05

140 11 5
                                    

PINTU YANG tertera 'H.D.U ROOM' ditenung lama sebelum diketuknya. Langkah berat dibawa masuk ke dalam bilik tersebut. Dapat dilihat ada sebaris meja yang tersusun rapi menghadap pintu masuk ke ruangan itu. Kesemua meja tersebut di duduki oleh sekitar lima orang ahli jawatan kuasa unit disiplin hospital termasuk Profesor Azam yang duduk betul-betul di bahagian tengah antara mereka.

Semua mata kini tertumpu pada Natalieya yang baru sahaja memasuki bilik itu. Terasa kelat air liur yang ditelan. Nafasnya seperti tersekat. Dia dapat lihat sebuah sampul surat besar berwarna coklat dipegang rapi oleh Profesor Azam.

Tidak perlu dijelaskan lagi, dia yakin bahawa sampul tersebut merupakan sampul surat yang sama dengan sampul surat ditangan Kayla tempoh hari. Dimana isi kandungan sampul tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah rekod kesihatan mentalnya. Tiba-tiba dia teringat.

Kayla! Hanya Kayla sahaja yang mempunyai rekod kesihatannya itu. Dia juga belum tahu dari mana wanita itu mendapatkannya. Tanpa berfikir panjang, dia dapat agak bahawa Kayla yang menyerahkan sampul surat tersebut ke tangan ahli jawatan kuasa hospital.

Mata Profesor Azam tertumpu tepat pada mata Natalieya. Wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia marah. Tidak pernah Natalieya melihat sisi sebegitu Profesor Azam sebelum ini.

"You tahu apa yang you dah buat. I trusted you, Natalieya!" marah Profesor Azam.

Tiba-tiba kedengaran suara-suara halus di dalam benak fikiran Natalieya.

'Lieya dah malukan papa. I told you untuk sambung Neurology. Now! Tengok apa yang Lieya dah buat! Mana papa nak letak muka?'

'Shut up!'

Seluruh badan Natalieya menggigil. Memori tu! Memori tu datang menerpa ruang ingatannya kembali. Matanya dipejam rapat. Mengharapkan supaya segala memori buruk itu pergi.

"I'm sorry." gumam Natalieya perlahan dengan mata yang masih tertutup.

Lututnya kini terasa lemah. Dadanya terasa berat. Mata terasa berair. Kepalanya ditundukkan ke bawah. Suara-suara di dalam kepalanya kedengaran semakin kuat.

'Lieya dah malukan papa!'

'You are useless!'

Tidak tahan dengan suara-suara itu, Natalieya menutup kedua telinganya dengan tapak tangan.

"Natalieya! Are you okay?" tanya Profesor Azam yang sedar dengan kelakuan Natalieya.

Natalieya tidak menghiraukan pertanyaannya itu. Seolah-olah dia berada di dalam dunianya sendiri.

"Natalieya! Natalieya!" panggil Profesor Azam risau.

Kelihatan riak wajah penguat kuasa yang lain juga turut terkejut dengan hal yang tidak terduga itu. Tiba-tiba pintu bilik tersebut dikuak kasar sebelum Adam melangkah masuk ke dalam.

"Papa stop!" kata Adam sambil merangkul tangan Natalieya yang dari tadi menutup telinga kanannya.

Mata Natalieya bertentangan dengan mata Adam. Jelas kelihatan rasa takut di sebalik mata Natalieya itu. Air matanya kini berguguran jatuh.

Tanpa berlengah, Adam menarik lengan Natalieya untuk keluar dari bilik itu. Belum sempat, tiba-tiba Profesor Azam bersuara.

"Adam!"

Ᏸ1 || Bertahan TerlukaWhere stories live. Discover now