•Bab 9•

157 10 0
                                    

ATISHA AUFA mengikat kemas tali reben berwarna merah menyala menjadi ikatan berbentuk reben. Kemas. Lebihan tali itu digunting separuh bagi menampakkan lagi kekemasannya.

Bibir menguntum senyum suka. Puas dengan hasil kerjanya. Gubahan bunga sederhana kecil itu dipandang dengan puas hati. Campuran bunga rose dan lily satu kombinasi yang cantik.

Hmm. Tak sangka tangan aku ni berseni. Siap boleh gubah bunga lagi. Boleh jadi part time mak andan pula ni.

Mana tahu lepas pandai gubah bunga, boleh make up muka orang pula.

Masyuk jugak.

"Dah siap ke, Tisha?" Sapa Farah dengan soalan. Kelihatan dia tergesa-gesa. Di tangannya ada sebiji kek yang comel terhias. Simple. Tapi cantik gubahannya.

Atisha Aufa toleh. Lantas senyuman lebar tersungging.

"Dah! Tinggal nak letak coklat je." Katanya sambil meletakkan gubahan bunga itu di atas meja kerjanya bersebelahan dengan coklat-coklat yang sudah dilekat dengan lidi. Tinggal mahu untuk cucuk pada gubahan saja.

"Kita nak buat surprise dekat mana ni, Farah? Dalam bilik ni ke bilik awak, ke? Atau dekat luar?" Soal Atisha Aufa tertanya-tanya.

Baru dia tahu. Rupa-rupanya, hari ini ialah hari ulang tahun Dalily. Kawan baik si Farah ni. Dan Farah pula akibat terlalu sibuk semenjak dua ni dengan kerja, dia meminta Atisha Aufa membuat sebuah jambangan bunga yang boleh dikatakan agak besarlah juga.

Dan dengan rela hati, Atisha Aufa sudi menghulur bantuan memandangkan semua rancangan ini last minute. Tapi, seperti biasa. Mesti ada saja syarat yang dikenakan.

Siapa tak kenal dengan Atisha Aufa yang kena sogok dulu baru jalan kerjanya?

"Saya boleh je nak tolong. Tapi, saya nak pizza dua kotak. Boleh?"

Hurmm. Alamatnya Farah hanya bersetuju sahaja dengan syarat itu. Setakat pizza dua kotak.

Siap demand extra cheese lagi!

"Itulah pasal. Saya pun tak tahu nak buat surprise dekat mana. Agak-agak awak rasa dekat mana yang sesuai?" Tanya Farah pula.

Atisha Aufa terdiam sejenak. Bagai berfikir. Kemudian, matanya bersinar-sinar.

"Hah! Saya tahu! Apa kata kalau kita buat surprise dekat pintu lobi? Sebelum Lily nak balik tu, kita dah siap-siap dekat bawah. Lepas tu, bila dia nak keluar je kita nyanyi ramai-ramai. Masa tu dah tak ramai orang sangat sebab semuanya dah nak balik, kan." Cadangnya bersungguh-sungguh.

Hehehe. Bernas tak idea aku?

"Hurm, boleh juga tu. Tapi, tak kantoi ke nanti?" Farah menjongket keningnya. Takut sangat kawan dia tahu plannya.

Dia fikir macam mana nak angkut semua ni turun bawah. Dengan bunganya. Kek lagi. Lagi-lagi si Lily tu berkongsi bilik office dengannya. Mesti perempuan itu bertanya dia mahu ke mana awal-awal.

Namun, laju Atisha Aufa menggeleng kepala.

"Tak akan punya! Tak apa. Awak jangan risau. Saya ada cara sendiri tak nak bagi kantoi." Atisha Aufa tersenyum bangga.

"First, jangan bagi dia masuk bilik saya. Cakap yang saya ada urusan luar. Then, saya akan bawa turun semua ni ke bawah senyap-senyap."

"Awak nak bawa sorang-sorang, ke?" Soal Farah pula. Dahlah banyak barang-barang ni.

Atisha Aufa menjatuhkan kepala berkali-kali seperti burung belatuk.

"Tapi..." Suara merdu Atisha Aufa meleret menghentikan ayatnya. Matanya melirik nakal.

DAMIEN KARL: HER GUARDIAN Where stories live. Discover now