06

174 14 4
                                    

SEMENJAK DARIPADA peristiwa tempoh hari, Adam nekad untuk membantu Natalieya melupakan segala memori buruknya. Tidak tahu sejak bila tetapi ada sesuatu yang dirasai dalam diri Adam. Dia merasakan seperti dia perlu melindungi wanita itu.

Oleh itu, hari ini Adam bercadang untuk bertemu dengan Natalieya dengan tujuan untuk memperbetulkan semula hubungan mereka yang tegang selama ini. Dia juga pelik mengapa Natalieya bersikap dingin hanya terhadap dirinya.

Apa yang telah membuatkan wanita itu begitu membencikan dirinya? Dia inginkan persoalannya terjawab saat dia bertemu dengan Natalieya nanti.

Tanpa berlengah, Adam terus membawa langkah untuk mencari Natalieya. Laju kakinya melangkah menuju ke ruangan kerja Natalieya. Matanya meliar mencari kelibat wanita itu.

Tiba-tiba kelihatan Natalieya sedang duduk berseorangan di atas kerusi di ruang menunggu operating room. Kepalanya di tundukkan sedikit ke bawah. Langkah terus di bawa ke arah wanita itu.

"Natalieya." panggil Adam perlahan.

Panggilannya tidak dihiraukan. Dengan pantas Natalieya bangun dari posisi duduknya. Belum sempat dia membawa langkah pergi, Adam terlebih dahulu menarik lengannya.

"You're not going anywhere, Nufa Natalieya." lantang kedengaran suara Adam.

Langkah Natalieya terhenti. Dengan perlahan dia menolehkan kepalanya ke arah Adam. Hidung, pipi serta matanya merah. Pandangannya tepat ke dalam mata Adam.

Pada ketika itu, Adam tahu wanita di hadapannya itu baru lepas menangis. Dia mati kata. Perlahan-lahan pegangannya pada lengan Natalieya dileraikan.

"Mulai sekarang, jangan pernah dekat dengan saya lagi." kata Natalieya sambil mengetap giginya. Baru sahaja dia ingin berlalu pergi, sekali lagi suara Adam menghentikan langkahnya.

"Why? Apa yang saya dah buat sampaikan awak elak saya sampai macam ni sekali? Bagitahu saya dan lepastu saya tak akan ganggu awak lagi. Saya akan jauhkan diri saya daripada awak macam yang awak minta."

"Because of you Adam! Awak tak sedar ke awak sedang perlahan-lahan hancurkan hidup saya? Saya sakit sebab awak! Saya menangis sebab awak! Semua yang terjadi dekat diri saya semuanya berpunca daripada  awak! Semua yang terjadi sekarang ni semua sebab awak! 'Why' awak tanya? Jawapan ada pada awak, Adam. Cuma awak yang pura-pura tak tahu." bukan niat Natalieya untuk luahkan segala-galanya kepada Adam.

Tetapi pada saat ini dia betul-betul perlukan seseorang untuk luahkan segala yang terpendam di lubuk hatinya. Dia tidak tahan untuk pendam segalanya. Air mata kini berguguran jatuh.

Adam tergamam. Dia tidak faham sama sekali dengan apa yang dimaksudkan Natalieya. Apakah jawapan untuk persoalannya sebentar tadi? Apakah pekara yang dia pura-pura tidak tahu? Apa yang sudah berlaku sebenarnya? Hatinya luluh apabila melihat Natalieya menangis di hadapannya.

Suasana diam buat seketika memandangkan hanya mereka berdua sahaja yang berada di ruangan itu buat masa ini. Oleh itu, hanya bunyi tangisan Natalieya sahaja yang kedengaran.

"Berhenti kesiankan saya." sambung Natalieya.

"I'm not." perlahan kedengaran suara Adam.

"Tipu! Cara awak pandang saya. Saya nampak Adam. Awak kesiankan saya. Masa awak bercakap dengan Profesor Chris tiga tahun lepas, saya dengar segalanya! Dan saya juga tahu awak yang ringankan denda saya sebab awak rasa bersalah kan? Mana ada doktor yang sakit mental macam saya. It's nonsense Adam, saya digantung kerja hanya seminggu kalau nak dibandingkan dengan doktor yang mungkin ada masalah sama seperti saya mesti lesen kedoktoran mereka dah kena tarik."

Adam terdiam dengan apa yang diperkatakan Natalieya. Memang benar dia rasa bersalah terhadap wanita itu dan dia juga yang bertanggungjawab atas tindakan yang diambil ke atas Natalieya bagi kesnya beberapa hari lepas.

