•Bab 7•

157 21 0
                                    

"TUAN MUDA tak suka bising. Itu saja yang saya boleh jawab for being as a personal assistant for years with him."

Jawapan daripada Syafiq terngiang-ngiang di halwa telinga Atisha Aufa. Otaknya ligat berfikir sambil mengetuk pen di atas mejanya.

"Tak suka bising eh..." Gumamnya sendiri.

Kemudian, bibirnya mencebik sambil bahu menjongket.

"Siapa je suka bising? Aku pun tak suka." Katanya lagi.

"But... Sometimes. I like noises. Like a beautiful melody on my ears."

"Shall we try?"

Terus bibirnya menyungging jahat.

DAMIEN KARL yang khusyuk dengan kerjanya berkerut halus keningnya memandang satu persatu perkataan yang tertera pada kertas putih A4 yang dipegangnya.

Wajahnya tegang saja.

Fokus.

Sudah berapa lama dia betapa di dalam biliknya ini pun dia tidak tahu. Dari pagi dia masuk, sekarang dah nak dekat pukul 3 petang, langsung tak bergerak dari kerusinya. Kalau bergerak pun, sebab mahu mencari dokumen di raknya.

Makan minumnya terbang tah ke mana pun tak tahu. Yang penting kerja siap!

Fokusnya tiba-tiba terganggu dek kerana ketukan pintu biliknya. Sama ada Syafiq atau lagi dia ketul sahabatnya, dia tak tahu.

"Come in!" Laungnya dari dalam.

Pintu dikuak dari luar. Apabila perasan akan kelibat yang masuk, Damien Karl toleh sekilas lalu. Terus terbantut niatnya mahu sambung kerjanya melihat gerangan yang masuk ke dalam biliknya.

"Tuan." Suara lunak tetapi beku milik Eleanor menyapa sistem pendengarannya. Eleanor melangkah masuk.

Ternaik kening Damien Karl melihat satu lagi sosok tubuh gadis yang turut masuk ke ruangan biliknya. Kelihatan gadis itu menutup pintu bilik dengan berhati-hati agar tidak menghasilkan bunyi.

Damien Karl melirik tajam ke arah gadis itu yang selambanya boleh tersenyum-senyum berdiri di sebelah Eleanor.

"What's wrong?" Soal Damien Karl mendatar. Mata kadang-kadang menjeling gadis itu.

"Saya nak discuss tentang projek dengan client terbaru kita tu. Saya dah jumpa client tu. They said theirs company likes to collaborate with us. And they have signed the documents five days ago. Tuan nak check, ke? Kalau ya, saya boleh pergi ambil sekarang." Ujar Eleanor tenang. Berura-ura ingin pergi ke biliknya semula jika lelaki itu mahukan dokumen tersebut.

Atisha Aufa terkebil-kebil mendengar suara lunak itu bertutur dalam bahasa Melayu. Agak lain sedikit ya. Tak pelat. Cuma pelik sikit slangnya.

Damien Karl menggeleng serius.

"No, it's okay. I'm busy right now. Just that?" Soalnya dengan nada maskulinnya.

Jeda.

"Actually..."

Eleanor menoleh perlahan ke sisi. Sejurus itu, dia mengeluh kecil melihat Atisha Aufa yang tersenyum sumbing di sebelahnya.

"She asked me for a favour. She told me that both of you have something to discuss for. So.. I take her here. With me." Pasrah saja nada suara Eleanor menjawabnya.

Ikutkan hati dia memang tidaklah dia mahu membawa si kentot ini naik ke bilik Damien Karl bersama. Tapi, nak buat mana kalau si Atisha Aufa itu pandai membodek. Dia sendiri tak tahu macam mana dia boleh cair sedangkan selama ini hatinya sedingin dingin ais!

DAMIEN KARL: HER GUARDIAN Where stories live. Discover now