•Bab 10•

169 9 2
                                    

SELEPAS kejadian di mall pagi tadi, Atisha Aufa membawa diri ke kafe Elina. Musnah segala perancangannya hari ini kerana ada yang menyibuk.

Urgh!

Di kafe, Atisha Aufa sering termenung jauh. Tabiatnya jika dibelenggu masalah. Suka termenung tak kenal masa dan tempat. Kadang-kadang sampai dia tidak sedar bahawa dia sudah membuang masa dengan tidak melakukan apa-apa selama tiga jam.

"Mommy! Mommy! Cuba tengok lukisan Ariq. Chantik, tak?" Suara kecil yang memanggil itu menghapuskan lamunan Atisha Aufa.

Perlahan-lahan kepalanya menoleh ke arah suara yang menarik perhatiannya. Bibir mengoyak senyuman. Bila bercakap dengan Ariq, memang automatik kepalanya menunduk ke bawah.

Sebab tecik!

"Ye, sayang mommy. Nak apa? Nak hot chocolate?" Soal Atisha Aufa penuh kelembutan.

Ariq menggeleng laju kepala. Tangan montelnya diangkat ke atas menayangkan sehelai kertas lukisan yang terdapat contengan warna-warni di dalamnya.

"Tadi dekat school, teacher Ayiq suruh Ayiq draw waterfall. Jadi, Ayiq drawlah macam teacher suruh. Lepas tu kan, teacher say drawing Ayiq shantik! Mommy tengoklah pula drawing Ayiq. Shantik, tak?!" Gigih budak kecil itu menyuruh Atisha Aufa melihat lukisannya.

Dahlah diri itu pendek. Bukan main tinggi dia pergi angkat lukisan dia agar setara dengan kedudukan Atisha Aufa yang sedang duduk di atas kerusi.

Atisha Aufa terdiam sejenak. Matanya melekat pada lukisan air terjun si Ariq. Lama.

"Cantik. Pandainyaaa Ariq lukis. Siapa ajar? Ibu ke?" Atisha Aufa mengelus lembut rambut hitam lurus milik Ariq.

Kemudian, lukisan di tangan Ariq diambil. Cantik. Macam lukisan orang dewasa. Tapi, version newbie punya.

"Taklah. Uncle Yadh yang ajar. Uncle Yahd baiyikk! Dia celalu ajar Ayiq draw-draw." Ucap Ariq petah teruja. Dahlah pelat huruf R.

Nasib comel.

Kening Atisha Aufa terjongket sebelah. Terdiam dia mendengar nama yang disebut Ariq. Lukisan diletak di atas meja lalu tangannya menyelit di celah ketiak Ariq dan diangkat tubuh montel itu ke atas riba.

Terus menyeringai Ariq dibuatnya. Suka diperlakukan begitu. Dia suka orang mendukungnya. Padahal badan gempal macam ikan buntal. Semangat sungguh tubuhnya.

"Siapa Uncle Yadh? Mommy tak kenal pun." Atisha Aufa memandang bawah wajah Ariq yang sedang di atas ribanya.

"Uncle Yadh celalu datang dekat park yumah Ayiq. Dia cecalu jugaklah main boya cepak ngan Ayiq cama-cama. Kadang-kadang, Uncle Yadh belanja ice cream! Besttt!" Cerita ringkas Ariq mengundang kemusykilan kepada Atisha Aufa.

Haaa sudah.

Siapa pula ni?

Uncle Yadh?

"Lepas tu, bila masa dia ajar Ariq draw?" Soalnya lagi.

"Hari tu, Uncle Yadh datang cini. Uncle Yadh beli food dengan Kakak Ita. Lepas tu kan, mommy. Masa Uncle Yadh datang cini, Kakak Ita jadi cenyum-cenyum macam ni." Ariq membuat wajah senyuman manis tetapi malu-malu seperti lagaknya Rita yang dilihatnya hari itu.

Tergelak kecil Atisha Aufa melihat mimik muka si kecil itu. Ada-ada je perangai..

"Lepas je Uncle Yadh pergi, Ayiq dengar dia cakap Uncle Yadh handsome! Lepas tu, terus Kakak Ita tanya Ayiq macam mana oyeh kenal ngan Uncle Yadh. Lepas tu, Ayiq citelah macam Ayiq cite kat mommy cekarang ni." Penuh tekun Atisha Aufa mendengar satu persatu cerita Ariq. Terangguk-angguk kepalanya dengan wajah berkerut halus. Fokus benar dengan jalan ceritanya.

DAMIEN KARL: HER GUARDIAN Where stories live. Discover now