•PROLOG

325 24 0
                                    

Kaki melangkah keluar dari kereta. Kereta kepunyaannya sendiri hasil dari titik peluhnya. Taklah mahal mana dan tak juga mewah mana. Hanya sekadar mampu milik.

Kereta Honda Civic. Itu pun sudah membuatkan dirinya bersyukur dengan rezeki Allah.

Atisha Aufa melangkah masuk ke dalam restaurant kegemarannya. Perutnya sudah acap kali berbunyi minta diisi. Pagi tadi dia tidak sempat sarapan kerana perlu menghadiri temu duga di sebuah syarikat besar di Kuala Lumpur.

Harap-harap temu duganya diluluskan setelah 2 bulan dia 'menganggur'. Sudah lama dia impikan pekerjaan sebagai akauntan. Memanglah sebelum ni dia juga bekerja. Kerja sambil belajar.

Tapi, dia juga mempunyai cita-cita seperti orang lain. Dan bidang perakaunan menjadi pilihan hatinya sejak bangku sekolah lagi.

Atisha Aufa membuat pesanan terlebih dahulu. Seorang pelayan perempuan menyerahnya buku menu dan disambut manis olehnya. Beberapa helaian menu dibuka.

"Saya nak macam biasa. Nasi ayam BBQ dan air sirap limau. Itu je." Pelayan perempuan tersenyum manis seraya mengangguk faham.

Dia sudah hadam dengan cita rasa wanita di hadapannya ini. Boleh dikatakan hampir setiap hari Atisha Aufa menjamu selera di restaurant dia bekerja.

Setelah membuat pesanan, dia membuka telefonnya. Takut-takut ada mesej dari sahabatnya seorang itu. Maklumlah, orang tak boleh berenggang. Dari kecil susah senang bersama.

Sepuluh minit menunggu, pesanannya tiba. Nasi ayam BBQ dan air sirap limau! Kecur perutnya melihat kepak ayam di atas pinggan. Dengan lafaz bismillah, Atisha Aufa menyuapnya lalu menjamu dengan  penuh selera sekali.

"Assalamualaikum, adik. Maaf tumpang tanya. Dekat sini ada jual nasi ayam, tak?"

Atisha Aufa mengerling sekilas ke arah kaunter pembayaran apabila terdengar suara warga emas yang tidak jauh dari mejanya. Seorang lelaki separuh abad dengan pakaian agak lusuh seperti baru pulang kerja. Kerja buruh mungkin?

Atisha mengendahkan saja. Dia menyambung makan. Tak berniat mahu mendengar perbualan antara lelaki separuh abad itu dengan seorang pekerja di situ.

"Waalaikumussalam, pak cik. Ada. Kenapa? Pak cik nak order ke?" Soal pekerja itu lembut.

"Err.. boleh pak cik tahu harga sebungkus nasi tu?" Ragu-ragu pak cik itu bertanya.

"RM 5 ringgit sebungkus yang biasa. Kalau nasi ayam BBQ punya, RM 8 ringgit sebungkus." Jawab pekerja itu.

Terus berubah air muka lelaki paruh usia itu. Kelihatan mukanya muram. Wajah menarik senyum paksa.

"Tak apalah. Terima kasih bagi tahu ya, dik." Ujarnya lalu beredar dari kaunter.

Sampai di hadapan pintu keluar restaurant tersebut, kelihatan lelaki itu berdiri sebentar sambil tangan menyeluk poket mengeluarkan telefonnya.

"Hello, adik. Adik dekat mana? Tengah buat apa tu?" Sapanya terlebih dahulu. Suara diceriakan sebaik mungkin.

"Adik, hari ni kita makan nasi putih, boleh? Dengan telur dada, nak? Nanti balik ayah belikan telur. Lepas tu, kita buat telur dada. Lepas tu, kita makan sama-sama dengan along... Dengan angah. Boleh?" Ujar lelaki tua itu. Berharap pujukannya dapat meredakan anak bongsunya yang masih kecil itu.

"Alahhh... Tapi, ayah dah janjikan nak belikan nasi ayam hari ni. Kenapa tak boleh pula?" Balas si bongsu di hujung talian.

"A.. ayah memang nak beli. Tapi, duit gaji hari ni ayah dapat sikit je. Itu pun nanti ayah nak simpan sikit untuk along buat belajar. Along dan angah nak pakai duit banyak untuk belajar nanti, adik. Adik faham, ya? Anak ayahkan bijak. Mesti anak ayah faham keadaan kita, kan sayang?" Jelas si ayah pula.

DAMIEN KARL: HER GUARDIAN Where stories live. Discover now