•Bab 2•

195 18 4
                                    

ATISHA AUFA duduk tegak di atas kerusi menghadap lelaki kacukan berkulit putih yang boleh digelar 'bos' mulai hari ini. Hati berdebar-debar menanti respond daripada lelaki itu. Dapat dilihat lelaki yang dikenali sebagai Tuan Alvin Caden membelek helai demi helaian kertas putih yang dibawanya bersama pagi tadi.

Alvin mengangkat kepalanya. Memandang gadis manis yang sedari tadi memerhatinya. Dia tahu mata gadis itu tak lepas memandangnya. Wajah beku dipamerkan.

"So, you're Miss Atisha Aufa, right?" Soal suara garaunya.

"Yes." Jawab Atisha Aufa laju. Semangat!

"You know your position, right? For this position as a manager accountant, you will carry fully responsibility to the all company's financial affairs starting today. So, are you willing to take the risks?" Serius saja suara Alvin bertanya. Keningnya terjongket sebelah.

Atisha Aufa menelan liur mendengar suara itu menerpa halwa telinganya. Macam susahhh je kerja aku nanti...

Aip!

Belum buat kerja dah merungut!

Apa ni!..

"Yup! I asked for this position a week ago. And of course I'm willing to take any risks that will overcome in the future. I will do my responsibilities as a manager accountant very well." Jawabnya penuh yakin.

Walaupun dia sedikit gementar, dia sudah biasa dengan perasaan sebegitu dari kecil. Setakat berdebar waktu interview macam ni, heh!

Kacang kuda kacang tanah je ni!

Alvin mengangguk kecil dengan reaksi biasa. Dia merasakan aura positif dari pekerja barunya ini. Seperti satu tarikan magnet yang ada padanya.

"Okay. That's all for today. Welcome to the D'H'R Holdings.. Miss Atisha Aufa, our new manager accountant!" Ucap Alvin dengan senyuman nipis terlakar. 

Atisha Aufa terpinga-pinga. Welcome?

Senyum? Maknanya dia suka aku kerja sini lah, kan?

Pantas senyuman manis terlorek. Gembira.

"Thanks! Err.. bos?" Soalnya janggal.

"Tuan Alvin. Just call me that. I am not your boss. There's someone who will be your real boss. He is next to my office. Selang sebelah je office dia. Maybe, awak akan berjumpa dengan dia selalu nanti." Ujar Alvin. Dia ketawa kecil dihujung ayatnya.

Seperti membayangkan nasib akan datang pekerja barunya nanti bila berjumpa 'the real boss' mereka nanti. Mungkin.. seram? Hahah!

Boleh dikatakan bilik office CEO D'H'R Holdings adalah bilik hantu dalam bangunan ini. Memang semua staff cakap seram bila masuk.

Atisha Aufa meng'oh'kan saja sambil mengangguk kecil sebelum dia mengerutkan keningnya.

"Tapi, kenapa saya kena jumpa dia? Dia ketua bahagian kewangan ke? Saya kena hantar report dekat dia lah nanti?" Soalnya bertalu-talu ingin tahu.

Namun, hanya ketawa lucu yang diterimanya oleh Alvin. Apa yang lucu dia tak tahu.

"Dia bukan setakat ketua kewangan. Habis semua jawatan ketua dia kebas. Pasal report tu memang awak kena hantar atas meja dia tiap-tiap minggu." Ujar Alvin dengan senyuman manis semanis gula-gula kapas tuuu.

Atisha Aufa bingung. Hah?

"Maksud, Tuan Alvin?"

"Orang yang awak tanya tu CEO syarikat ni." Jawab Alvin mudah dan ringkas.

DAMIEN KARL: HER GUARDIAN Where stories live. Discover now