh. Tak payahlah. Aku dah nak- "

"Aku on the way rumah kau. Bye. See you!" panggilan terus dimatikan oleh Balqis sebelum sempat Natalieya menghabiskan kata-kata.

"Haih. Untunglah aku dapat kawan macam kau ni. Jimat duit minyak." ujar Natalieya sendirian sambil menatap skrin telefonnya.

——————————

SETELAH SELESAI parkir kereta di bahagian bawah tanah hospital, Balqis dan Natalieya melangkah menuju ke lift untuk ke tingkat atas. Butang 'L' yang menandakan lobby pada dinding lift ditekan.

Kaki Natalieya menapak keluar dari lift dengan dada yang berdebar. Berdebar mejangkakan apa yang akan berlaku antara dia dengan Adam pada hari ini dan hari-hari seterusnya. Pada saat ini kelihatan Kayla dengan kemas memakai kot putih melangkah menuju ke arahnya dengan Balqis. Langkah Kayla terhenti di hadapan mereka.

"Natalieya? How are you?" tanya Kayla sambil mengukir senyuman manis ke arah Natalieya.

"Better berbanding sebelum ni." jawab Natalieya turut mengukirkan senyuman.

"Baguslah kalau macam tu. Jumpa saya dekat bilik saya pukul 12 nanti." arah Kayla sambil melirik jam di tangan kanannya.

"Baik."

Seraya dengan itu, Kayla berlalu pergi meninggalkan Natalieya dan Balqis.

"Wah! Tengoklah tu. Dekat tempat kerja pun bergaya. Agak-agak harga baju dia pakai tu berapa eh? 10,000? 20,000?" kata Balqis kagum dengan penampilan Kayla.

"Hmm. Aku harap satu hari nanti aku boleh berjaya macam dia." balas Natalieya yang sedari tadi tidak lepas matanya daripada kelibat Kayla.

"Kau cakap apa ni? Kau dah berjaya dah pun. Kerja satu bumbung dengan dia. Tapi cuma aura dia lagi kuat dari kau lah. Hehe. Orang panggil karisma!"

"Apa-apalah. Aku tahu memang aku takkan dapat kalahkan Doktor Kayla tu pun. Karisma dia terlalu kuat kalau nak dibandingkan dengan orang biasa macam aku ni."

"Eh kau. Emosi pulak ye. Rileks lah. Tak akan ada sesiapa boleh kalahkan dia dekat hospital ni. Bukan kau sorang. Semua orang gerun dengan dia tau. Tapi tak pasti pulak gerun sebab apa. Tak apa. Nanti aku cuba korek dari staf dekat sini."

"Takde kerja lain ke kau ni ha? Pergi sana! Buang masa je layan gosip kau tu." marah Natalieya.

Tapi ada betulnya juga kata Balqis tu. Semua kakitangan di hospital itu gerun dengan Kayla. Sebelum Balqis dan Natalieya ditugaskan di hospital itu lagi Kayla memang sudah menjadi orang yang berpengaruh di sana.

Nak dikatakan anak kepada orang besar di hospital itu bukan. Dia hanyalah doktor pakar yang sama level dengan Natalieya begitu juga Balqis. Bila ditanya pada kakitangan lainnya di sana, tiada seorang pun berani buka mulut tentang Kayla. Mungkin dia mempunyai pengalaman yang agak lama bertugas di hospital itu barang kali.

Berbalik kepada Natalieya dengan Balqis. Sedang mereka berjalan menuju ke department masing-masing, kelihatan Adam dengan seorang lelaki sedang berbual.

Dengan pantas Natalieya memusingkan badannya dan berjalan ke arah yang berlawanan. Tanpa sedar, Adam sedang memerhatikan kelakuannya dari jauh sambil tersenyum. Perbuatan Natalieya yang cuba menghindarinya itu agak lucu di matanya.

——————————

JAM DI pergelangan tangannya dikerling menunjukkan tepat pukul 11:55 a.m. Natalieya hampir terlupa bahawa dia harus bertemu dengan Kayla pada pukul 12 nanti.

Dengan pantas dia bangun dari kerusi kerjanya. Kod putih yang tersidai rapi di belakang kerusinya itu dicapai lalu langkah di bawa pergi menuju ke ruangan kerja Kayla.

