•Bab 6•

170 17 3
                                    

"NICE to meet you.. Tisha." Sapa jejaka itu dengan nada dingin. Persis Eleanor mula-mula menyapanya dengan suara beku wanita itu dulu.

Damien Karl tak lepas memanah tajam badi gadis itu yang sedang berdiri. Dia menggerakkan rahangnya kiri kanan. Terasa lenguh di situ kerana asyik berleter saja tadi dengan Syafiq.

"Have a sit." Pelawanya ringkas. Lelaki itu duduk di kerusinya.

Manakala Atisha Aufa pula masih termagu-magu. Berkira-kira dia mahu menarik kerusi sama. Tangannya masih mendakap erat report miliknya.

Tak semena-mena gegendang telinganya seperti diputar dengan suara yang dia dengar pagi tadi.

"Nanti kau akan selalu jumpa aku. Sampai bayang-bayang aku pun kau tak nak tengok nanti. Apatah lagi muka aku."

"Jumpa dia selalu? Apa dia ingat dia CEO ke nak jumpa aku?"

Takut.

Gentar.

Gelisah.

Semua perasaan itu bercampur di dalam badannya. Kata-katanya kembali terngiang di telinganya.

Jadi, 'dialah' Tuan Muda selama ini?

Kenapa kecil sangat dunia ni?

Huwaaaaaa!

Kepalanya tidak berani mahu mengangkat tinggi. Jika dia buat, pasti matanya bertemu dengan mata amber yang pasti sedang merenungnya bagai mahu telan hidup-hidup.

Satu saat berlalu.

Dua saat.

Tiga saat.

Action!

"Memang kau nak berdiri ke apa? Aku tak kisah pun kalau kau nak berdiri sampai habis kau present report untuk aku. Kau nak berdiri sampai balik pun aku tak kisah. Yang penting, mana report aku?" Suara beku itu bergema seisi ruangan bilik yang sunyi sepi itu.

Terus Atisha Aufa mendongak.

Zap!

Mata mereka bertembung. Bagai terpukau, Atisha Aufa tidak berkelip merenung anak mata amber milik Tuan Mudanya yang tajam itu.

Damien Karl pula bagai terpaku dengan pandangan itu. Dengan mata bulat yang sedang melihat ke arahnya. Alis kening gadis itu terbentuk indah di atas matanya. Bibir merah bak delima merekah menggoda.

Sejak awal pertemuan mereka lagi, matanya bagai tak lepas mahu merenung seraut wajah polos bersih itu. Masing-masing tenggelam dalam dunia sendiri. Lama.

Eyes to eyes, makes me melting hard.

Aww!

"Aku tahu handsome. Tapi, tak payah tenung aku macam nak makan." Sergahan Damien Karl menyentakkan lamunan Atisha Aufa yang terpinga-pinga mendengar Tuan Mudanya tiba-tiba angkat bakul itu.

"Hah? Apa?" Berubah aneh reaksi Atisha Aufa mendengarnya.

"Hmm, sayang. Muka cantik tapi pekak." Kutuk Damien Karl tak berperasaan. Tangan dihulur ke arah gadis yang sedang berdiri di depan mejanya.

Atisha Aufa yang melihat huluran tangan itu makin bertambah kerutan di dahinya. Tangan Tuan Muda yang seperti meminta sesuatu kepadanya dipandang pelik. Sebelah keningnya terjongket.

Apa?

Dia nak apa dari aku?

Nak suruh aku sambut ke tangan dia tu?

Nak salam-bersalaman?

Sepuluh saat Damien Karl menghulurkan tangannya, masih tiada tindak balas dari Atisha Aufa. Decitan kasar terlepas dari bibirnya. Tangannya ditarik semula.

DAMIEN KARL: HER GUARDIAN Where stories live. Discover now