Mungkin itu juga salah satu sebab kenapa Adam nekad ingin membantu wanita itu melupakan memori buruknya. Tapi tidak sangka Natalieya dengar segala perbualannya dengan Profesor Chris tiga tahun lepas.

"Saya-" belum sempat Adam menghabiskan kata, Natalieya terlebih dahulu berlalu pergi meninggalkan Adam sendirian. Dia benar-benar buntu buat ketika ini.

Apa yang harus dilakukannya agar Natalieya dapat memaafkan dirinya? Dia juga tahu jika bukan kerana bapanya yang mempunyai kuasa besar, dia tidak layak untuk memasuki bidang Neurology tiga tahun lepas. Kini rasa bersalah perlahan-lahan menyelubungi dirinya.

Bermacam-macam persoalan bermain di fikirannya. Apa yang dimaksudkan oleh Natalieya dengan dirinya perlahan-lahan menghancurkan hidup wanita itu? Apa yang sudah terjadi pada diri Natalieya? Apa memori buruk yang menghantui hidup wanita itu?

Hanya seorang sahaja yang ada jawapan untuk kesemua persoalannya itu. Balqis! Nama itu tiba-tiba terlintas dalam fikiran Adam. Dia pasti bahawa Balqis yang merupakan teman karib Natalieya tahu segala-galanya.

——————————

"YE. DOKTOR nak jumpa dengan saya ke?" tanya Balqis sesudah melangkah masuk ke dalam ruangan kerja Adam. Kelihatan Adam sedang kusyuk membelek dokumen di meja kerjanya.

"Take a sit." arah Adam. Dokumen yang dibeleknya tadi diletakkan rapi di bahagian tepi meja.

Tanpa berlengah, Balqis menarik kerusi yang berhadapan dengan Adam lalu melabuhkan punggung di atasnya. Dia merasa kekok saat Adam merenung tepat ke dalam matanya.

Penghawa dingin tiba-tiba terasa sejuk sehingga membuatkan bulu romanya naik. Dalam fikirannya memikirkan apakah tujuan Adam memanggilnya ke ruangan kerjanya.

"Doktor ada sesuatu ke nak bincangkan dengan saya?" Balqis mula bersuara. Terukir senyuman manis di bibirnya.

"Just call me Adam."  balas Adam yang lebih selesa jika orang sekelilingnya memanggil dirinya dengan panggilan 'Adam' berbanding 'doktor'.

"Oh okey. So Adam, ada apa-apa ke yang awak nak bincangkan dengan saya?" tanya Balqis sekali lagi sedikit kekok. Walau bagaimanapun, senyuman manis tidak lekang dari bibirnya.

"Ya. Tentang Natalieya."

Senyuman manisnya yang dari tadi dilemparkan pada Adam hilang serta merta apabila mendengar jawapan itu.

"Kenapa dengan Natalieya?" tanya Balqis yang seolah-olah tidak tahu apa-apa walaupun dia yakin bahawa Adam ingin menanyakannya berkaitan keadaan mental Natalieya.

"I wonder apa yang pernah jadi dekat Natalieya. Saya tahu awak tahu segalanya tentang dia, Balqis. So, tell me." tegas kedengaran suara Adam.

Pada mulanya, Balqis tidak mahu buka mulut soal itu, tapi dia tahu bahawa dia tiada kuasa untuk menghentikan Adam memandangkan Adam adalah salah seorang yang mempunyai kuasa besar di hospital itu.

"Fine. Sebenarnya, Natalieya adalah anak kepada arwah Dato' Profesor Doktor Muhd Nubhan." jawab Balqis laju sambil matanya dipejamkan. Dia sudah berjanji dengan Natalieya untuk tidak memberitahu hal ini kepada sesiapa pun.

Dato' Profesor Doktor Muhd Nubhan juga merupakan seorang doktor pakar Neurology. Dan dia juga merupakan bapa kandung Natalieya. Walau bagaimanapun, tiada seorang pun yang mengetahui hal tersebut melainkan Balqis.

Jika lihat gaya kehidupan Natalieya, tiada siapa sangka bahawa wanita biasa sepertinya itu sebenarnya berasal daripada keluarga yang kaya. Natalieya sendiri yang memilih untuk hidup sendiri tanpa bergantung kepada kekayaan ibu bapanya.

"The worst part is Natalieya tak boleh berhenti salahkan diri dia atas kematian profesor Nubhan." sambung Balqis lagi.

"What do you mean?"

Ᏸ1 || Bertahan TerlukaWhere stories live. Discover now