•Bab 5•

165 16 4
                                    

ATISHA AUFA membelai lembut binatang berbulu di hadapannya yang sedang lahap memakan whiskers di dalam bekas khas untuknya. Bibir tersenyum nipis mendengar kucing kesayangannya menggumam sesuatu sambil makan. Seperti memberitahu sesuatu.

Hehehe...

Macamlah tuan dia faham.

"Sedap, ya? Dinner nanti mama bagi wet food pula, okay?" Ujar Atisha Aufa ceria. Bibir merah jambunya kekal tersenyum.

Sedang asyik dia bermain dengan haiwan peliharaannya, telefonnya berdering di dalam poket kecilnya. Lantas tangannya membawa keluar objek tipis itu. Agak sukar sedikit kerana kedudukannya sekarang dalam keadaan bercangkung.

Jelas tertera nama Aisy Amsyar di layar skrin telefonnya. Keluhan kecil terlepas dari bibir sebelum mengangkat panggilan.

"Hello." Sapanya tak berminat.

"Hello, Tisha!" Sahut Aisy Amsyar. Terdengar keluhan lega di hujungnya. Lega Atisha Aufa mengangkat juga panggilannya.

"Hm, kenapa?" Mendatar suara Atisha Aufa bertanya malas-malasan.

"Kau dekat mana sekarang?" Tanya Aisy Amsyar sedikit risau. Ton suaranya jelas kedengaran cemas.

"Dekat rumah." Jawab Atisha Aufa lalu duduk mencangkung semula. Tangan kirinya membelai kepala kucingnya.

Diam.

Suasana sunyi seketika. Tiada balasan daripada Aisy Amsyar di hujung talian. Terus bertaut keningnya.

Dah kenapa senyap?

"Hello?!" Sergahnya agak kuat.

Panggilannya terputus, ke?

"Hah? Ye, aku! Ehem! Ermm.. betul ke kau dekat rumah? Kenapa sunyi je bunyi?" Gelabah Aisy Amsyar disergah.

Dia bertanya lagi keberadaan Atisha Aufa. Betul ke gadis itu di rumah?

Kenapa tak ada bunyi pun?

"Habis tu kau nak bising macam mana? Berapa ramai orang dalam rumah aku ni sampai nak kena bising-bising bagai? Nak suruh aku bercakap dengan almari?" Perlinya berdas-das. Soalan dibalas soalan.

Geram Atisha Aufa dengan soalan yang agak bodoh di pendengarannya itu. Macamlah ada orang lain dia nak ajak bersembang.

Tak akan nak ajak Kiky bercakap dengannya? Bukan kucing itu faham.

Tepuk dahi Aisy Amsyar. Betul juga. Macamlah dia tak tahu kawannya itu tinggal sorang diri.

"Ouh, lupa pula. Sorry. Tak, aku cuma risau dari tadi aku call kau tak dapat. Takut jadi apa-apa dekat kau. Kau okay, kan?" Perlahan saja suaranya di hujung ayat.

"Aku okay." Jawab Atisha Aufa singkat.

Diam.

Kesunyian memenuhi suasana antara mereka.

"Kau marah aku jemput Daffa datang, ke?" Soal Aisy Amsyar perlahan dengan nada bersalah.

Sepi. Tiada balasan daripada Atisha Aufa.

"Aku bukan saja-saja nak jemput dia datang. Aku pun tak sangka dia betul-betul nak datang hari ni. Tapi, macam aku pernah bagi tahu kau sebelum ni. Waktu kitaorang terserempak dekat mall hari tu, dia minta sangat-sangat untuk berjumpa dengan kau. And of course aku tak bagi!"

"Tapi, aku tercakap dekat dia pasal birthday party hari ni. So, maybe dia tahu yang kita berdua rapat dan kau mesti akan ada dalam majlis hari ni. Jadi, dia sanggup datang semata-mata nak jumpa kau." Jelas Aisy Amsyar bersungguh-sungguh menerangkan kejadian yang tak diingini hari ini. Lembut dia menuturkan bait-bait katanya agar Atisha Aufa tidak tersinggung.

DAMIEN KARL: HER GUARDIAN Where stories live. Discover now