Pintu yang terpapar nama 'Dr. Kayla' di ketuk. Kedengaran suara Kayla memberi izin untuk masuk ke ruangannya. Dengan perlahan Natalieya menguak pintu ruangan tersebut lalu melangkah masuk ke dalam.

"Oh hi Lieya! Is it okay for me to call you Lieya?" tanya Kayla mesra.

"Sure!" jawab Natalieya bersertakan senyuman di bibirnya. Walaupun panggilan 'Lieya' itu hanya di panggil oleh orang terdekatnya sahaja, dia akan cuba membiasakan diri dengan Kayla memanggilnya dengan panggilan tersebut.

"Take a sit." arah Kayla lagi.

Kerusi yang bertentangan dengan meja kerja Kayla di tarik. Punggung dilabuhkan perlahan di atasnya. Debaran di dada kuat dirasai Natalieya. Di dalam kepalanya saat ini penuh persoalan tentang tujuan Kayla memanggilnya ke sini.

Matanya bertemu dengan mata dingin Kayla. Buat seketika mata mereka menatap satu sama lain. Air liur kelat ditelan Natalieya. Tanpa berkata apa-apa, Kayla menyerahkan satu sampul surat besar berwarna coklat kepadanya. Sampul surat tersebut dicapainya dari tangan Kayla.

"Buka." arah Kayla ringkas.

Dengan pantas Natalieya membuka sampul surat yang kini berada di tangannya itu. Terlihat ada helaian kertas di dalamnya. Laju tangannya membawa keluar helaian tersebut. Tertera 'HEALTH REPORT' di atasnya.

Tidak mengambil masa yang lama untuk Natalieya menyedari bahawa helaian tersebut merupakan rekod tentang kesihatan mentalnya yang disimpan sejak dua tahun lalu. Luas membulat matanya apabila menyedari isi kandungan helaian tersebut.

Kayla dipandangnya tidak percaya. Adakah semua ni benar? Bagaimana wanita di hadapannya ini mengetahui tentang kondisi dirinya? Dari mana Kayla mendapatkan dokumen penting seperti ini? Segala persoalan bermain di benak fikirannya pada saat ini.

"Why? Susah nak percaya?" soal Kayla seolah-olah dapat membaca fikiran Natalieya sambil melemparkan senyuman sinis.

"Look. I know everything about you Nufa Natalieya. Don't worry! I'll keep it safe. Just both of us." sambung Kayla.

Natalieya hanya kaku. Lidahnya kelu tidak mampu bersuara.

"But. Let me tell you something Lieya. Rahsia ni takkan kekal since ada orang lain selain dari kita- i mean termasuk Balqis..." belum sempat Kayla menghabiskan kata-kata, Natalieya terlebih dahulu bersuara sambil berdiri.

"Maksudnya ada orang lain selain dari kita yang tahu tentang ni?" tanya Natalieya. Pada saat ini matanya sudah mula berkaca.

Jika perkara ini sampai ke telinga ahli jawatan kuasa, kerjayanya tidak lagi dijamin. Tiada doktor pakar bedah dengan rekod kesihatan mental sepertinya. Mungkin dia akan dipecat dan semestinya kerjayanya akan hancur begitu sahaja.

"Bingo! Wow! Tak sangka you cepat tangkap. Well. No wonder you dapat sorok perkara ni dengan sempurna selama ni kan." Sindir Kayla.

Air mata yang ditahan Natalieya kini jatuh membasahi pipinya. Dengan perlahan Kayla bangun dari tempat duduknya. Langkah di bawa menuju ke arah sebelah kerusi yang sedang diduduki Natalieya. Bibirnya di dekatkan ke telinga wanita itu.

"Be careful dear. You better stay away from what's mine." bisik Kayla di telinga Natalieya lalu melangkah keluar meninggalkan Natalieya berseorangan di ruangan tersebut.

Natalieya tidak mampu bersuara. Hanya suara tangisannya sahaja yang kini kedengaran di ruangan tersebut. Dia tahu bahawa dia tiada apa-apa kuasa untuk pertahankan dirinya pada saat ini.

Di benak fikirannya terlintas, apa yang cuba dimaksudkan oleh Kayla dengan 'what's mine' pada kata-katanya sebentar tadi?

Ᏸ1 || Bertahan TerlukaWhere stories live. Discover now